Nuffnang

Monday, April 4, 2016

Goodbye ASTRO Hello HyppTV

Cerita ni start beberapa hari lepas bila acc Astro tetiba kena potong. Padahal baru je minggu lepasnya fa bayar. Bila cek dengan CS Astro rupanya fa ade tunggakan sebulan yang fa termiss bayar & disebabkan tunggakkan itulah Astroku dipotong. Astro memang, selalu cepat je nak potong. Memandangkan masa tu belum gaji maka fa biarkan je la malas nak sambungkan balik.. sunyi kejap la rumah buat dua tiga hari.. hehehhe

Lagi pun airis bukan tengok TV. Seriusly, Tv kami bukak sebab taknak rumah sunyi je. Airis sibuk menghadap Tab dia. Fa pun kalau tak depan laptop mesti kat dapur masak atau mengemas. Cerita kat Astro pun ulangan kan.. kalau tak dapat tengok hari ni..esok lusa ade balik. Kecuali kalau time en.suami ada then dia akan duduk menghadap TV. Tengok Movie, Drama, Berita..etc

Selama beberapa hari takde Astro, sebab suami balik nak tengok berita, fa connect balik laa HyppTV yang dah sekian lama tak on. Remote Control pon taktau dah kemana punya lama tak on HyppTV. Kami memang ada Unifi tapi yang Basic + LiveTV yang biasa-biasa dan Free. Bila dan connect balik tu tengok TV3 je la.. Suami pon kaki drama, tengok je la drama kat TV3. Berita pon TV3. Then basic HyppTV ni ade gak channel free macam Nat Geo People - Segala cerita masak ke travel ke dalam channel ni. Ok laa fa memang suka tengok cerita camni.

Fa bincang dengan suami..why not kita terminate Astro & ambil HyppTV pakej? Fa dah tanya adik-adik dorang ok je sebab sorang duduk Melaka jarang balik KL, sorang ni kerja siang malam, balik ngadap laptop dwnload movie jadi memang tak tengok TV. Suami pulak...ok je jawapan dia janji tak membebankan.

Sebab Astro sebenarnya agak membebankan kami jugak lah..walaupun hanya rm117/mth pembaziran bila bukan semua channel kita tengok. Itu pon dah banyak kali fa tukar-tukar pakej. Sampai lah yang kali ni channel basic je + add on mini-mini pack yang buat bill tinggi. Mini-mini pack ni kena sub semua, tapi yang tengok satu channel je. Sports, News semua tu takde.

Sebelum ambil keputusan nak langgan HyppTV ni sampai 4 kali fa call CS TM. Layanan dorang memang superb. Jelas je penjelasan dorang. Sekarang tengah ada promosi Unifi 30mbps hanya RM179/mth. Kalau tak harga dia RM199 camtu tak termasuk GST. Tapi promosi RM179 ni hanya dapat if korang daftar melalui talian 100 atau call CS TM.







Untuk Unifi30 ni korang boleh pilih HyppTV channel pakej yang korang nak. Macam fa pilih Pakej Aneka. Pilihan lain seperti Pakej Varnam & Ruby. Tapi kalau korang jenis yang memang suka tengok movie,series, entertaiment, sport semua tu better ambik Pakej Jumbo (lebih 60 channel) tapi harga dia akan jadi RM209/mth.



Cuma Pakej Unifi30 ni tak termasuk Voiceplan ( Free TM ke TM) kalau korang jenis memang guna phone rumah call rumah ke rumah korang add RM20 untuk Voiceplan ni kalau tak, call ke no TM atau lain-lain ID akan dikenakan cas 20sen/minit. Macam fa takpernah pon guna phone rumah. Kat kampung pun takde phone rumah semua guna HP jadi fa tak add Voiceplan ni

Bila buat kira-kira memang berganda jimat dari bayar Astro + Unifi bulanan. Bayangkan setiap bulan fa bayar Astro RM117 & Unifi RM159 total dedua ni bulanan RM276 tapi dengan langgan Unifi+HyppTV fa hanya bayar RM179 masuk GST dalam RM189+ la lebih kurang. Tapi sebab fa ada addon channel HyppFlick (RM15/mth) & BabyFirst (RM6/mth) jumlah keseluruhan fa kena bayar bulanan ialah dalam RM210+ (beza RM60+) banyak juga laa beza dia.

Mana yang boleh jimat HARUS dijimatkan. Kos sara hidup sekarang makin tinggi kan. Lagipun fa ni bisness online..jadi unifi tu lebih penting dari Astro. Adik fa pon jenis kerja men download movie je kerjanya.. airis pon tengok YouTube memanjang.. hanya suami je la nak tengok TV rehat-rehat kepala balik kerja.



Owh ye, jangan risau..HyppTV tak akan ganggu speed Unifi korang sebab kabelnya lain-lain. Fa dah tanya CS TM pasal ni. Sebab ye laa kang syok-syok tengok HyppFlick sambil update blog ke dwnload ke asik kena sekat-sekat je. Jadi bila CS cakap tak akan ganggu speed Unifi ada sikit lega laa dihati. Cuma kalau korang tak bayar bill Unifi tu otomatik HyppTV pon takde ye.. krik krik krik.

Untuk keterangan lanjut korang boleh call TM tanya la ape je pon tentang plan Unifi & HyppTV ni. Customer Service mereka terbaik! Layan pun baik je.. ok laa kan..

NOTA KAKI :: Fa suka sangat Channel HyppFlick (ch811) sebab kita tengok tu macam tengok DVD. Kalau nak g toilet ke..masak ke.. boleh pause then play balik. Boleh nak cepatkan atau kebelakangkan.. Cerita dia pon not bad la..


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...