Nuffnang

Saturday, March 22, 2014

Jom LIKE page finurz creations (facebook)

Assalamualaikum semua. seminggu dah fa masuk kerja balik. seminggu jugak sesi perahan dekat surau office. Memang letih sebab surau office nun jauh kat basement. Berlari-lari fa kejar masa nak pam. Tapi ku gigihkan jugak demi Airis. Alhamdullilah semakin kerap pam semakin banyak hasil. sekarang ni setiap kali pam dapat 6oz. Ok la kan sebab Aoris kalau botol dia minum sikit tak macam direct feeding. Pakai pulak pam Rumble Tuff bunyik cam prang buat renovation rumah (hahah xde la sampai camtu) cuma nak cakap memang kuat la bunyik. Mereka mereka kat surau pon dah faham sangat.  So fa hutang entrt lagi satu pasal breast pam yang fa guna.Airis pulak seminggu duduk ngan anty mama dia macam-macam ragam. Meragam tu dah sah sah lah kan. Fa banyak.ni nak share pasal Airia. tapi limited time. Nanti bila senang fa share ye. Untuk yang tinggalkan komen nanti fa reply. Thanks semua sudi baca cerita dalam entry blog fa ni. Fa nak ajak semua LIKE page facebook fa Finurz Creations - https://www.facebook.com/pages/Finurz-Creations/360471437368331 Ok la nanti kita story story lagi ye. Nak nenenkan Airis. :)

Wednesday, March 12, 2014

Airis 3 Bulan - Alhamdullilah

As salam semua

Tak tau kenapa nak buat entri ni. Siang tadi baru balik dari suntik Airis dekat Hospital Columbia dengan Dr.Cheok. Fa still hutang entri yang banyak pasal progress tumbesaran Airis dengan semua kan. Actually Airis dah pun dapat 1st suntikan 2 Bulan (Hospital Columbia suntik 2 bulan sekali).

Fa ringkaskan cerita kat entri ni je la ye, kita flashback je la. Untuk 2 bulan (Berat Airis 5.32 kg), suntikan yang diberi ialah vaksin 6 dalam 1 (seingat fa dulu 3 serangkai) atau 6 serangkai. Huhu nampak tak sekarang ni kat dunia ni dah macam-macam penyakit sampai kan kena suntik sekali 6 vaksin dalam badan Airis. Fa tak ingat sangat apa yang dalam 6 serangkai ni. fa rasa ada DTP (Diphtheria, tetanus,pertusis), IPV (Vaksin untuk virus polio), HIB ( Vaksin untuk virus influenza type B yang selalu serang otak,paru-paru,tekak & telinga), HEP - B (hepatitis B) haaa cukup kan 6??

Then fa add lagi satu optinal Vaksin Rotavirus. Rotavirus ni mama cakap perlu untuk elak Airis dari terkena virus perut yang boleh buat dia cirit birit yang teruk dan muntah-muntah.

Ok total semua vaksin:
6 Serangkai = RM130
Rotavirus = RM150

So tadi fa pergi untuk 2nd jab rotavirus vaksin. Orang memang la question, tak mahal ke vaksin dekat Hospital Swasta? Memanglah mahal tapi fa nak yang terbaik untuk Airis. Lagipun dah kebetulan pergi sana masa chek jaundis Airis & terpukau dengan percakapan Dr.Cheok yang cun tu. Terus setuju nak vaksin kat situ :)  Biasa lah anak 1st kan. Ilmu belum cukup hati pulak still tak kental. Tapi fa respect la ada ibu-ibu tak vaksin anak-anak mereka. Fa tak berani sebab fa ni careless jadi dengan vaksin fa boleh protect airis dari penyakit-penyakit kat luar sana.

Hari ni Airis dah 3 bulan. Still terasa lagi tendangan Airis dalam perut (sekarang tendangan kat luar pulak) Alhamdullilah dah 3 bulan fa BF airis. Walaupun awal-awal fa terpaksa bagi Airis FM sebab susu fa tak keluar sampai lah hari ke-2 bersalin. :(

Alhamdullilah sekarang Airis semakin bijak. Bijak nak berborak, bijak nak bergurau. Dah kenal mamy & babah badan pon semakin semangat. Kepala pon dah tegak tak lama lagi dah boleh menyarap :)

Airis dah pandai tengok TV (Disney Channel) dah start isap jari. Banyak lagi benda yang Airis makin lama makin pandai. Kadang-kadang rasa macam Airis ni dah 4-5 bulan.

Fa doa semoga Allah mudahkan fa untuk menyusukan Airis sehingga 2 tahun. Panjangkan umur fa & suami untuk sama-sama besarkan Airis. Fa doa Allah sentiasa lindungi Airis & panjangkan umur dia.

Ya Allah Kuatkan semangat ku membesarkan Airis & berkatilah setiap titisan susu ku semoga dengan keberkatan Mu susuku menjadi banyak untuk anakku. -Ameen-






Mamy sayang Airis tau. LOVE U SO MUCH!!

Makanan perangsang susu & Set Penyusuan Shaklee

Assalamualaikum Semua

Alhamdullilah dah  masuk 3 bulan umur Airis. Alhamdullilah rezeki susu Airis tak pernah habis walaupun kadang kala tak banyak macam selalu tapi fa syukur fa dah BF Airis selama 3 bulan.

