Nuffnang

Saturday, August 31, 2013

My Precious Shopping List Pt 2 - Merdeka!!! Jusco Sale!!!

Salam Mommies.

1st fa nak wish Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-56. Semalam tak sempat nak pergi Putrajaya tengok bunga api sebab Fa sampai rumah pon pukul 10 malam sebab en. Suami lambat amek kat opis dengan jem yang teruk sepanjang jalan. 

Minggu lepas minggu gaji jadi fa call mama ajak balik KL sebab nak ajak dia teman fa pergi shopping barang si Precious. Disebabkan hari ni jugak ada sedara fa yang buat open house, jadi mama setuju la nak balik KL.

Oh ye ingat tak masa fa ade buat entri pasal Shopping untuk Si Precious? Fa beli sikit-sikit kan, So hari ni fa nak ajak mama shopping yang selebihnya. Ada mama senang so boleh tau mana yang perlu, saiz apa yang kene beli. So disebabkan JUSCO ada MEMBER SALE fa pon bawak mama pergi Mid Valley Shopping! Yippi!!

U all boleh refer entri sini untuk full List ok. :) Tengok fa bukannya ikot by month pon.. Main beli je mana yang nampak.kihkihkih

PT 1- Completed

PT 2 - Completed
Updated Baby Checklist
- Napkin (Mula-mula fa ingat tak perlu Napkin ni sekali mama kata perlu sebab boleh buat bedung baby or lap muntah/air liur dia)
- Cotton Ball / Cotton Bud
- Changing Mat (Sebenarnya fa beli alas cot yang ade bubble-bubble. Alas ni ada dua saiz. Satu yang kecik satu lagi yang sama besar ngan tilam, Mama kata ambil yang kecik je letak kat punggung baby bila tido so kalau bocor tak kena tilam. Boleh jugak guna time nak tukar pampers nanti. So tak payah la beli Changing Mat tu)
- Nursing Bra (Setiap kali pergi Jusco mesti beli satu. Jenama Scarlet murah je pon asal selesa. Fa beli yang tak ada wire sebab selesa)
- Baju (Lengan Pendek, Lengan Panjang, Romper, Sleep suit, Jumpsuit)  
- Seluar ( Pendek, panjang)
Mama kata jangan beli banyak saiz NewBorn sebab baby cepat besar. Lagipon nanti dia lahir boleh shopping lagi. Kebanyakan baju yang fa beli semua saiz 0-6 Bulan.List baju ni termasuk yang fa beli awal-awal dulu.
1) Baju Lengan Pendek - 5 Helai
2) Baju Lengan Panjang - 4 Helai
3) Baju Lubang - 2 Helai (yang ni perlu sebab takut baby panas waktu siang)
4) Seluar Pendek - 4 Helai
5) Seluar Panjang - 5 Helai
6) Overall - 3 Helai. (Mama kata yang sekali ngan bootie tu tak payah beli sebab nanti baby besar kejap je boleh pakai. tapi sebab kebanyakan sekarang semua fesyen tu comel-comel pulak fa beli la juga tapi besar sikit)

- Bedung (Dah beli dulu tapi selai je yang ada hood boleh guna time balik dari hospital)
- Mitten & Bootie (yang bestnye shopping dengan mama, Dia suka mix & Match, Disebabkan jantina baby belum konfim, mama ambil sepasang je yang kaler biru sebab nak matching kan dengan baju kaler biru yang dia pilih. yang lain semua kaler putih)
- Sapu tangan (Dah beli time baby expo dekat PWTC)
- Towel (Dah beli dengan en suami - 2 Helai)
- Bib (Dah beli dengan En.Suami)- 1 Helai)
- Barut (Mulanya ingat nak bagi mama jahitkan, bila fikir beli je la senang. Mama ambil 4 Helai)
- Blanket (Dah beli dekat baby Expo PWTC- 3 Helai)
- Toiletries untuk travel (Dah beli sebab rasa macam perlu)
- Pampers  (Mama suruh ambil satu je saiz S sebab tak banyak beza pon dengan NewBorn punya. Fa beli jenama Pureen basic dalam ada 75 keping baru RM30.00. Kalau nak dibandingkan dengan jenama lain time offer je murah. So awal-awal ni pakai Pureen dulu nanti baru upgrade)
Pureen Basic size S
- Tilam/Bantal (Bedding Set) (Mama Present kan 1 set bedding set - 1 Pillow,Comforter, 2 bolsters, Bumper Pad, Fitted Bedsheet)
Bedding Set

