Nuffnang

Thursday, August 15, 2013

My Precious – Checkup minggu ke -20


Salam Semua.
Baru je balik cuti  raya esok Fa dah nak cuti balik sebab ada kenduri kat kampong. Semalam Fa demam pulak. Jadi hari ni dan semalam fa MC huhuhu. (Mesti rekod kurang baik tahun ini) tapi apa nak buat demi Si Precious dalam ni Fa korbankan segalanya.

Sebenarnya semalam fa perasan ada setitik dot merah kat panties fa yang buatkan fa extra panic mungkin sebab badan yang letih tapi fa cuba tenang-tenangkan diri. Jadi hari ni Fa pergi jugak Klinik Sofea untuk buat chekup. Lagipon Chekup untuk 5 bulan fa belum buat lagi.Macam biasa Klinik Sofea memang  ramai orang. Jadi pukul 8.30PM Fa pergi sebab tunggu En.Suami balik dari kerja dulu.Masuk bilik Dr.Sofea pon pukul 10 macam tu.

Lepas ambil air kencing,ambil berat badan dan ambil darah time untuk intai Si Precious.
Sebab dah 5 bulan jadi fa pon request la nak tengok jantina Si Precious. Memang tak sabar sangat!


Dr Sofea : Eh dia bangun lagi la. Aktif dia ni! Saya check baby dulu baru jantina dia ok.
Fa: Ok Doktor. Tu la saya rasa jugak dia gerak tapi macam ngilu-ngilu sikit.
Dr Sofea : Haah awak dah boleh rasa tapi tak kuat sangat nanti masuk 24 Minggu awak n suami boleh rasa dia tendang-tendang.
Fa : So doctor, Dia ok eh dalam tu? Berat semua?
Dr Sofea : Alhamdullilah dia ok, sempurna, berat normal, ukuran normal. Sekarang Jantina dia pulak.
Fa : <DupDapDupDap>
Dr.Sofea : Eh, macam GIRL la. Sebab kalau BOY senang nak tau. Ni memang macam girl. Awak Nampak tak tu (tunjuk screen dekat bahagian kelamin baby)
Fa : Hah Girl? YESS!! Kalau betul best la saya memang nak girl.
Dr.Sofea : Bulan depan mungkin akan lagi clear. Bulan depan kite scan lagi k.

Haaaa Alhamdullilah la kalau Girl kan. Fa memang teringin nak Girl. Tapi kalau Boy pon fa suka. Time Dr.Sofea scan untuk ambil gamba muka baby, dia boleh pulak tutup muka dengan tangan. Ceh! Mungkin dia nak kasi surprise dekat mamy dan Babah ye. Takpa next month kita intai dia lagi. Dr. Sofea bagitau last month baby songsang, bulan ni dia dah back to normal. Mungkin sebab tu ada pendarahan sikit. So far semuanya dalam keadaan baik. Alhamdullilah.

Tak sabar nak intai Si Precious lagi next month. Oh ye bil fa untuk checkup bulan ni RM120 (without medicine) sebab fa ambil darah sebab tu mahal sikit.
Si Precious 20 weeks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...