Bermula dari 1.5 oz sekarang setiap kali pump mesti tak lari 3 oz - 6oz sehari. Pengambilan supplemen Penyusuan dari Shaklee sangatlah membantu badan fa untuk menghasilkan susu yang mencukupi dan berkhasiat untuk Airis.

Kekerapan pump, makanana seimbang pun boleh mempengaruhi penghasilan susu. Fa pernah lah sekali minum air sejuk & nescafe susu fa merundum sikit. Lepas tu fa pastikan fa kurangkan pengambilan air sejuk ais dan nescafe. Sesetengah ibu-ibu makan ape pun tak ade masalah.

Fa pun nak masuk opis dah esok. Stok EBM yang fa bekukan & chillkan tak la sepenuh peti sejuk tu tapi memadai untuk keperluan Airis sepanjang fa bekerja nanti. Insyaallah. Ramai yang tanya fa, ape yang fa buat & makan sampai boleh pump sebanyak tu. Ada 3 benda penting yang perlu tahu kalau nak susu yang banyak.
1. Kerajinan memerah susu
2. Air yang banyak
3. Doa/Zikir

Kalau pasal makanan tu, actually makan ape pon akan buat susu jadi banyak sebab kalau kita tak makan macam mana nak hasilkan susu yang cukup kan? Cuma korang boleh try makanan kat bawah ni untuk buat susu badan korang lagi bertambah. JOM CUBA!

1) Pegaga.
ok, yang ni fav fa. Sepanjang fa pantang, pegaga ni la yang jadi pembuka selera. Mama akan masak lauk pegaga atau sekadar buat ulam. Pegaga ni memang akan buat breast cepat penuh. Sebab tu fa suka sangat. Korang leh cuba google resepi pegaga atau jus pegaga. Mama selalu masak lemak ayam dengan pegaga atau goreng dengan ikan bilis dan lada hitam. yummy!

2) Kacang hijau
Petua ni fa dapat dari anty fa. Tapi memang betul, lepas makan bubur kacang hijau terus je mengalir susu badan. Tapi tak secepat pegaga la. Fa makan ni seminggu sekali. Ikut kerajinan mama nak buat bubur :)

3) Lobak Putih/bayam/sawi
Masak sup sedap!!

4) Air longan Kering.
Yang ni fames. Kalau google petua banyak kan susu mesti ade resepi air longan kering ni. Fa minum sekali je tapi memang buat breast rasa penuh sampai bengkak. Cara dia senang je, reneh longan ni dengan air & gula batu. Minum time suam. Sedap! atau kalau pemalas sangat, amek longan dalam 6-8 biji basuh rendam dalam air panas, tunggu kembang pastu letak gula tadaaa dah boleh minum . Esok nak cari  longan la cam teringin lak.

5) Sengkuang Cina
yang ni fa dapat dari blogwalking. Belum try tapi macam menarik. Boleh beli jenama F&N atau Seasons yang dalam tin tu. Nanti fa cuba fa share kat sini ye.

Kalau bab minuman pulak, selain air longan kering & sengkuang cina, Milo cereal horlick pon perangsang susu badan. Fa selalu campur dengan ESP SHAKLEE lagi cepat susu tu keluar & jadi pekat.

Air putih sila lah minum seboleh-boleh 3 liter ye.

Lain-lain yang fa dapat dari blogwalking :
Kacang tanah
Habatussauda
cekur manis
petola
bendi
Halba

Supplemem yang membantu penghasilan susu :
ESP & ALFAFA SHAKLEE. (SET PENYUSUAN SHAKLEE)

Testimoni fa sendiri :)
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).




Tuesday, March 11, 2014

EBM - Cara panaskan/warmkan stok EBM

As salam semua

Hari ke-2 Airis dengan anty mama dia. Hari ni much better then yesterday Alhamdullilah. Kurang menangis yang berpanjangan tapi menangis mengada-ngada je hari ni. Hope day by day Allah semakin mudahkan & Airis semakin boleh terima yang fa pergi kerja.

Angah semakin mahir handle stok EBM walaupun dia agak kabut gak kadang-kadang, tapi dia semakin boleh faham corak penyusuan Airis. Setakat hari ni setiap kali fa pam, fa akan dapat dalam 4 oz jadi fa akan bahagikan dalam 2 botol. 1 botol 3oz. 1 lagi 1oz. Airis akan habiskan botol 3oz tu kemudian tidur & jaga balik habiskan yang 1oz. Masa tunggu Airis bangun Angah akan siap-siap keluarkan 1 botol dalam chiller dan bila nampak macam Airis nak bangun, dia akan masukkan dalam warmer & bagi Airis minum yang baki 1 oz tu dulu. Sebab Airis ni tidur sekejap-sekejap. Dia taknak habiskan the whole bottle so at the moment cara camni yang berkesan janji tak miss masa expired susu tu.

