Nuffnang

Wednesday, March 12, 2014

Airis 3 Bulan - Alhamdullilah

As salam semua

Tak tau kenapa nak buat entri ni. Siang tadi baru balik dari suntik Airis dekat Hospital Columbia dengan Dr.Cheok. Fa still hutang entri yang banyak pasal progress tumbesaran Airis dengan semua kan. Actually Airis dah pun dapat 1st suntikan 2 Bulan (Hospital Columbia suntik 2 bulan sekali).

Fa ringkaskan cerita kat entri ni je la ye, kita flashback je la. Untuk 2 bulan (Berat Airis 5.32 kg), suntikan yang diberi ialah vaksin 6 dalam 1 (seingat fa dulu 3 serangkai) atau 6 serangkai. Huhu nampak tak sekarang ni kat dunia ni dah macam-macam penyakit sampai kan kena suntik sekali 6 vaksin dalam badan Airis. Fa tak ingat sangat apa yang dalam 6 serangkai ni. fa rasa ada DTP (Diphtheria, tetanus,pertusis), IPV (Vaksin untuk virus polio), HIB ( Vaksin untuk virus influenza type B yang selalu serang otak,paru-paru,tekak & telinga), HEP - B (hepatitis B) haaa cukup kan 6??

Then fa add lagi satu optinal Vaksin Rotavirus. Rotavirus ni mama cakap perlu untuk elak Airis dari terkena virus perut yang boleh buat dia cirit birit yang teruk dan muntah-muntah.

Ok total semua vaksin:
6 Serangkai = RM130
Rotavirus = RM150

So tadi fa pergi untuk 2nd jab rotavirus vaksin. Orang memang la question, tak mahal ke vaksin dekat Hospital Swasta? Memanglah mahal tapi fa nak yang terbaik untuk Airis. Lagipun dah kebetulan pergi sana masa chek jaundis Airis & terpukau dengan percakapan Dr.Cheok yang cun tu. Terus setuju nak vaksin kat situ :)  Biasa lah anak 1st kan. Ilmu belum cukup hati pulak still tak kental. Tapi fa respect la ada ibu-ibu tak vaksin anak-anak mereka. Fa tak berani sebab fa ni careless jadi dengan vaksin fa boleh protect airis dari penyakit-penyakit kat luar sana.

Hari ni Airis dah 3 bulan. Still terasa lagi tendangan Airis dalam perut (sekarang tendangan kat luar pulak) Alhamdullilah dah 3 bulan fa BF airis. Walaupun awal-awal fa terpaksa bagi Airis FM sebab susu fa tak keluar sampai lah hari ke-2 bersalin. :(

Alhamdullilah sekarang Airis semakin bijak. Bijak nak berborak, bijak nak bergurau. Dah kenal mamy & babah badan pon semakin semangat. Kepala pon dah tegak tak lama lagi dah boleh menyarap :)

Airis dah pandai tengok TV (Disney Channel) dah start isap jari. Banyak lagi benda yang Airis makin lama makin pandai. Kadang-kadang rasa macam Airis ni dah 4-5 bulan.

Fa doa semoga Allah mudahkan fa untuk menyusukan Airis sehingga 2 tahun. Panjangkan umur fa & suami untuk sama-sama besarkan Airis. Fa doa Allah sentiasa lindungi Airis & panjangkan umur dia.

Ya Allah Kuatkan semangat ku membesarkan Airis & berkatilah setiap titisan susu ku semoga dengan keberkatan Mu susuku menjadi banyak untuk anakku. -Ameen-






Mamy sayang Airis tau. LOVE U SO MUCH!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...