- Tilam/Bantal untuk Travel (Dah Beli dekat Kelantan hari tu nanti cuma beli sarung je)
- Feeding Bottle  (Fa tak beli pon sebab kawan fa kata awal-awal sebab dah BF jadi baby tak minum guna botol. Dia hadiahkan 1 botol jenama NUK + 2 punting . Nanti bila nak beli storage bottle baru fa beli punting je)
- Nursing Cover (Ni pon kawan fa dah belikan senang nak nyusu si precious dekat public nanti)
- Katil Baby (My Lovely biras bagi sekali ngan tilam hihi)

- Maternity Pad (Mama kata dulu dia pakai pad biasa je tapi yang overnight maxi so ni nanti-nanti la fa beli)  
- Breast Pad (Actually fa dah beli yang washable punya, tapi nanti macam kene beli yang pakai buang)
- Berus Botol
- Kelambu
- Bottles Sterilizer
- Breast Pump
- Termos

So ni takat ni je la entry fa. fa nak siap-siap pergi open house ni. Nanti Fa update lagi k baby cheklist ni sebab fa masih rasa belum cukup lagi ni. hehehe Mana yang tak pangkah tu maknanya fa belum beli maybe next month kot fa nak beli. :)

Thursday, August 29, 2013

Zuriat Rezeki Allah. Tawakal dan sentiasa berdoa.

Salam Semua.


Entri fa kali ni lagi pasal Zuriat. Macam semua tahu dari entri fa yang lepas-lepas, Fa pon 2 tahun kahwin baru la lekat si Precious ni. Macam-macam usaha fa dan En.Suami buat untuk dapatkan zuriat dan akhirnya fa di temukan dengan Shaklee. Haa bukan nak jual produk eh ni cerita betul untuk dikongsi bersama. hihihi.

Walaupun macam-macam yang kita guna dan buat untuk dapatkan zuriat, kalau kita sekadar lepaskan batuk ditangga sama je result dia akan zero. Sebab tu fa selalu pesan dengan customer-customer fa jangan putus asa, sentiasa percaya & berdoa semoga Allah berkati setiap usaha yang kita buat. Ye lah Rezeki Allah rahsia Allah kan.. Tu semua kerja DIA yang MAHA MENGETAHUI dan PEMBERI REZEKI. Ada tu 5 tahun kahwin baru dapat zuriat. Yang penting jangan putus-putus berdoa & usaha.

Ramai yang WhatsApp fa tanya pasal SET KESUBURAN SHAKLEE ni. Set ni khas untuk Suami Isteri yang inginkan zuriat tapi sukar hamil. Macam-macam soalan yang ditanya. "Kalau makan shaklee ni boleh ke pregnant cepat?" "Rasa-rasa sebulan makan boleh lekat tak?"
Apa-apa pun Shaklee ni hanya lah sekadar membantu tiada jaminan 100% sebab macam fa cakap, semuanya rezeki Allah.

Memiliki zuriat merupakan impian setiap pasangan yang sudah berkahwin, namun tidak semua bernasib baik. Salah satu faktor ialah ketidaksuburan dikalangan suami isteri.

Faktor ketidaksuburan:
1) Masalah Ovulasi (pcos,fibroid,telur tidak matang,hampir menopos)
2) Masalah Tiub Fallopio (tersumbat)
3) Masalah Sperma (sperma tidak matang,sperma tidak aktif,sperma tidak cukup)
4l Masalah yang tidak diketahui (masih tidak berjaya walaupun telah melakukan pemeriksaan dan ikhtiar)

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE

Untuk Isteri:
♥GLA Complex
~membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri.membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.

♥Alfafa Complex
~Membantu dalam mengatasi masalah Keputihan.
~Dikenali sebagai kerana bertindak sebagai kacip fatimah dalam membantu dalam hubungan suami isteri.

Untuk suami:
♥Zinc
~Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain.
~Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.
~meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.

♥Vitamin E
~lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual.
~membantu membentuk sel sperma yang sihat.
~juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual 

=======================================================================
**supplement ini bukan jaminan untuk hamil, namun sebagai usaha untuk menstabilkan hormon, membaiki sel-sel badan agar berfungsi sepenuhnya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

(Shaklee Id 949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian &dapatkan harga ahli.Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Monday, August 26, 2013

Suplimen No.1 Pilihan Ibu-ibu masa kini

Salam gojes semua!