Ok balik pada tajuk entri fa, masalah utama fa bab panaskan EBM ni. Bagi fa nak panaskan stok EBM ni memang kena ambil tahu pasal suhu & masa. Bukan boleh panaskan terus camtu je dalam air panas ye. Haba yang melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien yang terkandung dalam ASI (Air Susu Ibu) Oleh itu cara pemanasan perlu lah betul bagi elakkan kemusnahan nutrien didalamnya.

Fa selesa pakai warmer walaupun agak lambat sikit. Sebab ASI ni sangatlah fragile, jadi pemanasan perlahan-lahan dalam tempoh masa tertentu perlu untuk memanstikan nutrien dalamnya tak rosak. FA guna warmer jenama Autumz. Tak kesah lah jenama apa pun sebab fa rasa sama je kot instruction dia kan.
Dari awal fa memang ada masalah dengan cara nak panaskan susu ni. 1st time fa buat EBM chilled tu fa masukkan terus dalam cawan isi air panas (mommies jangan buat camni ye) bukan tak boleh direct panaskan dengan air panas. Fa ada terbaca time fa blogwalking EBM chilled perlu dipanaskan dalam air suam (nisbah 2:1) maknanya 2 cawan air paip 1 cawan air panas atau boleh lalukan botol EBM chilled dekat air paip pastu rendam dalam air panas selama 5-10 minit atau sehingga dapat suhu yang kita nak.

Yang senangnya warmer ni, tetapkan je suhu pastu kita pegi la buat apa-apa semetara nak tunggu susu warm. Suhu dalam warmer akan tetap sama walau berapa lama pun kita tinggalkan dalam tu. Tapi yang malas sikit pasal warmer ni nak tunggu 10-15 minit untuk susu tu jadi warm. Cara yang fa ajar angah camni :

1) Kalau perasan warmer tu ada 3 suhu yang berbeza kan? 40' (milk) 70' (food) 100' (sterillizer) so fa soh angah turn warmer tu ke 70' tunggu lampu merah padam terus turn ke 40' tunggu sekejap baru masukkan botol.
2) Sebab chilled EBM tahan 4 jam dalam suhu bilik, jadi angah kena keluarkan siap-siap sebelum next session susukan Airis. Sebab EBM yang dalam suhu bilik cepat sikit nak warm banding dengan EBM yang direct keluar dalam chiller.

Cara guna warmer :
1) Masukkan 90-100ml Air dalam warmer - fa tengok banyak mana susu yang fa nak panaskan
2) On suis laraskan ke 40' - atau macam fa tulis kat atas tu kalau kes nak cepat
3) Letak botol dalam warmer 10-15minit - lampu akan on/off untuk pastikan suhu susu tetap 40'

JANGAN panaskan susu yang beku. Makesure frozen EBM dah dicairkan sebelum dipanaskan.
JANGAN panaskan EBM dalam air panas/microwave/api dapur

Panaskan susu sebelum tiba time anak menyusu. Sebab warmer ni ambil masa 10-15 minit untuk warm. Sebab tu fa ajar angah keluarkan dulu dari chiller sebelum masuk dalam warmer sebab pernah terjadi, lampu warmer dah padam tapi susu still sejuk.

Tapi jangan risau, lampu on/off tu untuk pastikan air dalam warmer tu tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk untuk memelihara nutrien-nutrien dalam susu.

Pastikan susu tu warm ye before bagi dekat baby. Kalau tak nanti perut baby kembung. Sebab ni dah pernah jadi dekat Airis. Sebab fa panaskan gopoh-gopoh, tunggu warmer lambat sangat nak warm, last kasi jugak susu sejuk dekat airis (tak sejuk sangat) meraung dia. Kesian Airis time tu, rasa cam worst mother ever! :(

Semua orang tahu kan susu ibu ni senstif sangat2. tak sama macam susu fm. Susu fm boleh digoncang2, tapi susu ibu tak boleh ye. Cuma boleh digoyang2 manje je.
*pastikan korang sediakan plug bulat untuk babysitter korang sebab warmer ni 2 pin yang bulat. Kalau tak kesian babysitter korang nak mencari plug bulat.

ok tu kalau chilled EBM, kalau frozen EBM pulak camne? So far susu yang fa bekalkan dekat angah cukup untuk Airis sampai fa balik kerja, tapi fa selalu turunkan 1 paket frozen EBM setiap malam sebelum tidur so esok hari dah cair & boleh guna.

 Tapi kalau emergency korang noleh ikot cara kat gambarajah ni :-




TIPS PENTING:
  1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
ok setakat ni je yang fa share. Kalau ada penambahan atau pembetulan kasitau ye boleh kita sharing ilmu penyusuan ni. sebab fa pun belum cukup mahir dalam handle EBM ni. Pape pun practice make perfect :)

Saya adalah Pengedar Sah & Pengguna Tegar Shaklee di Seri Petaling,Bukit Jalil,Bandar Tasik Selatan dan sekitarnya.

As Salam semua

3 bulan lebih duduk kat rumah, cabar diri untuk jadi WAHM (working at home mom) memang bukan 1 benda yang mudah & sangat lah mencabar. Tapi nampak kepuasan di situ. Sebab itu fa pilih untuk join Shaklee menjana pendapatan di rumah selain menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ibu & isteri. Boleh dikatakan hari-hari fa cuba dan cuba sesuaikan diri sebagai WAHM supaya bila sampai masa betul-betul fa dah ready 100% . Kenapa Shaklee?

