Nuffnang

Tuesday, February 23, 2016

Ayam Masak Ketumbar yang Menyelerakan

Assalamualaikum

Alhamdullilah Seri Petaling hujan lebat hari ni. Sejuk sikit hari ni. Airis pon lena je tido sebab selalunya tak sampai 10 minit dah terjaga sebab panas berpeluh. Hari ni dia tido lamaa.. dengan mamy dia sekali join tido. Syok tido time hujan..

Ok fa nak share resepi hari ni. Resepi ni dapat dari biras fa. Dia cakap dia dapat pon dari facebook. Semalam dah masak ikan. Kat rumah ni kalau tak ikan mesti ayam. Tapi selalunya ayam lah sebab suami suka sangat beli ayam. 

Kalau hari-hari menu ayam memang bosan. Tapi sebab suami suka makan ayam jadi kenalah pandai nak pelbagaikan resepi. Selalu nya menu paling simple Nasi Ayam. Bila fa buat ayam masak serai @ Ayam masak Bali, suami cukup suka. Kalau boleh asik nak lauk tu je. Tapi hari ni fa nak share 1 resepi ni yang mungkin boleh membuka selera suami untuk tambah nasi berkali-kali :)

Actually, resepi ni orang panggil ayam masak ketumbar. rupanya nama betulnya ayam masak UNGKEP. Ayam masak ungkep ni masakan orang jawa kalau tak silap. Tapi tak tahulahkan betul ke tak masakan ni namanya ungkep sebab kata salah seorang kenalan, ikotkan bahan-bahannya memang nama masakan ni Ayam Ungkep. Tak kesahlah nak panggil ape pon. Fa share je la resepi kat sini ye. Yang memang tahu ayam masak ungkep tu maybe boleh bagitau ye ke resepi ni Ayam Masak Ungkep? 

Ayam Masak Ketumbar



Bahan-bahan
Ayam
Biji Ketumbar - 1 paket
Kunyit Hidup - besar Ibu jari
Cili Padi - 10 biji @ Ikot kepedasan  
Bawang Putih - 7 Ulas
Bawang Besar - 1 Biji
Kunyit serbuk - 1 sudu
Air Asam Jawa - 1 sudu besar bancuh dengan sikit air @ Ikut tekak
Serai - 2 batang dititik
Minyak - untuk menumis
Air - secukupnya
Garam/serbuk perasa

Cara-cara
Tumbuk Biji Ketumbar biar agak lumat sikit ( rendam kejap bagi senang nak tumbuk)
Masukan bawang putih, bawang besar, cili padi, kunyit hidup tumbuk sekali kasi lumat. Nak blend pon boleh tapi fa suka kalau tumbuk. Baru ada keaslian masakan ni

Panaskan Minyak, tumis bahan tumbuk sampai naik bau & masukan sekali serai yang dititik. Tumis sampai pecah minyak. Masukan ayam gaul rata & masukan air secukupnya (sampai paras ayam tapi jangan banyak sangat) Tutup Kuali biarkan mendidih dalam 10-15 minit 

Lepas tu, masukan kunyit serbuk, asam jawa, garam & bahan perasa - Masak lagi sampai air hampir kering & ayam empuk. Kacau-kacau jangan sampai hangus bahagian bawah.

Dah hampir kering, racik daun ketumbar & tabur then gaul-gaul sebatikan. Tutup api & hidang panas-panas dengan nasi panas!

Senang kan? Tak susah pon. Lauk ni takde santan. Jadi dia tak muak kalau nak makan banyak kali. Fa rasa Ungkep tu bersantan kan? 

Boleh jadi lauk makan malam esok. Selamat Mencuba :)


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...