Semakin ramai pulak yang berminat dengan set penyusuan ni. Ye la pemakanan sekarang lain dengan dulu. Disebabkan kesibukan Ibu ibu moden sekarang membuatkan ramai yang ambil jalan pintas makan fastfood untuk mengisi perut yang kosong & tiada masa untuk mengambil makanan seimbang sekaligus membuatkan susu semakin merundum.

Sini fa ceritakan set-set penyusuan mengikut budget dan keperluan ibu-ibu yang menjadi pilihan.

1)SET BUDGET - Terdiri daripada ESP & Alfafa.
- Bagi ibu-ibu yang tidajk mempunyai masalah penyusuan dan inginkan milkbooster dan penambah tenaga.

2)SET B - Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, dan Alfalfa
- Untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan dan sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah eczema.
- Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yangmengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit alahan (cirit-birit) dengan alfalfa.
- Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
- Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat

3) SET EU FOUR PACK- Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, dan Kalsium
- Sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan).
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS).
- Sesuai untuk ibu yang sering sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi.
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan kalsium yangsecukupnya kepada ibu
- Dapat membantu ibu lebih bertenaga dan cergas walaupun kurang tidur

4) SET E - Terdiri daripada Vitalea, B complex, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS)
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan kalsium yangsecukupnya kepada ibu
- Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
- Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
- Memberi kesan cepat berbanding set di atas kerana Alfafa dan Kalsium merupakan milk booster

 5) SET 3M (Set Pilihan Ramai)- Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP
- Amat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan
- Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik:)
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak mula menyimpan stok
- Paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/ induce relactation
- contohnya ibu telah berhentikanmenyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasisusu,bersama-sama tips yang diberi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibukuat berusaha.

Clear? So apa lagi cepat- cepat buat pilihan contact fa segera ok. =) mana tahu Shaklee dapat bantu anda selesaikan masalah penyusuan.

WhatsApp/sms fa di 012 3841916 untuk konsultasi percuma dan dapatkan set penyusuan dengan harga yang berpatutan. Untuk COD fa adalah pengedar di Sri Petaling, Sg.Besi, Bukit Jalil dan KLCC (Weekdays)

Breast Pump - Rumble Tuff

Salam gojes readers & bloggers

oh yes im on mc again today! Semalam fa pergi openhouse balik dengan berhujan lebat. So hari ni pakej dengan demam +  ceri beri.

Fa tak dapat nak pergi Stock Clearance Pureen semalam. Frust gile sebab tak dapat nak shopping product Pureen dengan murah. Tapi fa tengok fbbPureen tu memang penuh la dengan orang. im sooo jealous!

So memandangkan memang mood nak shopping barang Si Precious tapi takdapat pergi jom kite borak pasal 'breast pump' :]

Benda yang fa fokus seawal 3 bulan preggy ialah breast pump. Yelah, baju nk beli kena tunggu 6-7 bulan, sabun sabun semua tak kan nak beli awal-awal kan. So yang fa asik google dan tanya-tanya kawan -kawan pasal breast pump dan feeding bottle.

Mula-mula memang fa aim dekat Madela Harmony. Harga pon dalam lingkungan Rm 219.00 (kalau dapat cari yang pakej atau sale lagi berbaloi) tapi bila fikir Madela Harmony ni manual, penat woo nak pump so fa deside nak cari yang electrik.

Fa pernah tanya kawan fa, isma brand apa yang dia guna. Dia kata Madela yang electrik. Tapi kakak dia belikan dekat oversea so murah la dari Malaysia. Murah pon dalam Rm 500 ++ (Mati!) So fa servey harga Rm 800++ duit Malaysia. Ooookkkk!! Tapi yang ni yang ada 2 tu eh, bukan yang satu botol. Kalau yang satu pump tu Madela Mini Electrik dalam Rm299.

Sekali Kawan fa lagi sorang ni (erna) suggest ada satu 1 Stop baby centre ni dekat Puchong (Fabulous Mom) situ boleh beli breast pump dengan pakej dan murah. fa pon google la www.fabulousmom.com dan Breast pump yang menarik hati  brand Rumble Tuff. Fa google ade 1 entri ni buat review baik pasal Breast Pump ni. klik sini

So far review pasal Rumble Tuff ni puas hati la tapi dia bising sikit so boleh tau if kita tengah pump susu kan. Lagi satu yang bestnya pump ni boleh pakai manual,bateri atau electrik. So sangat jimat.
Dekat Fab Mom ada pakej untuk breast pump ni. Ini pakej yang fa rasa fa akan pilih :
Awesome Mom Set RM559.00
- Breast Pump ( 1Set)
- Milk Storage
- cooler bag
- 6 bottles
- 3 ice packs
- voucher untuk beli BF bra(rm39.90) dengan harga rm10.00

Ok so breast pump dah settle tunggu beli je. Which is maybe next month atau another month nak beli cuma kena call Fab Mom dulu k nak konfemkan yang offer tu ada lagi. Next fa update review pasal feeding bottles pulak k.

