Nuffnang

Wednesday, March 5, 2014

PRe WAHM (Day 2)

As Salam semua

Macam biasa malam baru boleh update blog. Fa baru lepas pump susu. Dapat lah 3 oz tadi. Alhamdullilah. Jap lagi kol 2 nak pump lagi. Macam fa cakap lah time kena reschedule ke malam sebab siang nak melayan BOS kecik.

Hari ni Airis good girl, tak nangis. Tapi dia tuka style pulak. Kopek every hour! Agaknya memang setiap hari Airis ni duga mamy la kot kan. Tak kesah lah janji time dengan Angah nanti dia tak buat perangai.

Apa yang fa nampak sekarang, Airis ni dah pandai tengok TV, bukan pandai je, dia cam suka pulak tengok especially cite Timmy Time, Hi 5 & Playhouse Disney dekat chanel Disney Junior. Fa sampai terlelap melayan dia tengok TV sampai nak ajak tidur pun taknak. Macam biasa dia tidur sekejap-kejap. Time dia tidur tu lah fa kabut buat semua benda.

Sebanyak mungkin time table yang fa buat, semua tak jalan. BAru la fa tahu, baby ni kita kena tengok time dia. Tak boleh nak set time suka-suka. Maybe dia still kecik kan, nanti dah besar sket Insyaallah Airis pandai ikut time yang flexible.

Hari ni Airis tidur pukul 8 malam. Selalunya dia akan tidur pukul 9. Sebab fa dah extra mengantuk fa paksa jugak dia tidur. BOS ni leka tengok TV, fa kacau dia habis meraung sampai lah terlelap. Alahai Airis. Esok harap jadi much better lagi ye sayang.

Hari ni pon fa tak sempat nak makan, Sebab hari ni panas badan pun lemau je, Fa minum ESP+PERFORMANCE DRINK (PD).

Performance Drink ni macam 100 plus la, kalau badan kita dihidrate boleh minum ni lepas tu terus badan rasa nyaman je. Dua hari fa jaga Airis memang kadang-kadang tak sempat nak minum air, jadi bila minum PD lega sikit. PD ni pun kalau fa demam, bancuh dengan air masak minum kejap je demam tu kebah. Memang Elok lah kalau time-time musim panas ni.

ok, fa nak nenen kan Airis sambil tunggu nak pump pukul 2 nanti.

Nyte.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian . Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...