Nuffnang

Sunday, September 22, 2013

Surah-surah wajib diamal oleh ibu hamil

Salam Maghrib semua.

Jom kita amalkan surah-surah ni sepanjang hamil. Fa mengaku fa lambat sikit nak start baca surah-surah ni.. dah nak masuk 7 bulan baru hegeh-hegeh nak baca. Sian Si Precious mamy.

Ok la antara surah-surah yang boleh diamalkan sepanjang hamil:

Surah Al-Fatihah ~Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingtan.

Surah Yusuf
 ~Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

 Surah Yaasin
~Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Luqman
~Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Maryam
~Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

 Surah At-Taubah
~Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
 
Surah Hujurat
~Untuk memperbanyakkan susu ibu, dan anak bersifat berhati-hati.
 
Surah An-Nahl Ayat-78 
~Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Fa bukan la perfect sangat time baca surah-surah ni, apa yang fa buat, simpan surah-surah ni dalam mp3 hp, setiap kali nak baca fa akan mainkan dan ikut je. Kalau tak ada masa atau dekat office, fa pasang dan dengar dan baca dalam hati. Kalau malam setiap kali nak tidur atau time-time rehat-rehat tu, fa letak earphone dekat perut bagi si precious dengar.

Fa akan lagi gigih membaca surah-surah amalan ni setiap hari untuk si precious. Inshaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...