Sunday, August 25, 2013

Rangkaian Penjagaan Wajah Terbaik dari Shaklee untuk anda

Salam semua.



Fa terlalu teruja dengan Rangkaian  Penjagaan Wajah dari Shaklee dan ramai yang bagi good respond  tapi ada juga yang masih mencari-cari dan bertanya-tanya Set yang mana satu sesuai dengan kulit mereka, jadi hari ni fa nak cerita pasal setiap set penjagaan wajah mengikut jenis dan masalah kulit anda.


NutriWhite (NW)
Sesuai untuk :
  • Sesuai untuk kulit normal  
  • Sesuai untuk kulit yang kurang bermasalah, tidak terlalu sensetif
  • Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit putih gebu karana ianya berfungsi lebih kepada pencerah  (Whitening) dan kandungan Vitamin C yang tinggi tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang terlalu sensetif dan berjerawat teruk.
  • Sesuai untuk wanita & juga lelaki

Masalah yang boleh di atasi dengan NutriWhite:
  • Whiteheads
  • Jerawat-jerawat halus (jerawat nasi)
  • Tompok-tompok hitam
  • Masalah kulit yang tak sekata
  • Jeragat
  • Kedutan
  • Pigmentasi
Rangkaian Set Penjagaan Wajah NutriWhite terdiri daripada :
  • Gentle Deep Foaming Cleanser (150 Ml)
  • Soothing Radiance Whitening Softener (50Ml)
  • Daily Defense Whitening Essence (30Ml)
  • Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (50 Ml)
  • Gentle Action Makeup Remover
  • Overnight Renewal Whitening Cream (50g)
  • Spot Whitening Treatment 
Cara pakai Pencuci Muka NutriWhite Shaklee:
Basahkan muka dengan air yang bersih. Picit sedikit atas tapak tangan. Picit sedikit hanya sebesar sebiji buah saga ataupun sebesar sebiji kacang tanah. Buat urutan lembut ke seluruh muka dan leher. Bilas dengan air bersih



 
Dirumus khas secara klinikal 
• Berasaskan botani 
• Mengandungi pH yang seimbang  
• Hypoallergenic 
• Non-comedogenic (tidak akan menyumbat liang roma) 
• Diuji oleh Dermatologist
• Tidak diuji ke atas haiwan 
• Tidak mengandungi animal-derived ingredients 
• Bebas sabun, dan pewarna

Enfuselle terbahagi kepada 2 katagori.
  • Untuk Kulit Berminyak
  • Untuk Kulit Kering
Enfuselle Purifying untuk Kulit Berminyak 

Sesuai Untuk :
  • Untuk mereka yang 25 tahun ke atas.
  • Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat teruk ,Sensetif & Kulit yang terlalu berminyak
  • Sesuai untuk wanita & juga lelaki
  • Mereka yang inginkan produk Anti Aging
Masalah yang dapat diatasi dengan Enfuselle Purifying :

  • Jerawat yang teruk
  • Kulit berminyak
  • Kulit sensetif
  • Kulit tidak bermaya
  • whiteheads/Blackheads
  • garis-garis halus & penuaan
Terdiri daripada :
  • - Purifying Cleansing Gel
  •  - Purifying Toner
  •  - Balancing Moisturizer
  •  - Eye Treatment

Enfuselle Hydrating untuk Kulit Kering
Sesuai untuk :
  • Mereka yang berumur 25 tahun keatas
  • Mereka yang mempunyai kulit Kering & Sensetif
  • Sesuai untuk wanita & juga lelaki.
  • Mereka yang ingin produk Anti- aging

Masalah yang dapat diatasi dengan Enfuselle Hydrating:
  • Kulit kering
  • Kulit yang tidak bermaya
  • Kulit Kusam
  • Garis-garis halus
Terdiri daripada:
  • - Hydrating Cleansing lotion
  • - Hydrating Toner
  • - Hydrating Moisturizer
  • - Eye Treatment



Fa hope fa dapat bantu anda memilih Skin Care yang sesuai ikut keperluan kulit masing-masing. Ternyata Skin Care Shaklee ni 100% semulajadi & selamat untuk digunakan.

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian &dapatkan harga ahli.
Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengadar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).



