Nuffnang

Tuesday, August 30, 2016

Dapatkan tulang & gigi yang lebih kuat dengan Ostematrix Shaklee

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee Malaysia

Siapa yang tak suka susu? Rasanya semua suka susu kan. Airis boleh habiskan sekotak besar susu sehari. Fa sendiri suka minum susu. Dari kecik mama cakap fa memang gila minum susu. Sebab fa masa kecik bukan anak yang menyusu badan, jadi dari baby susu formula tu dah jadi darah daging. Lain dengan airis, umur dia setahun baru dapat merasa susu fresh milk. Mungkin rasa susu tu yang segar buat dia suka sampai sekarang. Baguskan dia suka minum susu. Sekurang-kurangnya adalah sumber kalsium untuk badan dia yang membesar .

Tahukan, ibu yang menyusu badan ni perlukan lebih kalsium banding orang-orang biasa. Sama juga dengan ibu mengandung. Sebab kalsium ni sama dengan nutrisi lain juga yang harus dikongsi dengan bayi dalam kandungan atau yang disusui.

Wanita menyusukan anak memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg kalsium sehari.
Kalsium sangat penting dalam memperbaiki fungsi saraf bagi megelakkan rasa kebas kaki dan tangan dan mempercepatkan pengecutan otot rahim agar kembali ke saiz asal.

Kalsium sangat penting untuk pembentukan gigi dan tulang pada bayi yang disusukan.

Esok last promosi Ostematrix Shaklee. Fa dah siap borong 6 Free 1 buat stok diri sendiri. Ya Allah masa ni la memang fa beli sebab Ostematrix ni sebab murah sangat & memang Vitamin WAJIB fa setiap hari. Bila dah jadi mak ni, umur pun dah meningkat tulang -temulang asik sakit je. Lenguh, tak larat, tidur pun kadang rasa tak selesa jadi HARUS telan ostematrix ni setiap malam & sangat membantu melegakan sakit lenguh tulang ni, jadi bila bangun pagi rasa lega je. Sebab tu i sayanggg ketat-ketat my Ostematrix Shaklee ni :)

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee Malaysia


Kenapa Ostematrix?
Ostematrix terbukti secara klinikal dapat menyediakan nutrisi penting serta unik dan melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat serta membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee Malaysia


Apa itu Osteoporosis?
Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh.

Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat.

Anda memerlukan  lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina tulang yang kuat. Ostematrix juga menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi untuk membina tulang yang kuat.

♥ Membina tulang yang kuat
♥ Membantu membina tekanan darah yang yang normal
♥ Membantu dalam pengecutan oto dan pelancaran darah
♥ Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Ostematrix membekalkan
♥ 1,000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber  yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
♥ 400mg (100% pengambilan harian) magnesium untuk membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
♥ 400IU (100% pengambilan harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Perbezaan Shaklee
Penyerapan yang terbukti secara klinikal
Pengambilan hanya 2 kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina & memelihata kekuatan tulang, kalsium haruslah diserap terlebih dahulu.

Ok jangan tunggu lama-lama tau. Nak beli ostematrix dengan harga promo yang murah cepat whatsapp fa sekarang :)

OSTEMATRIX PROMO

BELI 2 DAPAT 5% DISKAUN
BELI 6 DAPAT 1 BOTOL LAGI FREE!



Saturday, August 27, 2016

Kenapa Perlu Beli Supplement Shaklee dari Pengedar Sah Shaklee sahaja?

Masa jalan-jalan dekat shopping mall, nampak 1 kedai jamu ni, terjeling dekat botol-botol supplement Shaklee yang di-display dekat dalam kedai tu. Sebenarnya nak beli krim panas sapu-sapu kat perut tu je. Sebab dah nampak Shaklee, tanya sekali tentang Alfalfa Shaklee. 

"Harganya berapa kak?"

"RM56.98. Saya bagi RMXX.XX. Elok ni dik. Ramai yang beli ni untuk kurus..."

(Saja buat baca belakang botol tu)
"10 biji sekali telan ke?..banyak tu.."

