Nuffnang

Saturday, September 14, 2013

My Precious : Mother Baby Kids Expo 2013 PWTC

Salam Mommies.

Fa mamang looking forward nak pergi expo sini. Masa Fa baru preggy, memang fa tak kesampaian nak pergi pon expo-expo macam ni sebab fa rasa terlalu awal. So bila Si Precious dah semakin membesar dalam perut ni, apalagi JOM la kita ajak babah pergi !!! hihihi

Expo ni dari 14-16 September 2013 dari pukul 10 pg sampai 9 mlm. Macam biasa fa dah ada checklist untuk beli barang Si Precious.

Mission Expo :
  • Breast Pump
  • Sterilizer
  • Baby Wipes (pack besar)
  • Cleanser untuk botol (liquid)
  • Pampers 
Banner Mother Baby & Kids Expo PWTC

Aktiviti yang dinuat sepanjang Expo
Booth yang mengambil bahagian
Memang teruja sangat bila dah sampai sini, tapi apa yang fa nak bagitau, Expo kali ni tak se-Best expo-expo sebelumnya. Kenapa fa cakap camni? Sebab fa rasa tak banyak sangat booth-booth yang menarik. (Pendapat Fa la ye) Fa jumpa 1 je booth yang jual Breast Pump & Sterilizer "Booth Kasih Ibu" Walaupun pakej yang dia bagi macam.....ehm...ehm... tapi fa tetap grab jugak sebab dah sampai sini kan takan tak beli.

Fa lagi teruja nak beli baju-baju si Precious. Comel-comel sangat. Tiga item RM25 ,Fa grab 2 Legging Si Precious & sarung tangan yang comel. Lepas tu 1 set rompers harga RM12 sehelai.

Booth yang jual Pampers ada HUGGIES je. so disebabkan fa memang nak beli pampers, fa beli la jugak Huggies  tu 2 pack. RM25/60 helai untuk saiz NB dan S. Fa taktau harga kat luar berapa, Tapi Booth ni bagi sampai 4 sample pack, 1 romper yang tulis "Huggies".

Fa dan En Suami usha jugak stroller, tapi bila fikir-fikir stroller boleh beli nanti, jadi kami cari benda yang lagi penting. Oh, En.Suami grab carrier untuk si Precious. Ok la nanti biar dia yang dukung Si Precious ni. hihihi harga RM80.

Sini ada booth Anakku, tapi fa tak terasa nak beli pon sebab kat luar bersepah kedai Anakku. So baby wipes & bottle cleanser fa tak beli sebab tak tak jumpa.

Ok kalau kita belanja lebih RM100 keatas, kita layak untuk lucky draw. Mana la tahu kan rezeki Si Precious ni dapat Stroller free ke? hihihi Harapan sangat tapi tak dapat pon lucky draw tu. No Luck!
Babah yang kepenatan Shopping
Makan dulu sementara tunggu Lucky Draw
Stage
Ok next entri nanti fa cerita apa yang fa grab dekat expo ni eh. Fa dah mengantuk nak tido sebab dah penat berjalan seharian. Esok fa ada Class Zero to Hero Shaklee :) Good Night. Salam.
Sebelum balik pose dulu untuk semua.
**************************************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...