Nuffnang

Saturday, September 14, 2013

My Precious : Expo Mother, Baby & Kids 2013 dan Checklist baby

Salam Mommies.

Macam  yang fa janji nak cerita pasal apa yang fa grab dekat expo hari ni. Kalau nak tahu apa yang menariknya expo PWTC kali ni boleh pergi entri fa yang sebelum ni k.

Mission fa nak pergi expo ni sebab nak cari Breast pump & Sterilizer selain nak cuci-cuci mata tengok barang baby. Sebelum tu fa dah google booth-booth yang ambil bahagian supaya fa boleh terus pergi booth tu & beli. Tapi yang ada jual breast pump & Sterilizer booth Kasih Ibu je.

Offer yang Kasih Ibu bagi untuk Breast Pump Rumble Tuff:
  • Pump Rumble Tuff (1 set)
  • Storage Bottles (Auntumz 8 bottles)
  • Cooler bag 
  • 3 ice Packs.
Ni je la kot? RM 547 satu set. Mahal kan?? Kalau kat Fabulous Mom Puchong tu  fa boleh dapat Plastik Storage & Nursing Bra lagi harga baru RM400++ keatas tengok pakej yang kita pilih. Tapi nak buat macam mana kan. dah sampai, dah nampak, beli je la.. nak pergi Fab Mom tu tak tahu lagi bila. Fa decide nak beli pump & Storage bottles je sebab yang lain-lain fa dah ada. Memang jadi mahal tapi tak sangka pulak pump tu sampai RM400++? Ingat RM300++ je.. pape pon hope alah membeli menang memakai. huhuhu
  • Rumble Tuff Pump 1 Set (RM 479)
  • Storage Bottles 8 Bottles (RM 28)
Ok untuk Sterilizer pulak, Fa memang dah aim jenama Auntumz. Kalau ikot pakej yang fa google, Auntumz Sterilizer + Home&Car Bottle warmer RM 159.90.  Tapi Kasih Ibu offer RM 140 kalau tak silap. Tapi sebab fa dah ade bottle warmer, fa beli Sterilizer je.
  • Auntumz Electric Steam Sterilize (RM 100)
So total fa borong dekat booth Kasih Ibu RM 607.00

 Jom kita tengok apa lagi yang dah berjaya di-Grab oleh kami dekat expo :

Legging & Mitten Si Precious (RM25 untuk 3 Item)
Huggies Saiz S (RM25 / 60 keping) = Free samples & romper)
Rompers Si Precious (RM45 satu set= RM12 satu)
Carrier RM80 & Slipper waktu pantang RM15.00
So far dah hampir 90% barang Si Precious fa dah beli. Alhamdullilah.. pasni beli barang fa la pulak.
Harta karun Si Precious
Updated Baby Checklist :
 - Maternity Pad (dah beli tapi bukan Maternity pad-beli pad biasa tapi overnight)  
- Breast Pad (Actually fa dah beli yang washable punya, tapi nanti macam kene beli yang pakai buang)
- Berus Botol
- Kelambu
- Bottles Sterilizer
- Breast Pump
- Termos
*************************************
 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...