"Haah dekat botol kata gitu kan? Awak makan la 5 biji sekali pagi 5 biji sekali petang..Saya pun tak tahu. Saya jual je.. awak cuba telefon penjual shaklee tanya cara makan dia macam mana. Bos saya tak ada hari ini. Kalau ada dia boleh beritau cara makan betul"

Kakak jual ni macam tak membantu sangat sebab sambil-sambil melayan tu siap main HP. haahha.. fa pun malas nak tanya banyak bayar untuk krim tu dan terus blah. Kakak tu betul dia jual harga retail. Cara makan pun dia bagi betul sebab tengok pada botol. Tak salah mana pun. Cuma dia suruh call pengedar shaklee tu yang tak kenan. huhuhu

Ini salah satu hal, lagi satu memang dah banyak sekarang ni orang yang mendaftar ahli shaklee. Sebab bila anda beli dari Pengedar Sah Shaklee (SID) , kami akan beri pilihan nak join ahli atau tak. Join ahli tak semestinya terpaksa atau dipaksa menjual, anda boleh beli supplement shaklee dengan harga ahli yang lebih menjimatkan anda. Lagi satu kebaikan dia, anda boleh jana income tiba-tiba.. haa beli makan sendiri pun kalau cukup point dah boleh dapat bonus bulanan. Best kan?

Nak lagi best, pastikan anda daftar ahli under SID yang memang jual shaklee. SID yang boleh bantu anda if anda ada soalan tentang supplement Shaklee. SID yang berilmu. SID yang serius nak berbisness bukan SID yang sendiri daftar ahli untuk dapat harga murah. Faham tak?

Sebabnya, lately ni ramai betul yang whatsapp fa bunyi macam nak beli . Siap bgtau masalah kesihatan mereka. Bila fa suggest supplement/vitamin yang bersesuaian dan beri harga terus diam. Esoknya reply cakap dah beli dengan kawan sebab dapat harga murah/harga member. Tapi siap pulak tanya cara makan macam mana..... bila suruh tanya kawan yang dia beli tu, dia cakap kawan tu cuma ahli je, tak menjual jadi tak tahu......... 

Boleh je anda nak beli dekat kedai-kedai jamu, farmasi ke, dengan kawan ke.. sebab dah namanya supplement kan? Tapi rugi je lah sebab kebanyakan dorang ni hanya menjual atau daftar ahli sebab nak harga murah. Ilmu tentang supplement bukan ade pon kan??

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee bukit jalil

Kenapa anda perlu beli dengan PENGEDAR SAH SHAKLEE

❤️ Semua pengedar Shaklee mempunyai pengetahuan tentang supplement sebab kami semua hadiri kelas bimbingan, kelas nutrisi & ada close group kami sendiri untuk kami belajar tentang supplemen, vitamin, nutrisi & yang berkaitan.

❤️ Semua pengedar shaklee akan beri konsultasi yang terbaik pada anda mengikut masalah kesihatan yang dialami.

❤️ Semua pengedar shaklee akan followup customer mereka untuk pastikan customer dapat kebaikan & kesan positif dari pengambilan supplement shaklee.

❤️ Selalu Pengedar Sah Shaklee ni akan beri harga & Diskaun untuk pembeli yang serius / serius buyer. Ada yang akan bagi free gift menarik lagi.. kan best tu!

❤️ Kebanyakkan Pengedar Shaklee adalah pengguna tegar Shaklee. Jadi mereka lebih arif dalam kebanyakkan produk Shaklee & boleh share pengalaman mereka sendiri. Kami bukan sekadar menjual tetapi kami share sekali testimoni kami sebagai pengguna tegar Shaklee :)

❤️ Anda dah berbelanja banyak untuk supplement shaklee anda kan? Mestilah anda nak konsultasi yang terbaik? Betulkan? Jadi google atau search pengedar Shaklee yang aktif bershaklee & berilmu supaya anda dapat kesan baik yang maximum dengan Shaklee.

Jangan segan untuk refer pengedar shaklee anda jika anda ada keraguan dalam pengambilan supplement Shaklee yang dibeli tau & share juga feedback / kesan positif yang anda dapat dari pemakanan konsisten supplement shaklee . Happy la kami boleh printscreen buat testimoni..hehhee



Fa adalah pengedar Shaklee Sri Petaling, Bukit Jalil, Sungai Besi, Kuchai Lama, Tasik Selatan & yang berhampiran dengan tempat-tempat yang dinyatakan. Jadi jika anda tinggal berdekatan, dan nak beli supplement Shaklee secara COD boleh la Whatsapp Fa ye.

Pos 1 Malaysia - Postage berbayar :)

Psst: Jangan lupa Promosi Ostematrix sampai hujung bulan ni tau!!! Heksaited sangat jual Ostematrix ni sebab customer bagi positif feedback! Alhamdullilah semua dengan izin Allah :)

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee Bukit Jalil




Wednesday, August 24, 2016

Hooray!! it's pay day sale!!

