Nuffnang

Wednesday, August 21, 2013

My Precious – 22 Weeks

Salam Semua.



Dah 22 weeks fa pregnant. Alhamdullilah. Semakin hari semakin hamper je rasa nak bersalin. (4 Months to go!) Semakin besar perut fa, semakin orang ramai perasan, semakin aktif Si Precious kat dalam especially bila dengar suaea Babah.

Minggu ke-22 ni sepatutnya fa dah kena fikir which hospital yang fa perlu pergi untuk bersalin. But fa still belum ada keputusan yang muktamat. Bila orang Tanya fa jawab not decide yet! Tapi dalam kepala memang Columbia Hospital. Tapia da kawan yang Tanya tak jauh ke? Kenapa tak pergi KPMC Kajang je? Kos pon murah. Ada ciri-ciri Islamic gitu. Tak jauh ke Kajang tu dari Seri Petaling? Entah la.. fa pon google la KPMC Kajang. Rupanya KPMC ni ada jugak kat Puchong. Nearby Columbia Hospital je. Tapi kebanyakannye cerita pasal tak best pasal hospital ni. Lagi pon ade org cakap kos hospital yang kat Puchong ni mahal sebab selalu org buat shooting. (Hek?) Baik pergi Columbia je.

Ok so fa google la pasal KPMC Kajang ni, Sumpah la murah. Normal pon  serendah  RM1090 , czer pulak RM 4500-RM5500 camtu. Korang Nanti boleh search kat www.kpmc.com.my kalau nak tau detail ok.

Tapi sebab fa macam takada hati dekat KPMC so fa ignore je la. But fa print la jugak kos bersalin tu mana la tau kan last minit nak pakai ke?

Pape pon jom kita baca perkembangan baby 22 minggu ni :
  1. Berat badan bayi hampir 1 Paun (430 g) dan berukuran lingkungan 10.9 Inci (27.8 CM-dari kepala ke kaki)
  2. Tanda-tanda pertama pertumbuhan gigi, pembentukan bibir, mata dan deria rasa.
  3. Pembentukan jantina “reproductive System” semakin jelas.
  4. Ibu akan merasa pergerakan bayi tetapi mungkin terasa seperti kibasan sahaja.
  5. Berat badan si Ibu mungkin bertambah antara 12-15 paun.
  6. Si ibu juga akan merasa Lelehan pada vagina semakin banyak.
  7. Si Ibu juga mula mengidam makanan tertentu
  8. Tubuh Bayi sudah mula menghasilkan sel darah putih sendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...