Nuffnang

Thursday, November 12, 2015

Kek Kukus Bantat | Apa pon tak jadi!

Kek Kukus Bantat | Apa pon tak jadi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kek Kukus Ku Bantat Lagi | Macam dah tajuk lagu pulak. Semalam Rina datang rumah. Seharian fa masak kat dapur nak sambut BFF datang makan-makan. Fa buat nasi lemak je. Penuh 1 periuk makan lah sampai malam. Nak buat kek ke kuih ke tangan ni memang keras. Selalu dalam 10 kali buat 1 kali je jadi. Itu pun ikot nasib. Kalau nasib baik maka jadilah kek tu gebu. Kalau tak memang bantat leper keras.....

Rina datang bawak kek kukus vanila. Memang sedap. Si kecik hantu kek ni makan kek kukus Auntie Rina macam makan nasi. Jap jap mintak kek, jadi fa pon mintak lah resepi dari rina. Kukus je kan, tak kan susah sangat kot. Lain lah kalau bake, mesti tah hape yang jadi kat kek fa tu. Resepi senang je.. telur, gula, mentega, vanila esen, ovelete, tepung, baking powder, pewarna kalau nak letak. Rina cakap resepi asal kek kukus pandan. Fa takde esen pandan. Jadi ganti ngan esen vanila. Nampak mudah kan? Semua bahan pon memang ade kat dapur.

Buat kek ni sebenarnya senang je kalau kita FOKUS! Sukat kena betul. Takboleh main sukat je. Kalau dah disuruh 175gm Tepung..maka 175gm lah tepung tu. Kalau terlebih terkurang itu yang lembik lah, keras lah, bantat lah. Fa ni pulak pandailah sangat nak menyukatkan. Ade penimbang pon boleh terlebih terkurang.

Maka hari ni demi airis fa gigih jugak lah buat kek kukus. Bau rumah semerbak wangi dengan bau pandan. Fa kukus 45minit. Dah 45minit tengok kek tu ta naik pon. Jadinya BANTAT! Penat tau bancuh-bancuh tepung sekali bantat. Ape perasaan kalau tengok kek tu bantat? Nangis lah ape lagi! Kek ni nak buat memang risiko. Kalau orang yang selalu buat pon kadang kek dia tak jadi. Fa ni yang jarang-jarang buat kek lagilah kan? Puas fa tanya kawan-kawan termasuk rina ape tips nak kasi kek tak bantat. Tepung kena sukat betul-betul, telur gula kena pukul kasi kembang. Ikot resepi step by step jangan ikot suka je kalau tak reti buat.

Dah nama pon takreti buat kek. Ikot step pon gagal. Angah buat kek main campak je. sedap je. T.T Fa google la antara sebab-sebab kek bantat. Blog ni menarik perhatian fa. Jom baca kat bawah ni. Ape yang fa tepek ni ciri-ciri kek kukus fa tadi. Nak baca lagi boleh baca kat blog cikmatahari ni:


Kek Menjadi Bantat
☒ Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
☒ Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
☒ Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
☒ Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik-baiknya gunakanlah telur yang segar. ☒ Isikan air di dalam bekas dan letak telur di dalamnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
☒ Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik-baiknya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
☒ Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
☒ Suhu ketuhar terlalu rendah.

Kek Terlalu Berat
☒ Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
☒ Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
☒ Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
☒ Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
☒ Gula yang digunakan melebihi sukatan
☒ Terlalu banyak cecair
☒ Suhu ketuhar terlalu rendah

Tekstur Kek Terlalu Kasar atau Berlubang-lubang Besar
☒ Terlebih serbuk penaik
☒ Telur yang digunakan terlalu kecil atau terlalu sedikit
☒Adunan tidak dipukul sebati
☒ Kek Menjadi Keras
☒ Gula dan mentega tidak dipukul hingga gebu dan ringan.
☒ Terlalu banyak tepung gandum.
☒ Tidak cukup cecair
☒ Memukul terlalu lama setelah memasukkan tepung.
☒ Tidak memukul sempurna setelah dimasukkan telur.
☒ Membakar terlalu lama atau suhu terlalu tinggi.
☒ Loyang/acuan kek terlalu besar dan kek menjadi nipis.
☒ Ikuti resepi dengan tepat dan pastikan resepi dari sumber yang boleh dipercayai.

Tunggulah bila kek kukus fa jadi. Naik gebu cantik baru fa tepek kat sini sekali ngan resepi. Lagi seminggu fa buat lagi. Takboleh buat kerap nanti suami pelik apsal telur dia beli sepapan cepat habis. Tapi keknya takde. 

Walaupun kek ku bantat. Tapi airis makan sampai habis. Mintak lagi. Janji anak suka. Mamy happy :)

Anda ade nak share tips kek kukus gebu? Tepeklah kat komen eh. Semoga lepas ni kek fa menjadi & naik gebu.

Nak beli Shaklee pon boleh komen kat bawah ni atau boleh PM fa kat 0123841916 :)

Gambar Apam Susu fa buat dulu - gamba hiasan.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿





SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...