ADVANCED JOINT HEALTH TABLET ternyata bagus dan berkesan!

Salam Ahad Semua.

PROMOSI Bulan August tinggal 5 hari lagi!! Jom Dapatkan sebelum terlambat. Jadi entri hari ini fa Fokus pada Promosi bulan August yang semakin hampir kepenghujung.

Ramai masih teragak-agak dan masih tercari-cari  suplimen yang bagus untuk ayah dan ibu? Kenapa tak try dan beli kan mereka Advanced Joint Health Tablet (AJHT) yang ternyata bagus dan berkesan ni?

Advanced Joint Health Tablet 
*Menyokong Kesihatan Sendi BerpanjanganShaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi. Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

AJHT tidaklah difokuskan kepada orang tua sahaja tetapi kepada mereka yang memerlukan seperti:
Siapa yang memerlukan AJHT?
- Orang tua yang sering sakit lutut dan sendi.
- Lelaki dan wanita yang inginkan suplimen 100% semulajadi untuk kesihatan sendi mereka.
- Meraka yang mempunyai masalah sendi tulang.
- Mereka yang mempunyai gaya hidup actif dan lasak.
- Mereka yang sering melakukan kerja-kerja berat.

Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet:
*Ekstrak proprietari Boswellia turut mengandungi bahan semulajadi lain yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja
*100% bebas kondrotoin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Sulfat kondrotoin boleh menggangu penyerapan khasiat ekstrak jagung dan glukosamina
*100% berasaskan sayur-sayuran. Sangat-sangat sesuai bagi vegetarian
*Kapsul yang mudah ditelan
*Bebas gluten

1)Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Jadi Ekstrak Boswellia iaitu gum resin yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat (sumber: pokok Boswellia serrate) dapat menyokong keselesaan sendi-sendi anda. Asid Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi dan contohnya, dapat mengatasi radang sendi lutut, sendi bahu dan sebagainya

2)Ekstrak Jagung - Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalam jangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Jadi Joint Health Tablet membantu meningkatkatkan glukosamina dalam tubuh. Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel. Jadi berita baik bagi penggemar jagung.  Anda boleh meneruskan makan jagung kesukaan anda .

3)Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Merupakan nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi. 100% Nilai Harian Vitamin C dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalm tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink, tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin Cmemelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat.

Saturday, August 24, 2013

Testimoni Set Penjagaan Wajah - Enfuselle

Salam Semua.


Alhamdullilah, semenjak fa promote skin care Nutriwhite & Enfuselle ramai pulak yang order dan bagi respond yang baik.

Percaya atau tidak, Fa dah pakai seminggu  NW dan kulit fa semakin halus, whitehead semakin berkurangan, pori-pori semakin mengecil, minyak pon dah takde. Sampai En.Suami tegur kulit fa semakin cantik. Tunggu lepas pantang nanti, fa nak pakai full set NW -Inshallah.

En. suami terlalu teruja sampai dia kidnap NW fa tu, yang bestnya kulit dia pon nampak halus. Tapi sebab kulit dia jenis berminyak, fa akan belikan dia Enfuselle nanti khas untuk dia.

'Salam Fa, thanks ya kenalkan kita kat enfuselle ni. Suka sangat. Kulit kite kan macam kite cakap that day.. kering.. macam nampak tua je.. pakai makeup lagi nampak tua. Tompok2. Ni seminggu pakai enfuselle rase lembab je kulit muka. Best sangat! Tunggu sebulan kite update awak ok!. Oh ya Kawan kite kulit berminyak kat T zone tu awak suggest ape eh? Dia nak kawin ujung tahun jadi dia nak nampak cantik katenye lah. Awak suggest sekali dengan supliment yang elok dia ambil. Reply asap k fa' 

Pagi tadi fa dapat SMS dari customer yang dah cuba full Set Enfuselle ni. Seronok fa baca respond dia. Memang fa tak tipu. Skin Care Shaklee ni memang terbaik setanding dengan SK11, Estee Lauder dan mana-mana product yang dorang jual dekat kaunter mall tu. Mahal? bagi fa ia sangat berbaloi dan menjimatkan! bayangkan pakai hanya sedikit tapi result dia sangat memuaskan.

Kalau nak cuba Enfuselle & NW ni boleh direct WhatsApp/SMS/Call fa 012 3841916 dan fa akan bagi harga special untuk anda.
*******
Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengadar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Rangkaian Penjagaan Wajah untuk kulit normal,berminyak dan kering

Salam Semua.

