Nuffnang

Wednesday, September 14, 2016

Join Young Living Essential Oils demi kesihatan anak

Join Young Living Essential Oils Demi Kesihatan Anak

Bismillahirahmanirrahim

Lamanya tak online & update blog. Walaupun berblog ni macam syok sendiri tapi update blog ni dah sebati dalam jiwa fa. Tak kisah la ade orang baca ke tak tapi instinct ni kuat mengatakan blog ni ramai orang baca.. kalau tak tak kan la ade ramai customer Shaklee kan? Bila ditanya semua cakap dapat info dari blog... heeeee alhamdullilah. Thanks customer-customer sayang :)

Masa Raya Korban ritu handphone rosak. Langsung tak boleh on. 2 hari mati kutu. Sebab bila jiwa dah serasi dengan whatsapp, facebook tetiba Allah tarik nikmat sekejap maunya tak mati kutu kan? Alhamdullilah semalam HP dah ok balik, cuma bila reset semua habis contact hilang. Fa pulak simpan semua dalam HP takde buat backup.. padan muka. Syukur Alhamdullilah dapat pulak turn kutu Premium Stater Kit (PSK) Young Living & Kutu Periuk Noxxa sekali padahal turn kutu bulan depan. Ni namanya rezeki terpijak . Alhamdullilah

Siapa tak sayang anak kan? Kadang tu terpaksa ketepikan hak sendiri untuk utamakan hak anak. Fa mengaku, fa takut dengan virus-virus yang banyak kat Malaysian ni lately. Fa ni cepat panik jadi bila airis start demam atau selsema fa yang akan panik lebih, jadi zombie, padahal airis biasa-biasa je. Sebab tu menyusukan airis adalah cara yang terbaik untuk elak airis dari pelbagai penyakit & cara terbaik untuk Immune Booster dia.

Sama macam Shaklee yang fa makan, beli dan beri pada Airis & en.suami untuk kesihatan mereka. Apa je yang bagus untuk prevent gangguan kesihatan mereka fa akan buat. Fa tak suka beri airis ubat sintetik, For serius airis tak pernah diberi ubat klinik kecuali jika dia demam yang teruk itu pun selepas segala natural remedies fa buat tak berhasil . So far bila Airis demam hanya Vitamin C Chewable & Nutriferon Shaklee yang fa beri selain kerapkan breastfeeding (fa sendiri akan pastikan konsisten ambil vitamin Shaklee) untuk kuatkan antibodi dia.  Sebab fa percaya pengambilan supplement juga perlu untuk mereka berdua ni. Supplement ni semua untuk penuhkan kekurangan nutrisi dalam badan yang tak cukup atau hilang. Bila nutrisi cukup dalam badan, penyakit pon kurang nak datang. Kira ada benteng la dalam badan kita ni. Apa yang boleh prevent kita prevent kan..

Memang dari dulu fa dah aim Essential Oils (e.o) dari Young Living ni bila nampak ade sorang kawan sekolah yang gunakan e.o pada anak-anak beliau yang demam. Macam tertarik bila nampak Diffuser lampu biru yang dia letak tepi katil anak-anak dia untuk bantu redakan demam selsema mereka, tapi belum terdetik hati nak beli. Harga 1 set premium ni agak mahal juga. Usha-usha je lebih. Fa ni memang suka sangat pada aroma terapi. Bagi fa bila hidu bau-bau wangi ni jiwa tenang. Bila tenang dan relax semua kerja lancar je  Tapi bila ada ni airis nak lama-lama sabun-sabun badan dengan sabun aroma terapi memang tak dapat lah then lepas kes dia main api lilin bekas aroma terapi yang fa pasang tu.. tobat dah nak nyala-nyalakan dalam rumah walaupun tinggi juga fa letak masa tu. Nasib tak terbako rumah T.T.. Tapi tu aroma terapi, e.o ni bukan je berfungsi sebagai aroma terapi menenangkan tetapi sekali alternatif untuk kesihatan. 

