Nuffnang

Wednesday, August 14, 2013

My Precious : Cara Kurangkan Kegatalan Perut akibat Rengangan Kulit (Stretch Marks)

Salam Mommies semua.

Entri hari pasal stretch Marks. Stretch Marks ni mesti tak asing lagi bagi mommies yang preggy macam fa kan. Stretch Marks juga boleh jadi sesuatu yang sangat menganggu. Tapi nak buat macam mana kan? Semakin Si Precious membesar semakin gatal rasanya perut fa ni. Mungkin sebab semakin perut membesar kulit perut kita semakin meregang maka stretch Marks ini pon terjadi.
Stretch Marks biasa kelihatan pada perut,pinggul,pinggang,payudara dan lengan. Semakin membesar badan kita, semakin jelas stretch mark ini kelihatan. Ada setengah orang cakap disebabkan berat badan yang bertambah & lemak yang berlebihan dalam masa yang singkat menyebabkan kulit semakin menipis & hilang elastisinya.  Fa punya Stecth Marks dekat pinggang. Merah pulak tu. Gatal lagi. Mungkin fa memang jenis yang berlemak di pinggang dari dulu lagi. Sebab tu senang nak nampak dekat situ.


Contoh Stretch Marks
Mesti rasa jealous bila tengok gamba model-model yang sarat mengandung dok tayang perut bulat mereka yang halus lagi cantik tanpa Stretch Marks kan? Sebab tu awal-awal lagi fa dah start cari solution macam mana nak elak stretch marks.

Seawal usia kandungan Fa 3 Bulan, Fa dah start pakai cream untuk melembutkan kulit di bahagian perut. Kawan fa suggest The Body Shop Cocoa Butter. Sebab kawan fa ni cakap dia pakai kurang dah gatal-gatal perut dia. Bau pon bau yang lembut. So fa pon beli la. Kebetulan Body Shop tengah ada sale. Dapat la fa beli dengan harga RM30++ dari RM50++ (Serius la fa tak ingat berapa RM!!)
Tapi bukan semua kulit serasi kan, mungkin kawan fa tu kulit dia tak sesensetif fa. Fa pakai gatal jugak. Jenuh la menahan kegatalan. So fa pergi farmasi beli pula Cream jenama Palmer's. Seharian suntuk fa dekat farmasi tu belek-belek macam-macam jenis Stretch Marks cream jenama Palmer's ni. Last-last sekali fa ambil Palmer's Massage Cream for Stretch Marks. (Boleh beli dekat mana-mana farmasi)
Alhamdullilah, kegatalan kulit dah kurang sebaik sahaja sapu cream ni dekat perut. Sambil-sambil sapu tu fa Selawat. Borak-borak dengan Si Precious. Bau cream ni pon lembut je. Sapu selepas mandi. Hope la Si Precious suka bila fa sapu cream ni. hihihi. Tapi kadang-kadang gatal jugak memang tak boleh elak pon gatal-gatal ni. So apa yang fa buat, fa gosok-gosok je elakan menggaru sebab memang la sedap mengaru time ni tapi kesannya lepas tu mesti akan menyesal seumur hidup.

Oh ya Palmers ni pon ade Nursing Cream. Apa kegunaan Nursing Cream ni? Nursing Cream ni sebenarnya untuk Nipple Cracked . Jadi nak elakkan kepedihan bila baby menyusu, boleh sapu Nursing Cream ni & cream ini selamat untuk baby. Actually masa awal-awal preggy dulu fa selalu gatal dekat bahagian nipple. Nipple jadi merekah & sangat la menggangu. Memang tak tahan so bila fa google jumpa la Nursing Cream Palmers so ape lagi fa pergi je la beli dekat farmasi. Memang best pakai ni kulit bahagian nipple tu jadi lembut je.
Tapi fa pakai sikit je. Lepas dah ok tu fa stop pakai. Gatal pon dah kurang. Kalau rajin boleh ambil kain lembut basahkan dengan air lap dekat bahagian yang merekah tu. Hari-hari masa mandi fa bersihkan.  Jadi merekah & gatal tu lama-lama ok.

Sharing is Caring :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...