Nuffnang

Saturday, September 21, 2013

My Precious : Prepare & Packing beg hospital Si Precious




Selalu fa tangguh-tangguh nak basuh baju si precious ni. Patutnya fa dah packing baju dia masuk beg dan ketepikan. Tapi sebab fa cuma ada weekend je & macam-macam pulak program hari sabtu ahad jadi fa asik tangguh.

Hari ni petang karang nak balik kampung celebrate birthday mama, so hari ni fa tak payah masak jadi fa decide nak basuh baju-baju Si Precious packing siap-siap masuk dalam beg.

Memang la awal lagi kalau nak fikir, tapi atas nasihat mereka yang dah ada pengalaman, beg tu kena prepare cepat-cepat by that time fa masuk 7 Bulan, beg dah tersedia so if anything happen, fa dah prepare kan? tak ada la kelam kabut. Fa tak minta Si Precious lahir awal, tapi fa ni memang jenis yang tak suka last minit. :)

Ok baju si precious dah siap basuh, dah siap lipat masuk beg boleh ketepikan. Lepas ni barang-barang hospital fa pulak yang kena prepare. Fa punya nanti-nanti la.. Kalau tak sempat en.suami boleh tolong packing kan.. hihihihi

Ok untuk sesiapa yang tak tahu list barang baby nak bawa pergi hospital, Fa share kat bawah ni:

Si Precious List:
1) Diapers (10) - Kawan fa cakap bawa lebih sebab baby baru lahir banyak yak.
2) Baju (4 pasang) - 2 lengan panjang, 2 lengan pendek, 1 overall 
3) Stokin/sarung tangan (4)
4) Tuala mandi (1)
5) Napkin (2) - Nak jadikan bedung atau lap2 ape yang patut nanti.
6) Selimut/Bedung (1)
7) Barut (4)
8) Baby Wipes (2)
9) Minyak telon
10) Peralatan mandi.
11) Bantal
12) Towel Muka (2)
13) cotton bud & cotton ball
14) Nappy cream - yang ni tak sure la kene bawak or not. tapi fa bawa je.

Ni je kot rasanya. Tapi fa memang kena siap-siapkan yang lain-lain jugak letak tepi nanti senang en.suami ambil sebab lepas keluar hospital je fa terus balik kampung pantang dekat sana.

Bila tengok barang-barang si precious dah packing, lega hati ni. Eh tapi lambat lagi nak bersalin. 
Lepas ni fa share list barang fa pulak eh. Hope Allah mudahkan segalanya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...