Nuffnang

Monday, August 12, 2013

Shopping untuk Si Precious.

Hari ni fa cuti. En suami pon cuti. Aktiviti hari ni pergi Jusco Cheras Selatan  nak shopping sikit barang Si Precious.

Memang la orang kata awal lagi, baru 5 bulan, tapi Fa ni jenis yang ikot time. Fa memang dah sediakan list barang apa yang perlu dibeli start dari 5 bulan. Tapi tak salah rasanya kan shopping sikit-sikit ambil mood. Hihihihi.

Memandangkan Si Precious ni pon fa taktau boy ke girl, Fa beli baju warna-warna selamat (putih,cream,oren,hijau) Tapi memang lupa diri sekejap tengok baju-baju baby ni. En Suami pulak yang lagi exited dari Fa. Time ni Jusco still ada sale so fa aim baju-baju yang ada sale je la. Semua fa ambil yang set. Sebab En.Suami kata murah. Ni yang fa grab hari ni.

Total : RM198.90
1)      Baju lengan panjang – 2 Helai
2)      Baju Lengan pendek – 3 Helai
3)      Seluar Panjang – 2 Helai
4)      Seluar Pendek – 2 Helai
5)      Baju Vest (ikat tepi) – 2 Helai
6)      Overall – 1 Helai
7)      Seluar Panjang Bootie – 1 Helai
8)      Bib – 1 helai
9)      Mitten/Bootie – 3 Set
10)   Topi – 1 Helai
11)   Towel (2 helai dalam 1 plastik)
12)   Travel Pack Bathset (Pureen) – 1
13)   Pencuci Baju Baby (pureen) – 1
En Suami kata beli sikit-sikit dulu nanti beli lagi. So shopping untuk bulan ni settle! Tak sabar nak tau jantina Si Precious so boleh beli ikut warna tema. Hehehhe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...