Sebenarnya fa dah lama hutang entri pasal Enfuselle ni. Padahal ramai dah customer fa beli Enfuselle ni. Selain NutriWhite(NW) Shaklee juga mempunyai Rangkaian Penjagaan Wajah yang lain iaitu Enfuselle. Apa itu Enfuselle?

Enfuselle ialah Set penjagaan wajah yang khas untuk Kulit Berminyak,bermasalah & Kulit Kering.(Sesuai untuk mereka berumur 25 tahun keatas dan yang mempunyai masalah kulit yang serius)

Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut ·          
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Kulit Normal hingga Kulit Kering.
¤ Hydrating Cleansing Lotion (117ml)
-Losyen pencuci berkrim yang bertindak menanggalkan kotoran dan solekan tanpa menjejaskan lapisan semulajadi kulit.
¤Hydrating Toner (117ml)
-Formula bebas alkohol dengan minyak pelembab semulajadi bagi melindungi dan melembabkan wajah.
¤Hydrating Moisturizer (48g)
-Diperkaya dengan krim emolien bebas minyak dan tidak melekit untuk kesan yang cepat.




Kulit Normal hingga Berminyak.
¤Purifying Cleanser Gel (177ml)
-Bebas sabun dan PH seimbang. Diperkaya dengan Vitamin E yang berbuih lembut bagi memastikan kulit sentiasa segar dan lembut.
¤Purifying Toner (177ml)
-Mengekalkan dan menganjalkan semula kulit wajah, menghaluskan struktur kulit dan mengawal kulit muka dari nampak berkilat dengan mengawal lebihan minyak.
¤Balancing Moisturizer (59ml)
-Formula yang ringkas tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak dari wajah, bertindak dengan membekalkan kelembapan segera.


  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
Semua Jenis Kulit.
¤Eye Treatment (14g)
- Bahan botani anti penuaan dan vitamin C amat berguna untuk merawat kulit yang lembut di sekitar mata.

 
*********
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian &dapatkan harga ahli.
Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengadar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Friday, August 23, 2013

Appointment dengan Hospital Columbia Asia Puchong



Salam Semua

Jumaat yang tenang walaupun jem teruk gila on the way to office.

Semalam  sampai-sampai office je benda yang fa buat call Hospital Columbia nak buat appointment. Fa google senarai doctor dekat situ ada sorang doctor perempuan  Islam (Dr Raja Juhaidah Raja Abdullah) yang pakar dalam Obstetrics & Gynecology. Lepas dah ambil detail fa semua, So fa pon Berjaya Book Appointment dengan Dr. Raja 4/9/13 (Rabu) pukul 10.40am. Tapi nurse tu cakap kat situ 1st come 1st Serve, Fa cakap kat En. Suami kite pergi pukul 9 sebab Klinik bukak pukul 9.  Fa takmo ambil cuti lagi sebab cuti semakin habis, lagipun En.Suami macam susah pulak nak ambil cuti. Fa Kena bawa buku merah & kad Klinik Sofea untuk doctor buat rujukan.

Oh ya, Klinik ni ada time-time dia bukak tau. Kalau korang nak pergi better call dulu buat appointment.

Hospital Columbia Asia Puchong.
GL : 03-8064 8688

Fa akan update checkup kat sini dari semasa ke semasa k untuk rujukan korang nanti :) So kalau dah checkup kat sini, Fa mungkin tak buat dah Checkup kat Klinik Sofea. Tapi Checkup dekat Klinik Kerajaan tu setiap bulan sampai la nak bersalin fa akan pergi.

Malam tadi kaki tetiba cramp.(kejang betis) Sakit gile kot! Subuh tu kejut En.Suami mintak sapukan minyak urut. Sebab tak tahan sangat & baru perasan setiap kali hujan je mesti kaki cramp sebab sejuk kot? Sampai sekarang ni still lenguh-lenguh lagi. Huhuhu.

FYI, Esok ada Clearance sale pureen dekat PJ. Tak tahu la En.Suami available nak pergi ke tak. Kalau pergi boleh borong pempers Pureen :)

Wednesday, August 21, 2013

My Precious – 22 Weeks

Salam Semua.



Dah 22 weeks fa pregnant. Alhamdullilah. Semakin hari semakin hamper je rasa nak bersalin. (4 Months to go!) Semakin besar perut fa, semakin orang ramai perasan, semakin aktif Si Precious kat dalam especially bila dengar suaea Babah.

