Nuffnang

Thursday, August 15, 2013

Petua kurangkan Stretch Marks

Salam Mommies.

Makin seronok pulak fa buat entri pasal Stretch Marks.Yelah selain boleh share dengan mommies, fa pon boleh guna pakai & jadikan panduan untuk diri fa juga. So hari ni entri fa pon pasal petua nak kurangkan atau hilangkan Stretch Marks.

Selain Minum ESP dan sapu cream yang fa sharekan dekat entri lepas, banyak petua kurangkan Stretch Marks yang kita boleh google atau baca di majalah. Bawah ni seberapa petua yang fa berjaya dapatkan untuk mommies semua.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandung banyak nutrisi dan antioksidan yang dapat membantu dalam menangani berbagai masalah kulit, termasuk stretch mark. Bahkan, minyak zaitun adalah cara yang paling murah untuk menjaga kulit Anda bebas dari segala jenis noda jelek pada kulit. Ambil minyak zaitun sedikit dan gunakan untuk memijat daerah kulit stretch marks Anda. Ini akan meningkatkan sirkulasi darah dan mengurangi stretch mark untuk sebagian besar. Biarkan selama setengah jam sehingga vitamin A, vitamin D, dan vitamin E agar minyak dapat terlarut dalam kulit dengan benar. Cara lain mencampurkan minyak zaitun dengan cuka serta air dan menggunakannya sebagai krim malam. Ini akan menjaga kulit Anda dengan baik dan sebagai pelembap kulit.

Minyak KelapaMinyak kelapa berkesan untuk melindungi dan menyembuhkan kulit. Rantaian medium asid lemak (fatty acid) dalam minyak kelapa bertindak sebagai anti-oksidan, menghalang kerosakan disebabkan radikal bebas. Radikal bebas menyerang tisu-tisu penyambung sel dan merencatkan kebolehan sel untuk tumbuh semula. Minyak kelapa boleh di makan dan digunakan secara luaran untuk menghalang kerosakan oleh radikal bebas dan melembutkan kulit.

Aloe Vera.Aloe Vera terkenal dengan kebolehannya untuk penghasilan semula set tisu. Aloe Vera menghalang radangan dan memberi kesan kelembapan yang menyenangkan pada kulit dan memaksimakan kebolehan pemuliharaan kulit tersendiri .
Vitamin EVitamin E adalah bahan terbaik semulajadi yang boleh merawat parut dan stretch mark. Ia meransang pembentukan kolagen, yang meningkatkan kekuatan tekstur kulit. Minyak dari Vitamin E (ataupun cecair pekat dalam kapsul vitamin E) boleh digunakan terus pada kulit. Minyak vitamin E hanya boleh digunakan terus pada parut luka yang telah sembuh sepenuhnya supaya ia tidak mengganggu proses pemulihan luka.
Air
Selain dari menjaga tubuh agar tidak dehidrasi, Air juga baik sebagai ejen dalam detoksifikasi dan mengembalikan keanjalan kulit. Dengan minum sebanyak 8 gelas air sehari atau sebanyak 1-3 liter sehari  adalah digalakkan untuk menjaga kulit dan mengekalkan hidrasi.
 
Lemon
Salah satu cara paling sederhana untuk mengatasi stretch mark adalah dengan menggunakan lemon. Lemon membantu untuk menangani stretch mark, luka kulit, jerawat, dan bekas luka lainnya.
Cara : Ambil hirisan lemon segar dan gosokkan dengan lembut ke stretch mark menggunakan gerakan melingkar. Biarkan lemon meresap ke dalam kulit selama sepuluh minit sebelum membilasnya dengan air.
 
Putih Telur
Telur merupakan sumber yang kaya protein dan dapat digunakan untuk menyingkirkan stretch mark. Untuk stretch mark Anda harus menggunakan 2 biji telur dan ambil putih telur sahaja.  Pertama bersihkan area kulit stretch mark dengan air dan kemudian sapukan putih telur dibahagian Stretch Marks. Biarkan putih telur benar-benar kering dan kemudian bilas dengan air.
 
Sharing is Caring :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...