Fa start dengan Calming blend oil yang fa beli dari Puan +Shina Wann . Actually beli Oil Blend Calming ni lepas kami berborak pasal anak yang susah nak tidur & kuat tantrum sebab restless. Alhamdullilah serasi pulak dengan Airis. Setiap malam sapu oil blend dekat kaki & belakang badan & jadikan rutin setiap malam, airis memang tidur lena. Bukan tu je, fa nampak dia more fokus, nampak lagi tenang dari sebelum fa sapukan dengan Calming Blend ni. Dalam Calming Blend ni salah satu ingredient dia Lavender.. semua tau kan Lavender tu baunya memang menenangkan sebab tu kot Airis tidur lena sekali dengan fa yang ada masalah insomnia lately tidur lena.

Bila dah nampak keserasian disitu, dah cukup baca satu-satu kebaikan setiap Essential Oils, terus tak fikir panjang join kutu Premium Starter Kit (PSK) Young Living under Puan Shina sebab tergoda dengan kesemua khasiat Essential Oils Young Living yang botolnya berkaler-kaler ni. Lagipun bila fikir nak beli satu-satu, e.o ni agak mahal & PSK ni agak jimat juga sebab dapat terus 13 botol e.o & sekali Diffuser . 

Kesemua e.o Young Living ni ada khasiatnya tersendiri. Bukan je botol yang warna-warni & comel tapi khasiat dia pon banyak. Kalau nak beli satu-satu memang boleh dikatakan mahal. Sebab YL hanya menggunakan pati tulen yang organik . Cara senang join je kutu. Terus dapat PSK & rezeki sangat bila puan Shina bitau yang fa akan dapat PSK awal dari turn. Happy gila! Alhamdullilah

Apa yang ada dalam PSK?

Nama pun Premium Starter Kit, jadi yang dapat memang sangat best. Takkesah la mahal tapi berbaloi. apelah sangat kan semua demi kesihatan anak memang fa sanggup. Bukan untuk anak je. sekali ngan fa & suami.


Dalam PSK ni fa dapat 13 essential oils. Antara e.o yang ade dalam PSK ini ...

♥ Rc
♥ Digize
♥ Copaiba
♥ Pan away
♥ Frankincense
♥ Lavender x 2
♥ Lemon x 2
♥ Thieves
♥ Pepermint
♥ Purification
         ♥ Stress Away       


              
Lain-lain yang ada dalam PSK ni ....

Dew Drop Deffusser 
FREE sample e.o packet
FREE sample bottle
FREE Slique Bar
FREE Slique Tea Sample
Catalog & Member info


Berapa punya banyak la FREE FREE FREE dia kan? Yang bestnya 13 jenis e.o tu kalau beli loose mau harganya RM2K.. Fa add sekali LEMONGRASS e.o untuk masalah nyamuk & kalau selsema boleh diffuse e.o ni.cepat kering.



Sebab dah serasi dengan oil blend Dunia Aura Puan Shina, fa order juga sinus blend - yang botol coklet gelap . Selsema makin teruk & datang berulang pulak. Lepas konsisten mega dose Vitamin C Shaklee & sapu Sinus Blend Dunia Aura alamdullilah kurang gatal hidung. Nanti fa review pasal Oil blend Dunia Aura ni pulak.



Balik je rumah, malam tu terus bukak kotak, godek-godek beg kertas YL dan terus rasmikan diffuse e.o Lemongrass & Purification. Kenapa 2 ni? sebab fa & airis selsema & 1 lagi supaya nyamuk tak masuk bilik. Bau bilik memang bau serai yang more to bau dalam SPA Shina cakap & siang tadi sebab banyak sangat kerja fa rasmi pulak e,o Lavender kasi tenang jiwa untuk siapkan semua kerja yang tertangguh.

Haa.. bila dah beli PSK ni secara rasminya fa ahli YL. Alhamdullilah. Jadi selain Shaklee, anda boleh la Whatsapp fa juga untuk beli e.o atau set diffuser ni :)

--------------------------------------------------------
15 hari lagi tau nak grab Sustained Release Vita-C & ESP dengan harga PROMOSI!



Nak beli Shaklee?

untuk info/order:
Whatsapp/SMS:
.
Your Health & beauty Consultant:
Agen Sah Shaklee

Farah
💋012-3841916💋
(SID 949399)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...