PERSOALAN : kalau saya join shaklee ni kena cari org tak ?(Selalu sgt org tanya)

JAWAPAN : Tak perlu pun.awak buat sorg2 pun tetap merasa bonus! bisness SHAKLEE lebih kpd PRODUK, bukan AHLI. bila dah jdi ahli,setiap pembelian vitamin awk akan dpt point, point terkumpul syarikat akn beri cash bonus setiap bulan. best kan ?


 KELEBIHAN DAFTAR AHLI
✓ Berpeluang membeli produk pada harga ahli (penjimatan sehingga 25%)
✓ Berpeluang membeli vitamin sambil mengumpul point di mana ianya ditukarkan kepada BONUS TUNAI setiap bulan
✓ Berpeluang mendapatkan harga yang LEBIH MURAH bag...i produk promosi Shaklee yang terpilih pada setiap bulan
✓ Berpeluang mendapatkan konsultasi tentang vitamin & pengambilannya secara berterusan dalam group tertutup
✓ Penghantaran order pelanggan Shaklee akan uruskan, anda hanya masukkan data order pelanggan sahaja
✓ Shaklee menawarkan CASH (bonus & insentif), CAR (insentif kereta) & CONVENTION (percutian antarabangsa bertaraf lima bintang serta peluang mengerjakan umrah untuk Muslim)
✓ Bisnes yang sangat fleksible dengan sistem online Shaklee
 


PERSOALAN : Macam mana nak join Ahli? Perlu ke belanja hingga beribu untuk jadi ahli.
 
JAWAPAN : Tak perlu lah sampai nak belanja beribu kan. Nak jadi ahli hanya perlu bayar (RM75 semenanjung / RM85 sabah &sarawak) sahaja utk pendaftaran seumur hidup! fa hanya tolong daftarkan dan jika andabetul-betul serius nk join bisnes ni, fa  ikhlas bantu anda & akan beri tunjuk ajar. Anda juga akan di 'add' kan dalam secret group fa dimana anda boleh belajar lagi mendalam pasal bisness ni.
 
Sekiranya berminat untuk daftar secara percuma, apa yang perlu anda buat ialah belanja sehingga RM650 (anggaran untuk dapatkan point sebanyak 200UV) terus anda layak join secara percuma & cash bonus pada bulan berikutnya.
 
★★ Jom jana pendapatan dengan SHAKLEE ★★★
JOM ramai-ramai JOIN TEAM SHAKLEE fa SEKARANG!
Call/whatapps/sms: 012 3841916
Email : finurzcreations@gmail.com
Like Fan Page FB:
Finurz Creation
 
 

 "kami menyediakan kehidupan yg lebih sihat dan lebih baik utk semua - Insyaallah"
 
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Monday, March 10, 2014

EBM - Handle with LOVE (Cara penyimpanan EBM)

Asslamualaikum semua

Macam yang fa janji fa nak share sikit ilmu pasal EBM. fa ngaku fa taklah pandai sangat bab-bab EBM ni. Time entri ni ditulis pon fa still belum 100% faham, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkn ye.

Bila fikir lagi berapa hari nak masuk kerja fa kena lah tungkus lumus nak buat stok EBM untuk Airis. Memandangkan selama pantang kat kampung, fa tak berpeluang langsung nak buat stok EBM beku yang banyak sebab freezer mama selalu padat dengan lauk pauk. Yang boleh buat pun stok EBM chiller untuk train Airis isap botol.

Hari ni sebab angah yang jaga Airis, so fa boleh lah buat stok sikit-sikit. Selang 2 jam fa akan pump masuk chiller. Sepanjang fa jaga Airis seminggu lepas, fa hanya sempat nak buat stok beku sikit-sikit je setiap malam. Tapi sebab seharian melayan Airis, malam dah penat then terlepas sesi pump sebab tidur tu lagi nikmat. Haiz. So far stok EBM beku fa ade 24 oz je. Stok dalam Chiller (fa start pump hari jumaat) ade dalam 20 oz. Stok untuk sehari je kot :(

Sepatutnya fa kena ready kan stok untuk Airis dalam anggaran 18-20 oz sehari memandangkan Airis minum ikut mood pastu sekejap-sekejap. Jadi kena ade ready stok yang cukup.

Contoh sekali airis minum 3 0z. Fa g kerja dalam pukul 8.30 (Airis dah nenen) Fa pump sekali untuk stok fresh so bila Airis bangun angah boleh terus bagi yang fresh. Budget masa 2 jam sekali & fa akan balik around pukul 7 malam.

Fresh milk ( 3 oz)
Chilled EBM ( 3 0z x 5 = 15 oz)
Frozen EBM (3 oz)
Total ready stock : 21 oz (anggaran)

Nanti fa cerita detail pasal ready stock ni ye. Sekarang fa nak cerita pasal macam mana nak handle EBM ( express breast milk)

Bukan senang nak susukan anak ni lebih-lebih lagi kita yang bekerjaya. Kena lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan pasal bab-bab penyusuan ni. Nak handle EBM pun bukan pekara yang mudah. Boleh dikatakan agak remeh jugak la. Tapi sebab fa dah nekad nak BF Airis sampai umur 2 tahun jadi kena lah kuat semangat walaupun ade la orang cakap FM(formula milk) kan lagi senang!

