Nuffnang

Sunday, February 21, 2016

Bubur Nasi Garlic untuk Anak Demam

Assalamualaikum

Garlic atau bawang putih memang bagus diberikan pada mereka yang demam, selsema atau batuk sebab ianya merupakan antibiotik semulajadi.

Malam tadi badan airis macam panas sikit, tidur pon berkeruh kuat macam ade kahak yang tersekat. Jadi pagi tadi fa buatkan dia bubur nasi garlic. Selalu kalau airis selsema atau batuk dan demam, menu ni la yang fa buatkan. Alhamdullilah selalu demam dia tak berpanjangan dan airis memang suka bubur ni dari bayi.

Bubur Nasi Garlic @ Bawang Putih

Cara masak nasi ni macam-macam. Ada yang goreng dulu bawang putih dan masuk sekali minyak goreng tu dengan beras sebelum masak. Tapi fa ajar yang simple je la ye. Baby pon boleh makan.

Bubur ni fa masak guna periuk nasi (rice cooker) senang dan kejap je dah masak.

✔Beras (1 pot)
✔Air (lebihkan air dari masak nasi biasa. Fa selalu buat anggaran 3x ganda dari sukatan masak nasi biasa)
✔ Ikan bilis (elok guna ikan bilis jepun yang halus. Tapi fa guna je ikan bilis yg biasa)
✔Bawang Putih (part ni ikot sukahati anda. Bawang putih ni fa titik je)
✔ Garam secukup rasa

Cara dia masukan semua dalam rice cooker, tunggu masak, sejukan dan boleh bagi anak makan. Senang kan? Tutup mata pon boleh buat. Kena rajin sikit la sebab nak bagi anak sihatkan?



Untuk anak yang still menyusu badan, maknya boleh makan bubur ni & makan GARLIC COMPLEX Shaklee sebab sebiji GarlicComplex = dengan 1 ulas bawang putih. Jadi segala khasiat bawang putih tu akan disalurkan pada baby masa menyusu.



Happy Sharing 💜 Selamat Mencuba!

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...