Minggu ke-22 ni sepatutnya fa dah kena fikir which hospital yang fa perlu pergi untuk bersalin. But fa still belum ada keputusan yang muktamat. Bila orang Tanya fa jawab not decide yet! Tapi dalam kepala memang Columbia Hospital. Tapia da kawan yang Tanya tak jauh ke? Kenapa tak pergi KPMC Kajang je? Kos pon murah. Ada ciri-ciri Islamic gitu. Tak jauh ke Kajang tu dari Seri Petaling? Entah la.. fa pon google la KPMC Kajang. Rupanya KPMC ni ada jugak kat Puchong. Nearby Columbia Hospital je. Tapi kebanyakannye cerita pasal tak best pasal hospital ni. Lagi pon ade org cakap kos hospital yang kat Puchong ni mahal sebab selalu org buat shooting. (Hek?) Baik pergi Columbia je.

Ok so fa google la pasal KPMC Kajang ni, Sumpah la murah. Normal pon  serendah  RM1090 , czer pulak RM 4500-RM5500 camtu. Korang Nanti boleh search kat www.kpmc.com.my kalau nak tau detail ok.

Tapi sebab fa macam takada hati dekat KPMC so fa ignore je la. But fa print la jugak kos bersalin tu mana la tau kan last minit nak pakai ke?

Pape pon jom kita baca perkembangan baby 22 minggu ni :
  1. Berat badan bayi hampir 1 Paun (430 g) dan berukuran lingkungan 10.9 Inci (27.8 CM-dari kepala ke kaki)
  2. Tanda-tanda pertama pertumbuhan gigi, pembentukan bibir, mata dan deria rasa.
  3. Pembentukan jantina “reproductive System” semakin jelas.
  4. Ibu akan merasa pergerakan bayi tetapi mungkin terasa seperti kibasan sahaja.
  5. Berat badan si Ibu mungkin bertambah antara 12-15 paun.
  6. Si ibu juga akan merasa Lelehan pada vagina semakin banyak.
  7. Si Ibu juga mula mengidam makanan tertentu
  8. Tubuh Bayi sudah mula menghasilkan sel darah putih sendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan kelak.

Thursday, August 15, 2013

Petua kurangkan Stretch Marks

Salam Mommies.

Makin seronok pulak fa buat entri pasal Stretch Marks.Yelah selain boleh share dengan mommies, fa pon boleh guna pakai & jadikan panduan untuk diri fa juga. So hari ni entri fa pon pasal petua nak kurangkan atau hilangkan Stretch Marks.

Selain Minum ESP dan sapu cream yang fa sharekan dekat entri lepas, banyak petua kurangkan Stretch Marks yang kita boleh google atau baca di majalah. Bawah ni seberapa petua yang fa berjaya dapatkan untuk mommies semua.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandung banyak nutrisi dan antioksidan yang dapat membantu dalam menangani berbagai masalah kulit, termasuk stretch mark. Bahkan, minyak zaitun adalah cara yang paling murah untuk menjaga kulit Anda bebas dari segala jenis noda jelek pada kulit. Ambil minyak zaitun sedikit dan gunakan untuk memijat daerah kulit stretch marks Anda. Ini akan meningkatkan sirkulasi darah dan mengurangi stretch mark untuk sebagian besar. Biarkan selama setengah jam sehingga vitamin A, vitamin D, dan vitamin E agar minyak dapat terlarut dalam kulit dengan benar. Cara lain mencampurkan minyak zaitun dengan cuka serta air dan menggunakannya sebagai krim malam. Ini akan menjaga kulit Anda dengan baik dan sebagai pelembap kulit.

Minyak KelapaMinyak kelapa berkesan untuk melindungi dan menyembuhkan kulit. Rantaian medium asid lemak (fatty acid) dalam minyak kelapa bertindak sebagai anti-oksidan, menghalang kerosakan disebabkan radikal bebas. Radikal bebas menyerang tisu-tisu penyambung sel dan merencatkan kebolehan sel untuk tumbuh semula. Minyak kelapa boleh di makan dan digunakan secara luaran untuk menghalang kerosakan oleh radikal bebas dan melembutkan kulit.

Aloe Vera.Aloe Vera terkenal dengan kebolehannya untuk penghasilan semula set tisu. Aloe Vera menghalang radangan dan memberi kesan kelembapan yang menyenangkan pada kulit dan memaksimakan kebolehan pemuliharaan kulit tersendiri .
Vitamin EVitamin E adalah bahan terbaik semulajadi yang boleh merawat parut dan stretch mark. Ia meransang pembentukan kolagen, yang meningkatkan kekuatan tekstur kulit. Minyak dari Vitamin E (ataupun cecair pekat dalam kapsul vitamin E) boleh digunakan terus pada kulit. Minyak vitamin E hanya boleh digunakan terus pada parut luka yang telah sembuh sepenuhnya supaya ia tidak mengganggu proses pemulihan luka.
Air
Selain dari menjaga tubuh agar tidak dehidrasi, Air juga baik sebagai ejen dalam detoksifikasi dan mengembalikan keanjalan kulit. Dengan minum sebanyak 8 gelas air sehari atau sebanyak 1-3 liter sehari  adalah digalakkan untuk menjaga kulit dan mengekalkan hidrasi.
 