Silap fa kat sini ialah bila amek masa berpantang yang lama dekat kampung, memang best tapi buat fa kelam kabut bila dah last-last minit nak buat stok EBM. Fa pun tak sempat nak briefing angah pasal nak handle EBM ni cakap pun gitu-gitu je. 






Kalau berpandu gambarajah ni semua dah boleh agak kan. Nak lagi clear macam ni :-

---> Berapa lama susu perahan tahan simpan dalam peti sejuk?

- Peti sejuk 1pintu (bahagian beku) tahan selama 2minggu

- Peti sejuk 2pintu (bahagian beku) tahan 3bulan dalam suhu -20 oC

- Bahagian am atau bahagian bawah tahan sehingga 5hari dalam suhu 2 oC - 4 oC

- Peti sejuk deep freezer tahan 6bulan
 
Susu beku yang diturunkan ke bahagian sejuk (bahagian bawah dalam peti sejuk) boleh bertahan hanya 24jam. Susu yang telah di cairkan tidak boleh dibekukan semula.
 
Susu yang dah dikeluarkan dari chiller, boleh tahan 4 jam dalam suhu bilik selagi TAK dipanaskan. TETAPI bila dah dipanaskan, selagi belum minum boleh tahan 1-2 Jam.
 
Manakala susu fresh yang baru diperah, boleh tahan 4 jam dalam suhu bilik selagi TAK diminum oleh bayi, TETAPI if dah minum, boleh tahan 1 jam lepas tu susu yang lebih haruslah dibuang.
 
Untuk penyimpanan dalam cooler bag/cooler box boleh tahan dalam 12-24 jam bergantung pada jumlah ice pack yang ada dan suhu. 
 
Penyimpanan susu perahan di tempat kerja.
Seelokkan susu perahan diletakan dibahagian bawah fridge dan bukannya di bahagian beku. Untuk memelihara kehilangan antibodi dalam sussu akibat pembekuan dan perubahan suhu. (ingat susu yang mula cair atau cair tak boleh dibekukan semula dan harus dihabiskan dalam masa 24 jam)
 
Penyimpanan susu perahan di rumah.
Seeloknya lebihkan susu dalam chiller dan kurangkan susu beku.
- Susu chiller fresh untuk kegunaan keesokkan hari (Tahan 4 hari)
- Susu beku untuk dijadikan stok.
 
Contoh Airis perlukan 18 oz sehari dekat office fa dapat buat 3 kali perahan (3 oz x 3 = 9 oz) dekat rumah fa buat lagi 2 sesi perahan ( 3 oz x 2 = 6 oz) jadi fa perlukan lagi 3 oz nak cukupkan 18 oz. So ni la masa turunkan 3 oz susu beku ke bawah. Sekiranya masa pump tu ade lebih, boleh gantikan susu yang diturunkan tu. (Susu beku kena jalan jugak untuk elakkan expired) Masa 1st nak panaskan, gunakan susu beku dulu sebab sus beku tahan 24 jam selepas dicairkan (fa akan turunkan susu beku pukul 8 malam supaya esok dah boleh guna)
 
Susu yang sama suhu boleh dicampurkan dalam 1 bekas untuk buat stok beku.
Contoh dalam masa 24 jam tu masa pump ada yang 2 oz ade yang 1 oz sebab fa nak cukupkan 3 oz dalam 1 botol jadi fa boleh campurkan dengan syarat susu tu sama suhu.
 
Nak clearkan.. 1st perah  (2oz - 2pm) fa letak dalam chiller, 2nd perah (1 oz- 4pm) letak chiller so bila malam sure la suhu susu tu dah sama kan, so fa leh campur dalam 1 bekas terus masuk frezer untuk buat stok beku. (Ingat labelkan time yang paling awal- ikut masa perahan yang 1st)
 
---> Bekas penyimpanan susu yang sesuai untuk digunakan
1. Simpan dalam botol kaca. Tetapi agak susah nak mengendalikan botol kaca.
 
2. Bekas plastik atau botol simpanan susu yang BPA Free. (boleh cari dekat mana-mana tempat jual barang baby)
 
3. Bekas dadih. Boleh guna 3kali sahaja.
 
4. Plastik liner yang ada jual dipasaran.

---> Cara menyimpan susu perahan
1. Simpan susu dalam bekas yang bersih dan bertutup.

2. Labelkan bekas dengan tarikh perahan,masa perahan,jumlah perahan dan nama baby..ini memudahkan proses pengasuh bagi susu kat baby kalau pengasuh mengasuh ramai baby.

3. Simpan susu dalam satu bekas mengikut kuantiti yang baby minum. Kalau baby minum 3oz,simpan 3oz dalam satu bekas. Sebab nak elakkan pembaziran

4. Simpan susu dalam peti sejuk dan simpan pada bahagian paling dalam. Jangan simpan susu kat pintu peti sejuk. Sebab suhu sentiasa berubah kalau pintu peti sejuk dibuka dan ditutup.

