Hari ni memang hari yang sibuk. Hari ni juga ada ceramah pasal "Breastfeeding" dekat Hospital Prince Court. Jadi fa pon pergi la dengan kawan-kawan fa lagipon free siap dengan breakfast & Lunch.
Sebagaimana yang kita tahu, susu ibu ni adalah yang terbaik, tetapi hanya sebanyak 14% je ibu-ibu yang berjaya menyusukan anak-anak mereka secara eksklusif. Sedihkan. Jadi ceramah ni diadakan untuk mengalakkan ibu-ibu menyusukan anak secara eksklusif sehingga anak mereka berusia 2 tahun.
Dari cara menyusukan bayi dengan betul, penyimpanan susu sebagai stok sampailah cara memandikan dan urutan bayi diajar dekat sini. Seronok fa dapat belajar semua yelah kan fa ni 1st time mommy, manelah ada pengalaman. Tapi fa xdapat nak ambil gamba sebab terlalu kusyuk dengar pakar-pakar penyusuan ni beri ceramah. Apa-apa pun ceramah macam ni memang perlu & patut diadakan dengan kerap.
Muka puas hati (Si Precious 6 Bulan) =============================================================== Jom kita ambil masa seketika baca kenapa SUSU IBU sangat PENTING.
*Kredit to : http://kedaivitaminfatimah.wordpress.com/2013/04/16/kepentingan-penyusuan-susu-ibu-pada-bayi-ibu/
Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana :
♥ Ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
♥Mudah di hadam.
♥Sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
♥Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.
Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
♥Kolastrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.
♥Mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan susu ibu Untuk Ibu
♥Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
♥Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
♥Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
♥Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
♥Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
♥Sebaik sahaja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda.
♥Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
♥Rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1 hingga 2 jam pertama, bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
♥Bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
♥Susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
♥Susu ibu mengandungi cukup air, tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
♥Bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
♥Susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
♥Makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
♥Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Sharing is Caring :)
|
No comments:
Post a Comment