Nuffnang

Tuesday, March 11, 2014

EBM - Cara panaskan/warmkan stok EBM

As salam semua

Hari ke-2 Airis dengan anty mama dia. Hari ni much better then yesterday Alhamdullilah. Kurang menangis yang berpanjangan tapi menangis mengada-ngada je hari ni. Hope day by day Allah semakin mudahkan & Airis semakin boleh terima yang fa pergi kerja.

Angah semakin mahir handle stok EBM walaupun dia agak kabut gak kadang-kadang, tapi dia semakin boleh faham corak penyusuan Airis. Setakat hari ni setiap kali fa pam, fa akan dapat dalam 4 oz jadi fa akan bahagikan dalam 2 botol. 1 botol 3oz. 1 lagi 1oz. Airis akan habiskan botol 3oz tu kemudian tidur & jaga balik habiskan yang 1oz. Masa tunggu Airis bangun Angah akan siap-siap keluarkan 1 botol dalam chiller dan bila nampak macam Airis nak bangun, dia akan masukkan dalam warmer & bagi Airis minum yang baki 1 oz tu dulu. Sebab Airis ni tidur sekejap-sekejap. Dia taknak habiskan the whole bottle so at the moment cara camni yang berkesan janji tak miss masa expired susu tu.

Ok balik pada tajuk entri fa, masalah utama fa bab panaskan EBM ni. Bagi fa nak panaskan stok EBM ni memang kena ambil tahu pasal suhu & masa. Bukan boleh panaskan terus camtu je dalam air panas ye. Haba yang melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien yang terkandung dalam ASI (Air Susu Ibu) Oleh itu cara pemanasan perlu lah betul bagi elakkan kemusnahan nutrien didalamnya.

Fa selesa pakai warmer walaupun agak lambat sikit. Sebab ASI ni sangatlah fragile, jadi pemanasan perlahan-lahan dalam tempoh masa tertentu perlu untuk memanstikan nutrien dalamnya tak rosak. FA guna warmer jenama Autumz. Tak kesah lah jenama apa pun sebab fa rasa sama je kot instruction dia kan.
Dari awal fa memang ada masalah dengan cara nak panaskan susu ni. 1st time fa buat EBM chilled tu fa masukkan terus dalam cawan isi air panas (mommies jangan buat camni ye) bukan tak boleh direct panaskan dengan air panas. Fa ada terbaca time fa blogwalking EBM chilled perlu dipanaskan dalam air suam (nisbah 2:1) maknanya 2 cawan air paip 1 cawan air panas atau boleh lalukan botol EBM chilled dekat air paip pastu rendam dalam air panas selama 5-10 minit atau sehingga dapat suhu yang kita nak.

Yang senangnya warmer ni, tetapkan je suhu pastu kita pegi la buat apa-apa semetara nak tunggu susu warm. Suhu dalam warmer akan tetap sama walau berapa lama pun kita tinggalkan dalam tu. Tapi yang malas sikit pasal warmer ni nak tunggu 10-15 minit untuk susu tu jadi warm. Cara yang fa ajar angah camni :

1) Kalau perasan warmer tu ada 3 suhu yang berbeza kan? 40' (milk) 70' (food) 100' (sterillizer) so fa soh angah turn warmer tu ke 70' tunggu lampu merah padam terus turn ke 40' tunggu sekejap baru masukkan botol.
2) Sebab chilled EBM tahan 4 jam dalam suhu bilik, jadi angah kena keluarkan siap-siap sebelum next session susukan Airis. Sebab EBM yang dalam suhu bilik cepat sikit nak warm banding dengan EBM yang direct keluar dalam chiller.

Cara guna warmer :
1) Masukkan 90-100ml Air dalam warmer - fa tengok banyak mana susu yang fa nak panaskan
2) On suis laraskan ke 40' - atau macam fa tulis kat atas tu kalau kes nak cepat
3) Letak botol dalam warmer 10-15minit - lampu akan on/off untuk pastikan suhu susu tetap 40'

JANGAN panaskan susu yang beku. Makesure frozen EBM dah dicairkan sebelum dipanaskan.
JANGAN panaskan EBM dalam air panas/microwave/api dapur

Panaskan susu sebelum tiba time anak menyusu. Sebab warmer ni ambil masa 10-15 minit untuk warm. Sebab tu fa ajar angah keluarkan dulu dari chiller sebelum masuk dalam warmer sebab pernah terjadi, lampu warmer dah padam tapi susu still sejuk.

Tapi jangan risau, lampu on/off tu untuk pastikan air dalam warmer tu tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk untuk memelihara nutrien-nutrien dalam susu.

Pastikan susu tu warm ye before bagi dekat baby. Kalau tak nanti perut baby kembung. Sebab ni dah pernah jadi dekat Airis. Sebab fa panaskan gopoh-gopoh, tunggu warmer lambat sangat nak warm, last kasi jugak susu sejuk dekat airis (tak sejuk sangat) meraung dia. Kesian Airis time tu, rasa cam worst mother ever! :(

Semua orang tahu kan susu ibu ni senstif sangat2. tak sama macam susu fm. Susu fm boleh digoncang2, tapi susu ibu tak boleh ye. Cuma boleh digoyang2 manje je.
*pastikan korang sediakan plug bulat untuk babysitter korang sebab warmer ni 2 pin yang bulat. Kalau tak kesian babysitter korang nak mencari plug bulat.

ok tu kalau chilled EBM, kalau frozen EBM pulak camne? So far susu yang fa bekalkan dekat angah cukup untuk Airis sampai fa balik kerja, tapi fa selalu turunkan 1 paket frozen EBM setiap malam sebelum tidur so esok hari dah cair & boleh guna.

 Tapi kalau emergency korang noleh ikot cara kat gambarajah ni :-




TIPS PENTING:
  1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.
ok setakat ni je yang fa share. Kalau ada penambahan atau pembetulan kasitau ye boleh kita sharing ilmu penyusuan ni. sebab fa pun belum cukup mahir dalam handle EBM ni. Pape pun practice make perfect :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak, thanks share tips berguna ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam @shiela salim. Hope boleh diguna pakai. sebab sy pon budak baru belajar. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...