Nuffnang

Wednesday, September 4, 2013

My Precious - Checkup di Hospital Columbia Asia Puchong

Salam Mommies & Bloggers!

Hari ni genap si precious 24 minggu. Alhamdullilah. Macam yang fa pernah cerita dekat entri Hospital Columbia Puchong hari ni 1st checkup dengan Dr Raja Juhaidah.

Appointment fa actually pukul 10.30am tapi sebab masa buat appointment tu nurse cakap 1st come 1st serve, Fa dan En. Suami gerak awal sebab kalau boleh nak masuk pukul 9 time klinik baru buka lagipon masing-masing tak ambil cuti. Nak di pendekkan cerita memang pukul 9.10am kami sampai depan reception hospital.

1st kena pergi kaunter pendaftaran bagitau yang kita dah buat appointment. lepas isi form reception tu akan bagi slip bawa ke kaunter A (Kaunter untuk yang dah buat appointment)

Dekat kaunter A tu, nurse mintak buku rekod klinik yang fa checkup setiap bulan. Memandangkan fa buat 2 checkup (Private & Gov) jadi dia ambil yang Klinik Sofea punya (Private). Lepas tu fa kena pergi kaunter laboratory untuk check urine & lepas tu timbang berat. Memang kejap je. Lagipon nurse semua ramah-ramah.

fa masuk bilik Dr Raja dalam pukul 9.45am. Dr Raja memang peramah. Masa scan Si Precious boleh pulak Si Precious ni terlalu aktif sampai tak nampak muka Dr. Raja nak tengok.(Ni mesti sebab teh tarik yang fa minum time breakfast) Tapi yang lagi best bila Dr. Raja cakap 100% Girl! Alhamdullilah pas ni leh beli baju PINK & gamba Princess. hihihi.

Ok Dr.Raja cakap Si Precious sihat, normal semua ok (Alhamdullilah) & next appointment bulan depan 4/10/13. fa siap mintak MC dekat dia sebab fa batuk & Selsema yang teruk.

Memandangkan fa tak ambil apa-apa ubat so fa cuma kena bayar RM150++ ok la kan. Fa tak sempat nak tanya kos bersalin lagi maybe next visit fa akan tanya.

Bila tengok jam baru pukul 10.15am dah settle semua. Balik nak tido dengan aman sebab dah tau jantina si Precious ni. Inshaallah nanti fa akan update entry kos bersalin pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...