Nuffnang

Monday, March 10, 2014

EBM - Handle with LOVE (Cara penyimpanan EBM)

Asslamualaikum semua

Macam yang fa janji fa nak share sikit ilmu pasal EBM. fa ngaku fa taklah pandai sangat bab-bab EBM ni. Time entri ni ditulis pon fa still belum 100% faham, saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkn ye.

Bila fikir lagi berapa hari nak masuk kerja fa kena lah tungkus lumus nak buat stok EBM untuk Airis. Memandangkan selama pantang kat kampung, fa tak berpeluang langsung nak buat stok EBM beku yang banyak sebab freezer mama selalu padat dengan lauk pauk. Yang boleh buat pun stok EBM chiller untuk train Airis isap botol.

Hari ni sebab angah yang jaga Airis, so fa boleh lah buat stok sikit-sikit. Selang 2 jam fa akan pump masuk chiller. Sepanjang fa jaga Airis seminggu lepas, fa hanya sempat nak buat stok beku sikit-sikit je setiap malam. Tapi sebab seharian melayan Airis, malam dah penat then terlepas sesi pump sebab tidur tu lagi nikmat. Haiz. So far stok EBM beku fa ade 24 oz je. Stok dalam Chiller (fa start pump hari jumaat) ade dalam 20 oz. Stok untuk sehari je kot :(

Sepatutnya fa kena ready kan stok untuk Airis dalam anggaran 18-20 oz sehari memandangkan Airis minum ikut mood pastu sekejap-sekejap. Jadi kena ade ready stok yang cukup.

Contoh sekali airis minum 3 0z. Fa g kerja dalam pukul 8.30 (Airis dah nenen) Fa pump sekali untuk stok fresh so bila Airis bangun angah boleh terus bagi yang fresh. Budget masa 2 jam sekali & fa akan balik around pukul 7 malam.

Fresh milk ( 3 oz)
Chilled EBM ( 3 0z x 5 = 15 oz)
Frozen EBM (3 oz)
Total ready stock : 21 oz (anggaran)

Nanti fa cerita detail pasal ready stock ni ye. Sekarang fa nak cerita pasal macam mana nak handle EBM ( express breast milk)

Bukan senang nak susukan anak ni lebih-lebih lagi kita yang bekerjaya. Kena lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan pasal bab-bab penyusuan ni. Nak handle EBM pun bukan pekara yang mudah. Boleh dikatakan agak remeh jugak la. Tapi sebab fa dah nekad nak BF Airis sampai umur 2 tahun jadi kena lah kuat semangat walaupun ade la orang cakap FM(formula milk) kan lagi senang!

Silap fa kat sini ialah bila amek masa berpantang yang lama dekat kampung, memang best tapi buat fa kelam kabut bila dah last-last minit nak buat stok EBM. Fa pun tak sempat nak briefing angah pasal nak handle EBM ni cakap pun gitu-gitu je. 






Kalau berpandu gambarajah ni semua dah boleh agak kan. Nak lagi clear macam ni :-

---> Berapa lama susu perahan tahan simpan dalam peti sejuk?

- Peti sejuk 1pintu (bahagian beku) tahan selama 2minggu

- Peti sejuk 2pintu (bahagian beku) tahan 3bulan dalam suhu -20 oC

- Bahagian am atau bahagian bawah tahan sehingga 5hari dalam suhu 2 oC - 4 oC

- Peti sejuk deep freezer tahan 6bulan
 
Susu beku yang diturunkan ke bahagian sejuk (bahagian bawah dalam peti sejuk) boleh bertahan hanya 24jam. Susu yang telah di cairkan tidak boleh dibekukan semula.
 
Susu yang dah dikeluarkan dari chiller, boleh tahan 4 jam dalam suhu bilik selagi TAK dipanaskan. TETAPI bila dah dipanaskan, selagi belum minum boleh tahan 1-2 Jam.
 
Manakala susu fresh yang baru diperah, boleh tahan 4 jam dalam suhu bilik selagi TAK diminum oleh bayi, TETAPI if dah minum, boleh tahan 1 jam lepas tu susu yang lebih haruslah dibuang.
 
