Nuffnang

Sunday, March 6, 2016

Asam Pedas Ayam dengan Daun Kesum


Rezeki bukan pada wang ringgit je. Rezeki datang dalam bermacam-macam bentuk.


Semalam fa dapat sepokok kesum dari Aunty fa. En.suami dah berkali-kali tanam pokok kesum yang kami ambil batang dia kat kampung tapi tak pernah hidup. Asal balik kampung je ambik untuk tanam kat rumah tapi mesti tak hidup. Sekali je la nampak bertunas tapi kena makan dek siput..
Daun kesum seikat sikit je pon dah seringgit.. lepas tu bukan segar pon. Kering je. Daun pon layu-layu. Kadang-kadang teringin nak makan asam pedas tapi nak mencari daun kesum selalu takde. Kalau ade pon macam fa cakap.. layu ,kering, daun pon bukan penuh setangkai..


Alhamdullilah semalam dapat sepokok. Subahanallah cantik sangat pokok kesum tu.. segar bugar. Daun gemok-gemok. Bau semerbak! Bila tengok pokok kesum..bau pulak semerbak tekak pon terasa laa nak makan asam pedas.

Selalu kat rumah ni kalau asam pedas mesti ikan pari. Tapi ikan pari takde. Ikan lain macam kureng sikit nak buat asam pedas. Daging pulak jarang-jarang ade dalam freezer. Yang selalu ade ayam. Maka hari ni menu dinner ASAM PEDAS AYAM DENGAN DAUN KESUM


Asam pedas ayam dengan daun kesum

Ayam (potong sedang-sedang)
Daun kesum (ikot banyak mana yang nak)
Cili giling/cili boh (4 sudu besar / 2 senduk)
Garam/serbuk perasa
Air 3 cawan
Asam jawa

Bahan blend :
2 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
Sikit lengkuas
Kunyit hidup besar ibu jari
Sesudu biji lada hitam
Sikit belacan

Fa ni jenis masak main campak ikut suka. Anda yang baru nak belajar masak tu kena la pandai mengagak..

Selalu fa tak guna sekor ayam. Sebab dok bertiga je kan. Selalu fa masak dalam 8 ketul camtu. Sebab selalu kalau beli ayam fa soh orang tu potong 12 ikot saiz ayam tu. Jadi resepi kat atas ni kira 8 ketul ayamlaa ye.

Cara masak :
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar & cili giling sampai pecah minyak dan naik bau wangi.

Masukan air secawan kacau-kacau biar didih sikit. Asam jawa dalam sesudu besar ramas dengan dua cawan air tadi & masukkan dalam periuk. Biar mendidih.

Bila kuah dah pekat sikit, masukkan ayam & daun kesum. Tunggu sampai ayam masak. Perasakan dengan garam & serbuk perasa.

Biar kuah pekat..rasa dah balance tutup api & hidang! Siap!

Senang yang aaamattttt buat asam pedas ni tau. Ni cara fa masak. Ade macam- macamcara & resepi asam pedas ni. Ade yang suka letak serai & daun limau purut. Ape-ape pon ikot la cara masing-masing je :)

Lauk ni bisa buat si pemakan menambah-nambah nasi. Fa sendiri 2 kali tambah! Bahaya gila lauk ni.

Nota Kaki :: Lepas makan tu kenalaah telan Omega Guard & Alfalfa. Supaya lemak & kolestrol tak melekat diflush keluar dan dibakar dengan jayanya. heeee :)

Happy Sharing



posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...