Nuffnang

Saturday, September 21, 2013

Ibu Engkaulah Ratu Hatiku- Happy Birthday Mama!

Ibu....Ibu....
Engkaulah Ratu Hatiku...
Bila ku Berduka...
Engkau hiburkan selalu....

Ingat tak lagu tu? Setiap kali dengar mesti rasa rindu dekat mama. Yup mama sentiasa ada dengan fa kalau fa perlukan seseorang. Mama la tempat fa mengadu. Dari kecik fa memang rapat dengan mama. Sampai la dah kahwin ni pon fa still cari mama kalau nak mintak nasihat atau sekadar berborak-borak.

Hari ni Birthday Mama. So fa & en.suami pakat nak balik Melaka bawak mama & adik-adik keluar makan. Sebab siang tadi fa sibuk dengan barang-barang si precious, fa tak sempat makan, so En.Suami ajak makan Seafood dekat Umai Melaka. Fa tak sempat la nak bergambar sebab masing-masing dah kelaparan.. makanan sampai je semua serbu! hihihi

Sangat best makan ramai-ramai. Hilang Stress semua. Tengok mama happy fa lagi happy. Alhamdullilah rezeki mama & adik-adik dan tercapai jugak niat fa nak belanja mereka.


Dear mama.
Semoga Allah panjangkan umur mama,
Semoga Allah Murahkan Rezeki mama,
Semoga Allah memberikan kesihatan pada mama,
Semoga Allah jauhkan mama dari kesakitan & penyakit & kejahatan syaitan manusia.
Amin.
Along sentiasa doakan mama & sayang mama sangat-sangat!!!

Kasih Ibu Membawa ke Syurga I love U so Much Mama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...