ok hari ni dah 10/3/14 sepatutnya hari ni fa masuk opis tapi fa terpaksa amek lagi bape hari untuk pastikan yang Airis ok dok ngan anty mama dia (angah)
Atas nasihat mama, fa amek cuti sebab nak biar angah selesa handle airis. Fa pulak nyorok kat dalam bilik so leh lah fa meng"update" blog yang dah bersawang ni.
Seminggu Airis dok ngan fa sendiri hari ni pulak bangun-bangun tengok anty mama yang jaga, mamy takde. konfem meraung punya. Tapi fa doa hari-hari moga Allah mudahkan segala urusan. 1st day fa handle Airis pon camni gak kan. Menangis tak benti tapi 2nd day dan seterusnya dah ok. So fa tahan diri dari tinjau-tinjau walaupun kaki ni nak je turun pujuk Airis.
Seminggu fa asik bisik-bisik dekat telinga Airis cakap fa nak g kerja, anty mama jaga hope dia faham la kan. Tapi yang paling penting hope angah boleh handle Airis. Sebab Airis ni 100% breastmilk jadi nak handle baby yang isap breast milk ni bukan la sesenang baby yang minum FM. Fa ingat lagi adik fa yang kecik dulu, kalau dia nangis nak susu je terus pg dapur bancuh siap minum. Breastmilk ni kena kuar chiller, warmkan pastu baru lah nagi minum. Sebab tu nak jaga baby BF ni kena pandai budget time. Takleh leka-leka sangat.
Masa seminggu duduk ngan fa, pukul 9 pagi je Airis dah siap mandi, pastu nenen pastu tido & ulang benda yang sama selang seli dengan tengok Disney Chanel, gurau-gurau senda dengan fa sampai la pukul 5.30 mandi petang. Tapi sebab bila dengan fa dia directfeeding kan. Ni ngan anty mama kena isap botol. Pape pon mohon dipermudahkan.
PAgi tadi fa sempat pump untuk bekalan Airis bila dia bangun. So awal-awal tak payah lah angah kabut nak warmkan susu. 2nd pump pukul 12 (3.5 oz) tadi ingat nak masuk chiller. Nasib tak masuk sebab Airis nangis nak susu lagi. Ok yang ni fa pening, sebab tadi pagi fa tinggalkan 4 oz. fa asing kan botol 1 letak 3 oz, 1 lagi 1oz. Angah cakap yang 3 oz tu habis tinggal yang 1 oz. Airis tidur sekejap setengah jam pastu bangun nangis angah bagi yang balance 1 oz yang tinggal. Angah cakap Airis macam nak susu lagi nak warmkan yang dalam chiller dah tak sempat so fa past yang fresh yang fa pump pukul 12 tadi. Selalu kalau Airis nenen, dia akan nenen sampai terlelap & sambung kopek sampai lah dia lepaskan sendiri punting tu. Lupa nak bagitau angah, letak dalam botol 2 oz dulu tengok camne. Hais takpe, pembaziran konfem akan berlaku awal-awal ni kan. Jadi teruskan usaha supaya pembaziran dapat dikurangkan.
Ni sikit sebanyak pasal Breastmilk yang patut korang amek tahu (Fa pon baru nak belajar sikit-sikit)
EBM fresh (baru perah) tahan 4 jam dalam suhu bilik.
EBM fresh (baru perah) tahan 1-2 jam dalam suhu bilik lepas baby minum.
EBM chiller tahan 4 hari dalam chiller
EBM chiller tahan 4 jam dalam suhu bilik lepas dikeluarkan sebelum dipanaskan
EBM Chiller tahan 1-2 jam selepas dipanaskan.
EBM beku tahan 3 bulan
EBM beku yang dah letak dalam chiller tahan 24 jam.
Sebab taknak kabut-kabut fa pesan kat angah keluarkan dulu susu dalam chiller 15 minit sebelum warmkan dalam warmer. Sebab selalu EBM chiller ni sejuk kan, jadi amek masa jugak nak warmkan dia walaupun dekat warmer tu cakap panaskan selama 10-15minit tapi fa rase still sejuk bukan warm pun. Fa taktau la kan macam mana orang lain buat. Sebab Airis ni kalau rasa sejuk tu dah mula mengamuk. Dia nak yang warm.
Tapi make sure susu yang dah keluarkan digunakan ye, jangan letak balik dalam chiller sebab perubahan suhu akan rosakkan molekul-molekul dalam EBM tu. Bayangkan lah baby minum susu tapi without zat so minum susu kosong semata.. huhu sian baby.
So far baru pukul bape ni fa dengar Airis nangis sekali ni, Ya Allah mudah lah kan. Amin
Ok nanti jap lagi fa cerita pasal nak handle EBM more detail ye. Fa nak off solat.
**Please Pray for MH370.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
salam saye nak tnye..sebb anak sye cam baby airis jugak..bgun2 je trus cri susu..kalo mcm sye da kuarkan susu awal n dah panaskn tp die x bgun2..so susu tu than bape lame ye? n lagi satu bile da warm kan n bg die minum n die minum ckit boleh di warmkan blk n bg die minum semula tak?
ReplyDeletebantu saye ye.
wasalam cik.
Deletesusu yang keluar letak dalam room temperature boleh tahan 4 jam. tapi jangan panaskan dulu. Agak-agak baby nak bangun tu baru panaskan. sebab kalau dah panaskan susu boleh tahan dalam 2 jam saje.
susu yang dah minum walau sikit pun tak boleh simpan balik. Apa yang saya buat, sy asingkan sikit dalam botol. cth airis minum kadang-kadang 3 oz sekali, ade yang 4 oz sekali. jadi sy asingkan dalam botol yang 1 oz tu. kalau dia macam lapar lagi boleh tambah 1 oz.
hope dapat membantu ye. :)