Lemon
Salah satu cara paling sederhana untuk mengatasi stretch mark adalah dengan menggunakan lemon. Lemon membantu untuk menangani stretch mark, luka kulit, jerawat, dan bekas luka lainnya.
Cara : Ambil hirisan lemon segar dan gosokkan dengan lembut ke stretch mark menggunakan gerakan melingkar. Biarkan lemon meresap ke dalam kulit selama sepuluh minit sebelum membilasnya dengan air.
 
Putih Telur
Telur merupakan sumber yang kaya protein dan dapat digunakan untuk menyingkirkan stretch mark. Untuk stretch mark Anda harus menggunakan 2 biji telur dan ambil putih telur sahaja.  Pertama bersihkan area kulit stretch mark dengan air dan kemudian sapukan putih telur dibahagian Stretch Marks. Biarkan putih telur benar-benar kering dan kemudian bilas dengan air.
 
Sharing is Caring :)

My Precious – Checkup minggu ke -20


Salam Semua.
Baru je balik cuti  raya esok Fa dah nak cuti balik sebab ada kenduri kat kampong. Semalam Fa demam pulak. Jadi hari ni dan semalam fa MC huhuhu. (Mesti rekod kurang baik tahun ini) tapi apa nak buat demi Si Precious dalam ni Fa korbankan segalanya.

Sebenarnya semalam fa perasan ada setitik dot merah kat panties fa yang buatkan fa extra panic mungkin sebab badan yang letih tapi fa cuba tenang-tenangkan diri. Jadi hari ni Fa pergi jugak Klinik Sofea untuk buat chekup. Lagipon Chekup untuk 5 bulan fa belum buat lagi.Macam biasa Klinik Sofea memang  ramai orang. Jadi pukul 8.30PM Fa pergi sebab tunggu En.Suami balik dari kerja dulu.Masuk bilik Dr.Sofea pon pukul 10 macam tu.

Lepas ambil air kencing,ambil berat badan dan ambil darah time untuk intai Si Precious.
Sebab dah 5 bulan jadi fa pon request la nak tengok jantina Si Precious. Memang tak sabar sangat!


Dr Sofea : Eh dia bangun lagi la. Aktif dia ni! Saya check baby dulu baru jantina dia ok.
Fa: Ok Doktor. Tu la saya rasa jugak dia gerak tapi macam ngilu-ngilu sikit.
Dr Sofea : Haah awak dah boleh rasa tapi tak kuat sangat nanti masuk 24 Minggu awak n suami boleh rasa dia tendang-tendang.
Fa : So doctor, Dia ok eh dalam tu? Berat semua?
Dr Sofea : Alhamdullilah dia ok, sempurna, berat normal, ukuran normal. Sekarang Jantina dia pulak.
Fa : <DupDapDupDap>
Dr.Sofea : Eh, macam GIRL la. Sebab kalau BOY senang nak tau. Ni memang macam girl. Awak Nampak tak tu (tunjuk screen dekat bahagian kelamin baby)
Fa : Hah Girl? YESS!! Kalau betul best la saya memang nak girl.
Dr.Sofea : Bulan depan mungkin akan lagi clear. Bulan depan kite scan lagi k.

Haaaa Alhamdullilah la kalau Girl kan. Fa memang teringin nak Girl. Tapi kalau Boy pon fa suka. Time Dr.Sofea scan untuk ambil gamba muka baby, dia boleh pulak tutup muka dengan tangan. Ceh! Mungkin dia nak kasi surprise dekat mamy dan Babah ye. Takpa next month kita intai dia lagi. Dr. Sofea bagitau last month baby songsang, bulan ni dia dah back to normal. Mungkin sebab tu ada pendarahan sikit. So far semuanya dalam keadaan baik. Alhamdullilah.

Tak sabar nak intai Si Precious lagi next month. Oh ye bil fa untuk checkup bulan ni RM120 (without medicine) sebab fa ambil darah sebab tu mahal sikit.
Si Precious 20 weeks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...