Untuk penyimpanan dalam cooler bag/cooler box boleh tahan dalam 12-24 jam bergantung pada jumlah ice pack yang ada dan suhu. 
 
Penyimpanan susu perahan di tempat kerja.
Seelokkan susu perahan diletakan dibahagian bawah fridge dan bukannya di bahagian beku. Untuk memelihara kehilangan antibodi dalam sussu akibat pembekuan dan perubahan suhu. (ingat susu yang mula cair atau cair tak boleh dibekukan semula dan harus dihabiskan dalam masa 24 jam)
 
Penyimpanan susu perahan di rumah.
Seeloknya lebihkan susu dalam chiller dan kurangkan susu beku.
- Susu chiller fresh untuk kegunaan keesokkan hari (Tahan 4 hari)
- Susu beku untuk dijadikan stok.
 
Contoh Airis perlukan 18 oz sehari dekat office fa dapat buat 3 kali perahan (3 oz x 3 = 9 oz) dekat rumah fa buat lagi 2 sesi perahan ( 3 oz x 2 = 6 oz) jadi fa perlukan lagi 3 oz nak cukupkan 18 oz. So ni la masa turunkan 3 oz susu beku ke bawah. Sekiranya masa pump tu ade lebih, boleh gantikan susu yang diturunkan tu. (Susu beku kena jalan jugak untuk elakkan expired) Masa 1st nak panaskan, gunakan susu beku dulu sebab sus beku tahan 24 jam selepas dicairkan (fa akan turunkan susu beku pukul 8 malam supaya esok dah boleh guna)
 
Susu yang sama suhu boleh dicampurkan dalam 1 bekas untuk buat stok beku.
Contoh dalam masa 24 jam tu masa pump ada yang 2 oz ade yang 1 oz sebab fa nak cukupkan 3 oz dalam 1 botol jadi fa boleh campurkan dengan syarat susu tu sama suhu.
 
Nak clearkan.. 1st perah  (2oz - 2pm) fa letak dalam chiller, 2nd perah (1 oz- 4pm) letak chiller so bila malam sure la suhu susu tu dah sama kan, so fa leh campur dalam 1 bekas terus masuk frezer untuk buat stok beku. (Ingat labelkan time yang paling awal- ikut masa perahan yang 1st)
 
---> Bekas penyimpanan susu yang sesuai untuk digunakan
1. Simpan dalam botol kaca. Tetapi agak susah nak mengendalikan botol kaca.
 
2. Bekas plastik atau botol simpanan susu yang BPA Free. (boleh cari dekat mana-mana tempat jual barang baby)
 
3. Bekas dadih. Boleh guna 3kali sahaja.
 
4. Plastik liner yang ada jual dipasaran.

---> Cara menyimpan susu perahan
1. Simpan susu dalam bekas yang bersih dan bertutup.

2. Labelkan bekas dengan tarikh perahan,masa perahan,jumlah perahan dan nama baby..ini memudahkan proses pengasuh bagi susu kat baby kalau pengasuh mengasuh ramai baby.

3. Simpan susu dalam satu bekas mengikut kuantiti yang baby minum. Kalau baby minum 3oz,simpan 3oz dalam satu bekas. Sebab nak elakkan pembaziran

4. Simpan susu dalam peti sejuk dan simpan pada bahagian paling dalam. Jangan simpan susu kat pintu peti sejuk. Sebab suhu sentiasa berubah kalau pintu peti sejuk dibuka dan ditutup.

5. Jika nak bekukan susu, pastikan ada ruang pada bahagian atas bekas simpanan susu. Jangan penuhkan bekas dengan susu. Sebab, susu akan berkembang bila susu membeku.

Setakat ni faham tak?? Boleh rujuk mana-mana buku & google kalau nak kasi clear lagi. Fa pon masih bertanya dengan otai-otai BF ni. Bukan senangkan nak handle, hati kena kasi tabah. Sebab susu ibu ni fragile & banyak sel-sel hidup dan antibodi yang kena kena jaga baik-baik.

Next entri fa akan share macam mana nak panaskan stok EBM. Fa pun kena buat jadual untuk angah nanti tampal kat fridge supaya senang nak ingat :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...