5. Jika nak bekukan susu, pastikan ada ruang pada bahagian atas bekas simpanan susu. Jangan penuhkan bekas dengan susu. Sebab, susu akan berkembang bila susu membeku.

Setakat ni faham tak?? Boleh rujuk mana-mana buku & google kalau nak kasi clear lagi. Fa pon masih bertanya dengan otai-otai BF ni. Bukan senangkan nak handle, hati kena kasi tabah. Sebab susu ibu ni fragile & banyak sel-sel hidup dan antibodi yang kena kena jaga baik-baik.

Next entri fa akan share macam mana nak panaskan stok EBM. Fa pun kena buat jadual untuk angah nanti tampal kat fridge supaya senang nak ingat :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
 
 
 

PRE WAHM (pt 3) - Perihal EBM & Airis

Assalammualaikum semua

ok hari ni dah 10/3/14 sepatutnya hari ni fa masuk opis tapi fa terpaksa amek lagi bape hari untuk pastikan yang Airis ok dok ngan anty mama dia (angah)

Atas nasihat mama, fa amek cuti sebab nak biar angah selesa handle airis. Fa pulak nyorok kat dalam bilik so leh lah fa meng"update" blog yang dah bersawang ni.

Seminggu Airis dok ngan fa sendiri hari ni pulak bangun-bangun tengok anty mama yang jaga, mamy takde. konfem meraung punya. Tapi fa doa hari-hari moga Allah mudahkan segala urusan. 1st day fa handle Airis pon camni gak kan. Menangis tak benti tapi 2nd day dan seterusnya dah ok. So fa tahan diri dari tinjau-tinjau walaupun kaki ni nak je turun pujuk Airis.

Seminggu fa asik bisik-bisik dekat telinga Airis cakap fa nak g kerja, anty mama jaga hope dia faham la kan. Tapi yang paling penting hope angah boleh handle Airis. Sebab Airis ni 100% breastmilk jadi nak handle baby yang isap breast milk ni bukan la sesenang baby yang minum FM. Fa ingat lagi adik fa yang kecik dulu, kalau dia nangis nak susu je terus pg dapur bancuh siap minum. Breastmilk ni kena kuar chiller, warmkan pastu baru lah nagi minum. Sebab tu nak jaga baby BF ni kena pandai budget time. Takleh leka-leka sangat.

Masa seminggu duduk ngan fa, pukul 9 pagi je Airis dah siap mandi, pastu nenen pastu tido & ulang benda yang sama selang seli dengan tengok Disney Chanel, gurau-gurau senda dengan fa sampai la pukul 5.30 mandi petang. Tapi sebab bila dengan fa dia directfeeding kan. Ni ngan anty mama kena isap botol. Pape pon mohon dipermudahkan.

PAgi tadi fa sempat pump untuk bekalan Airis bila dia bangun. So awal-awal tak payah lah angah kabut nak warmkan susu. 2nd pump pukul 12 (3.5 oz) tadi ingat nak masuk chiller. Nasib tak masuk sebab Airis nangis nak susu lagi. Ok yang ni fa pening, sebab tadi pagi fa tinggalkan 4 oz. fa asing kan botol 1 letak 3 oz, 1 lagi 1oz. Angah cakap yang 3 oz tu habis tinggal yang 1 oz. Airis tidur sekejap setengah jam pastu bangun nangis angah bagi yang balance 1 oz yang tinggal. Angah cakap Airis macam nak susu lagi nak warmkan yang dalam chiller dah tak sempat so fa past yang fresh yang fa pump pukul 12 tadi. Selalu kalau Airis nenen, dia akan nenen sampai terlelap & sambung kopek sampai lah dia lepaskan sendiri punting tu. Lupa nak bagitau angah, letak dalam botol 2 oz dulu tengok camne. Hais takpe, pembaziran konfem akan berlaku awal-awal ni kan. Jadi teruskan usaha supaya pembaziran dapat dikurangkan.

Ni sikit sebanyak pasal Breastmilk yang patut korang amek tahu (Fa pon baru nak belajar sikit-sikit)
EBM fresh (baru perah) tahan 4 jam dalam suhu bilik.
EBM fresh (baru perah) tahan 1-2 jam dalam suhu bilik lepas baby minum.
EBM chiller tahan 4 hari dalam chiller
EBM chiller tahan 4 jam dalam suhu bilik lepas dikeluarkan sebelum dipanaskan
EBM Chiller tahan 1-2 jam selepas dipanaskan.
EBM beku tahan 3 bulan
EBM beku yang dah letak dalam chiller tahan 24 jam.

Sebab taknak kabut-kabut fa pesan kat angah keluarkan dulu susu dalam chiller 15 minit sebelum warmkan dalam warmer. Sebab selalu EBM chiller ni sejuk kan, jadi amek masa jugak nak warmkan dia walaupun dekat warmer tu cakap panaskan selama 10-15minit tapi fa rase still sejuk bukan warm pun. Fa taktau la kan macam mana orang lain buat. Sebab Airis ni kalau rasa sejuk tu dah mula mengamuk. Dia nak yang warm.

