Nuffnang

Tuesday, October 18, 2016

Handphone Rosak Lagi......

Masuk kali ni dah 2 kali dah handphone rosak. Sepanjang panjang ni, fa kalau guna handpone tak pernah rosak. Bukan nak berlagak tapi fa ni jenis kalau guna tu memang cermat. Memang banyak kali tukar handphone tapi satu handphone tu fa guna bertahun sebelum beli handphone yang baru. Yelah.. handphone ni macam nyawa, bila nyawa mesti jaga baik-baik kan. Mungkin sebab tu la handphone fa tak pernah rosak teruk. Paling busuk pon bateri yang rosak. Itu tak dapat nak buat apelah kan...

Tahun lepas bulan 12 fa terpaksa beli handphone baru sebab handphone lama fa (Samsung Advance) dah tak advance lagi, heng manjang, bateri pon rosak. Sebab ade rezeki lebih fa beli juga handphone baru (Samsung J1 Ace) masa tu harga dia tak samapi RM400 dan masa tu budget memang ngam-ngam je nak beli handphone bawah RM400 . Sebab dah terdesak beli jugak lah tak tengok spec semua main beli je. Sebab dah tanya kat seller tu yang fa ni kerja semua buat guna Handphone, dia cakap handphone ni boleh tampung memori yang banyak & besar.. ok RM400 gila murah la kan if boleh tampung segalanya...

Tapi biasa lahh.. seller..cakap ok sebab nak laris stok.. belum setahun handphone dah rosak. Taktau la kenapa, orang yang baiki tu cakap sistem dalam handphone tu rosak & bila tanya kawan dia cakap memang handphone baru masalah dia yang ni. Terpaksa reformat semua balik, contact segala dalam handphone tu habis clear macam baru. Haa baru ok balik. Rupanya internal memory handphone tu tak sampai 4gb pon. Ram pon sama.. kecik.. Jadi dengan penggunaan Aps yang banyak dan kerap, handphone tu takleh nak tampung. TAP terpadam terus tak leh on!

Kali ni kali ke-2 Handphone ni buat hal. Tengah dok wassap customer tetiba heng.. bila heng tuptup terpadam... terus blank screen & keluar ape ayat tah fa tak ingat. Bila refer kawan yang pandai baiki handphone dia cakap sistem android tak dapat update betul then terus error tu yang buat jadi gitu.....

Sudahnya sampai sekarang handphone Samsung J1 Ace ku tersadai dekat kawan sebab dia takde masa nak menggodek masalah handphone tu.. Sudahnya fa guna balik handphone Samsung Advance yang lama tapi biasalah segala Apps dah takleh install. Handphone ni pulak dah bagi kat Airis. Jadi bebila dia nak,dia ambik je.. "ni handphone Aisyish laa mamy"..hukhukhuk

Kena pulun sales banyak-banyak.. saving sungguh-sungguh .. mana tau boleh beli Handphone baru kan..?? 

Anda guna Handphone ape? Best tak? Harganya berapa? 
Ade cadangan Handphone yang best tak? Takmo dah samsung.. geleng-geleng!
Nak handphone yang cameranya cantik sebab fa suka nak ambik gamba vits-vits kesayangan & gamba gelagat airis yang macam-macam. Nak handphone yang boleh install banyak apps terutamanya pic editor yang boleh guna untuk bisness & memudahkan urusan2 bisness (email, ig, whatsapp, FB.. dll)

Rasa-rasa OPPO FIs tu best tak...........


Nak beli #Shaklee pakat whatsapp no biasa ok 012 384 1916 :)
  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...