Disebabkan minggu ni minggu "Breastfeeding" fa nak kongsi beberapa tips banyakkan susu yang fa dapat dari bacaan dan pengalaman kawan-kawan.
1) Banyakan minum air masak/jus buah-buahan
2) Makan makanan yang mengandungi protien yang tinggi.
3) Minum air asam jawa yang direbus bersama gula merah dan asam keping.
4) Minum air rebusan daun betik muda (Rebus daun dalam air mendidih, Minum 2-3x sehari)
5) Sup Lobak putih (Lobak putih juga baik untuk penghasilan susu)
6) Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
7) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli,lobak putih,seleri, sawi putih, peria, Ulam pegaga, Ulam jantung pisang
8) Kurma terdapat unsur zat besi dan kalsium yang tinggi bagi pembentukan susu ibu.
Tips penghasilan susu yang banyak:
UrutanTeknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.
Penyusuan MalamAmalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
BerdisiplinBerdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok.
Power Pumping
Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.
Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.
Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.
Fa hope entri ni sedikit sebanyak dapat membantu mommies semua & dapat usahakan untuk menyusukan anak-anak secara eksklusif lepas ni. Fa support Breastfeeding 100% dan fa hope fa pon dapat susukan si precious ni secara eksklusif nanti. - Inshaallah-
Sharing is Caring :)
No comments:
Post a Comment