Tapi make sure susu yang dah keluarkan digunakan ye, jangan letak balik dalam chiller sebab perubahan suhu akan rosakkan molekul-molekul dalam EBM tu. Bayangkan lah baby minum susu tapi without zat so minum susu kosong semata.. huhu sian baby.

So far baru pukul bape ni fa dengar Airis nangis sekali ni, Ya Allah mudah lah kan. Amin

Ok nanti jap lagi fa cerita pasal nak handle EBM more detail ye. Fa nak off solat.

**Please Pray for MH370.
 
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Friday, March 7, 2014

Musim Panas : Kekal hidrat dengan Performance Drink dari Shaklee

Assalamualaikum semua.

Dah masuk berapa bulan musim kemarau kan. Kalau kita yang duduk dalam rumah ni pun rasa bahangnya apatah lagi mereka yang bekerja dekat bawah matahari. Time-time panas camni memang kena minum air banyak-banyak nak ilangkan rasa perit kering tekak dan nak elak kan dari terkena strok matahari.

Fa pastikan fa minum air yang banyak sebab kita yang BF ni pun lagi lah cepat haus. Airis pun merah-merah muka dia. Sebab tu fa biarkan Airis nenen sekerap yang mungkin. Setiap hari if cuaca terlalu panas, fa akan bancuh air sejuk dengan Performance Drink Shaklee (PD). PD ni ala-ala air isotonik yang ade jual kat kedai-kedai runcit tapi PD Shaklee ni tiada bahan pengawet & gula.

Untuk en.suami pulak fa akan bancuhkan setiap pagi 1.5 liter PD dengan air sejuk buat bekalan dia dekat site. Lagi satu bila musim badan mesti rasa tak selesa kan, macam nak demam pun ade. Bancuh segelas PD konfem lepas tu badan bertenaga balik. Rasa oren yang lazat buat badan cepat rasa refresh & bertenaga.

Jom baca apa itu Performance Drink (PD)
  1. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
  1. Para ibu yang menyusukan anak.
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.






Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.






ESP Shaklee Terbaikkkkk!

Assalamualaikum

Siapa kata suri rumah ni tak stress? tak sibuk? Suri rumah lah wanita yang paling sibuk sekali kat dunia ni dan yang paling hebat fa rasa! (hahah fefeling suri rumah)

Seminggu dengan Airis memang tak cukup tangan nak handle semua. Ada masa Airis ok nak duduk kat rocker diam-diam tengok tv, ada masa asik nak kendong, ada masa asik nak meraung je. Seminggu fa hanya minum ESP untuk tahan lapar sebelum en.suami balik. Dalam seminggu rutin fa pagi tu time Airis leka-leka tengok TV, time tu la fa breakfast & minum MILO + ESP sebab fa tau kang tengah hari ke petang konfem tak sempat nak makan. Minum petang pulak fa akan bancuh ESP+CEREAL+MILO atau kang kalau panas sangat cuaca fa bancuh ESP+PERFORMANCE DRINK.

Apa yang bestnya ESP ni, buat tahan lapar. Lebih-lebih lagi fa ni memang ade history gastrik, jadi ESP ni elak dari fa kena gastrik/kembung. Sebab kita ni BF kan, jadi perlu lah elak dari kena kembung atau gastrik kang effect kat baby. Sian baby (mama yang cakap ye taktau la fakta ke auta)

Memang dah jadi rutin fa setiap pagi mesti pekena ESP. Tak kesah lah campur ape sebab ESP ni kalau campur jus ke susu ke memang sedap. Tapi jangan campur coffee/tea ye. Kesian ESP tu terus hilang zat-zat dalam tu.

Lagi satu ESP ni buat susu fa pekat. Haaaa lemak berkrim gitu sebab tu Airis asik nak melekat je takank lepas. ESP jugak mempercepatkan penghasilan susu. Disamping dapat mencantikan kulit mamy & baby.

Pape pun fa sangat respect dekat ibu-ibu suri suri rumah yang boleh handle anak-anak dan rumahtangga dengan baik. Fa masih belajar lagi hope Allah mudahkan segalanya & berkati niat fa nak jadi WAHM sepenuh masa. Insyaallah.

Apa itu Energizing Soy Protein atau ESP?
Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam bentuk satu canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu yang tinggi.

Berapa lama boleh tahan/digunakan untuk satu canister ESP?
Dengan kadar pengambilan sebanyak 3 sudu sehari, satu canister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

Siapa yang tidak boleh mengambil ESP? Siapa yang boleh mengambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein sahaja yang tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua lapisan:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
2. Merekayang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!
3. Ibu-ibu yang menyusu anak: Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri.

Pendek kata ESP ni sesuai untuk lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga.


Apa rasa ESP sebenarnya?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak gemar atau tak menyukai rasa soya, ada pelbagai resepi ESP lain yang boleh dicuba.

 

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Wednesday, March 5, 2014

PRe WAHM (Day 2)

As Salam semua

Macam biasa malam baru boleh update blog. Fa baru lepas pump susu. Dapat lah 3 oz tadi. Alhamdullilah. Jap lagi kol 2 nak pump lagi. Macam fa cakap lah time kena reschedule ke malam sebab siang nak melayan BOS kecik.

