Nuffnang

Tuesday, September 10, 2013

WAHM dan SOHO (Small Office Home Office)

Salam Mommies & bloggers semua.

Macam tak percaya je tinggal lagi 2 bulan untuk fa bergelar mommy! For seriously fa memang tengah takut memikirkan proses-proses kelahiran si precious tu nanti. Tapi disebabkan tak sabar nak bergelar mommy fa tabahkan juga hati. 

Lagi 2 bulan si precious nak lahir, maknanya lagi 2 bulan fa akan merasa hari-hari berpantang , lagi 4-5 bulan fa akan jadi WAHM. Inshaallah. Keputusan fa dah ambil cuma mungkin fa akan buat Solat Istikarah mohon petunjuk dari Allah. Fa Yakin  dengan rezeki Allah.

Fa tertarik dengan 1 entri dari rakan seperniagaan Shaklee fa Ummierna pasal Tips SOHO (Small Office Home Office). Untuk pengetahuan semua, Erna ni salah seorang WAHM yang berjaya. Pendapatan bulanan yang hanya WAHM mencecah 5 angka!! Sebab itu fa jadikan Erna sebagai model dan semangat fa untuk join WAHM nanti.

ok dalam entri tu Erna menceritakan kenapa dia memilih Perniagaan SOHO dan Tips memiliki Perniagaan SOHO sendiri. Mesti bestkan kalau kita ada small office sendiri di rumah. (Semakin berkobar-kobar nak jadi WAHM!!)


Mengapa pilih Perniagaan SoHo? 

Kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.



Tips memiliki SoHo sendiri;

1- Persedian mental dan fizikal. Dimana kita perlu sentiasa bersedia. Perniagaan bukan selalunya maju dan tinggi permintaan. Perniagaan ada pasang surutnya. Jadi, kita perlu bersedia dengan beberapa plan agar kita sentiasa dapat capai target jualan. Selain itu, suami juga perlu mamainkan peranan yang penting. Kerana, seawal pembabitan seorang suri rumah dalam dunia perniagaan SoHo, wanita itu sendiri masih perlu belajar cara menyesuaikan diri dengan perniagaan WAHM. 

2- Sentiasa menuntut ilmu. WAHM perlu sentiasa menuntut ilmu yang berkaitan dunia pernigaan agar pengurusan perniagaan dan juga pengurusan rumah tangga anak-anak dan suami semuanya berada dalam keadaan teratur. Jangan sibuk menguruskan perniagaan, hal rumah tangga terabai dan jangan pula sibuk uruskan rumah tangga, segala tuntutan kerja pula tergendala. Jadi perlu bijak membahagi masa dan mencari ilmu berkaitan perniagaan yang di ceburi.
 
3- Fokus & berdisiplin pada perniagaan yang kita jalankan. Sememangnya memiliki ruang SoHo adalah sesuatu yang mengembirakan hati. Bukan sahaja boleh masuk ke SoHo hanya dengan pakai baju kelawar ataupun berkain batik. Tetapi, waktu kerja kita juga fleksibiliti. Terpulang pada kita ingin masuk pejabat pukul berapa dan keluar dari pejabat pukul berapa. Seeloknya..perlu ada jadual masa seperti kita di alam persekolahan dulu. Ini semua supaya kita lebih bijak mengurus masa bekerja dan menguruskan anak. Kalau kita tak ikut 100% jadual, sekurang-kurangnya kita ada guide line apa yang ingin di lakukan setiap hari.

4- Pilih ruang yang sesuai untuk SoHo anda. Perlu kenal pasti ruang dalam rumah yang sesuai untuk d jadikan ruang kerja. Ruang SoHo tidak semestinya perlukan ruang yang luas. Tidak semestinya sebuah bilik. Ruang bawah tangga, ruang di atas loteng rumah, ruang kecil dalam bilik tidur juga boleh di jadikan ruang SoHo. Apa yang penting adalah keselesaan dan ruang kerja mampu membangkitkan mood semangat untuk bekerja.

5- Pemilihan perabot yang bersesuaian dengan ruang kerja sedia ada. Maksud ruang disini,size meja kerja seharusnya bersesuaian dengan ruang yang ada. Kerusi yang bersesuaian dan peralatan lain untuk menempatkan fail-fail kerja serta peralatan kerja yang lain. Perlu ukur size sebenar perabot yang bersesuaian dengan ruang yang ada sebelum membeli perabot untuk setup SoHo.

6- Jika ruang SoHo adalah terlalu terbuka, contoh di tempatkan di ruang tamu rumah..keselamatan SoHo juga perlu di titik beratkan. Contoh, perlu sediakan sekurang-kurangnya satu laci ataupun ruang penyimpanan berkunci. 

7- Ruang SoHo WAHM sesuai di letakkan di ruang atau tempat yang memudahkan kita melihat pergerakkan anak-anak. Jika SoHo anda di dalam bilik, pastikan sediakan juga ruang untuk anak anda bermain dan tidak menggangu anda bekerja. Bijak memilih ruang untuk keselesaan kita sebagai WAHM dan juga keselesaan untuk simanja kita.
Amacam? bestkan?? Dekat bawah ni ada beberapa idea Ruangan SOHO yang fa google:
Ya Allah Permudahkanlah setiap urusan ku untuk mencari rezeki yang halal. Sekiranya Rezeki ku Jauh maka Dekatkanlah. Jadikan aku seorang yang bersungguh-sungguh mencari rezeki dengan keredhaan Mu. Sesungguhnya Kaulah Maha Pemberi Rezeki & Maha Mengasihani - Amin-
**************************************
Nak dapatkan produk Shaklee dengan  mudah boleh contact Fa. Fa ialah pengedar dikawasan Sri Petaling , Bukit Jalil dan Kawasan sekitarnya. Untuk Weekdays boleh juga COD di KLCC.
Jadi sesiapa ingin dapatkan produk ini dengan segera boleh call/whatsup/SMS di 012-3841916 atau 010-2322134.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...