Hari ni Airis good girl, tak nangis. Tapi dia tuka style pulak. Kopek every hour! Agaknya memang setiap hari Airis ni duga mamy la kot kan. Tak kesah lah janji time dengan Angah nanti dia tak buat perangai.

Apa yang fa nampak sekarang, Airis ni dah pandai tengok TV, bukan pandai je, dia cam suka pulak tengok especially cite Timmy Time, Hi 5 & Playhouse Disney dekat chanel Disney Junior. Fa sampai terlelap melayan dia tengok TV sampai nak ajak tidur pun taknak. Macam biasa dia tidur sekejap-kejap. Time dia tidur tu lah fa kabut buat semua benda.

Sebanyak mungkin time table yang fa buat, semua tak jalan. BAru la fa tahu, baby ni kita kena tengok time dia. Tak boleh nak set time suka-suka. Maybe dia still kecik kan, nanti dah besar sket Insyaallah Airis pandai ikut time yang flexible.

Hari ni Airis tidur pukul 8 malam. Selalunya dia akan tidur pukul 9. Sebab fa dah extra mengantuk fa paksa jugak dia tidur. BOS ni leka tengok TV, fa kacau dia habis meraung sampai lah terlelap. Alahai Airis. Esok harap jadi much better lagi ye sayang.

Hari ni pon fa tak sempat nak makan, Sebab hari ni panas badan pun lemau je, Fa minum ESP+PERFORMANCE DRINK (PD).

Performance Drink ni macam 100 plus la, kalau badan kita dihidrate boleh minum ni lepas tu terus badan rasa nyaman je. Dua hari fa jaga Airis memang kadang-kadang tak sempat nak minum air, jadi bila minum PD lega sikit. PD ni pun kalau fa demam, bancuh dengan air masak minum kejap je demam tu kebah. Memang Elok lah kalau time-time musim panas ni.

ok, fa nak nenen kan Airis sambil tunggu nak pump pukul 2 nanti.

Nyte.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian . Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Tuesday, March 4, 2014

PROMOSI BULAN MARCH 2014 - ESP

As Salam

YES!! ni yang ditungu-tunggu! ESP tengah promotion!


**Grab it now! Product Promotion for March 2014 is Buy 6 ESP and get 1 for absolutely FREE!
  
Baca tentang kelebihan ESP boleh ke link  http://finurzcreations.blogspot.com/2013/04/kelebihan-dan-khasiat-esp-shaklee.html

Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian . Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Monday, March 3, 2014

PRe-WAHM (Day 1)

As Salam semua.

Bila tengok Airis tidur hilang segala penat seharian menjaga Airis hari ni. Hari ni 1st day fa WAHM. Bukan fully WAHM tapi seminggu je sebab minggu depan nak masuk opis dah.

Hari ni walau apa pun jadi, no Mama.. no Angah. Menangis macam mana pun Airis, letih macam mana pun Fa, fa kena harung jugak. Sebelum balik mama banyak kali tanya, nak mama ikut ke? along boleh handle Airis ke nanti... fa just jawab " dah anak along, pandai la along handle"

Sepatutnya start hari ni fa nak buat stok EBM beku. Dah set dalam kepala nak pump 2 jam sekali tapi.... bukan nak kata 2 jam sekali, sejam sekali pon tak sempat. Sebabnya Airis meragam. Nenen dah sudah, bobok dah sudah, tengok tv dah sudah, yak dah sudah, kencing dah sudah semua lah dah sudah. Apa yang diragamkan pon tak tahu. Asik nak dokong je.Orang cakap baby tak biasa memang camtu, nanti esok lusa dah biasa ok lah. Ye la selama lebih kurang 2 bulan setengah kat kampung, enviroment kampung tetiba balik KL memang la rasa janggal. Pasal stok EBM tu maybe kena tuka time la nampaknye. Maybe malam kan tapi hari ni fa dah tak larat. Esok walaucamne pun kena jugak buat.

Tapi tadi bila time fa masak boleh pulak Airis duduk kat rocker layan chanel Disney Junior sampai babah balik. settle je masak baru Airis nangis sebab dah sampai masa dia tidur & nenen baring.

1 hari menjaga Airis memang mencabar diri. Fa langsung tak sempat makan. Baru nak suap nasi, Airis dah hek hek hek. Sampai tak ada selera langsung nak makan. Fa cepat-cepat bancuh ESP+NESTUM+MILO minum bagi perut tak masuk angin. Alhamdullilah tahan sampai fa selesai masak makan malam en.suami.

ok lah, fa nak tidur, penat sangat badan ni. Kaki semua dah menggigil. Sebelum tidur makan 4 biji Ostematrix + 1 biji Omega supaya esok pagi rasa fresh & badan tak sakit-sakit.

oh lupa nak cakap, ESP tengah offer ye bulan ni. Jom la grab 6 sekali free 1. Share ngan kawan-kawan beli. Rugi woo tak grab sebab korang akan rasa jimat kat situ. ESP ni paling TOP! Cepat-cepat PM fa ok sebelum terlambat. :)

Nyte Xoxo

Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian . Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...