Esok hari gaji
Hari ni dah tak menang jari-jemari menreply whatsapp customer baru & yang me-repeat pembelian supplement.

Alhamdullilah..janji Allah itu pasti :)


Jadi jangan membazir kat benda-benda yang bukan-bukan. Spend sikit duit untuk keperluan kesihatan anda. Badan sihat, hati senang semua happy!!

Esok sampai akhir bulan kami ada buat sale & promotion menarik untuk anda. Whatsapp kami untuk dapatkan tawaran harga untuk semua produk shaklee yang terpilih!

========================================

PROMOSI BULAN OGOS 2016

OSTEMATRIX

Beli 2 dapat 5% off
Beli 6 dapat 1 Free



Tuesday, August 23, 2016

Pengalaman pertama menyusukan Airis


Entri penyusuan lagi? Kenapa la fa ni selalu je nak cerita pasal penyusuan ni dalam setiap entri kan? Sesungguhnya aku rindu gile nak menyusuan baby 😂 Menang airis masih menyusu sampai sekarang cuma lain tau perasaan menyusukan baby dengan budak.. serius lain. Baby ni sebab dia taktau pape. Semua 1st time.. semua kita kena ajar. Baringkan.. susukan.. gayakan..ajarkan...  Budak ni sukahati dia nak buat ape. Nak pusing camne, gaya camne.. sampai boleh pilih nak breast yang mana.. "mamy this 1 please...." sukahati je dia nak kiri ke kanan ke. huhuhu

Itu ler sebabnya masa pergi jenguk kawan yang baru bersalinkan baby F yang korang boleh baca kat entry link serius ringan je tangan fa nak ambik si baby F tu dan sumbatkan nenen ni dalam mulut dia sebab tak tahan tengok dia merengek takpuas netek.. huhuhu tapi tahan... anak orang kot kan.. tak memasal jadi anak susuan pulak. Actually fa tak kesah pon tapi orang lain of coz kesahkan. hihihii gian punya pasal. Bukan tak teringin nak pregnant lagi tapi semua tu kan kuasa Allah. Siapa lah fa nak soal-soalkan kerja-Nya. Mungkin tak cukup usaha. mungkin belum sampai waktu. Mana kita nak tau kan :)

Airis baru lahir - 2.9kg
Bila cerita tentang pengalaman 1st time menyusukan airis memang rasa terkilan sikit la. Selepas beberapa saat airis selamat dilahirkan, Doktor Raja letak dia atas dada fa tapi fa tak buat ape, just pandang, senyum syukur semuanya dah selamat setelah hampir 7 jam dalam LR. Sepatutnya bukan ke kena susukan dia? muahahha. aku mana tahu. kawan-kawan yang dok sibuk whatsapp dari  awal masuk LR takde pon mention kena susukan sebaik baby keluar. Nampak sangat kurang ilmu kat situ. Mungkin juga tu lah penyebab susu fa lambat sikit nak keluar sebab awal-awal takde rangsangan dilakukan. Sebab itu masa pregnant bagi 1st timer mak ni silalahh rajin membaca. Sila katam segala ilmu penyusuan tu awal-awal. :)

Untuk yang tak tahu, susu awalan kita atau kita panggil Kolostrum . Kolostrum adalah tinggi karbohidrat, tinggi protein, tinggi dalam antibodi, dan rendah lemak . Sebab itu awal-awal baby lahir kita kenalah sumbatkan dia dengan susu ibu ni sebab salah satu fungsi kolostrum ni ialah memudahkan pembuangan najis pertama si baby. Kolostrum ni juga bantu membuang lebihan bilirubin dalam darah baby. Bilirubin ni yang penyebab kuning tu. Jadi fa macam terfikir-fikir maybe sebab ini lah jaundice airis macam lama sikit nak baiknya.. haissss

Ok, nanti lah kita cerita tentang kolostrum ni. Sambung tentang breastfeed si Airis.Selepas dah transfer masuk wad, nurse tanya baby nak bagi FM atau fully breastfeed. Of course la fully breastfeed kan. Dengan semangat fa cakap "breastfeed" ingat nak menyusu tu senang. Sumbat mulut baby dengan tek terus isap? hohoho tak semudah tu ye. Setiap 5 minit fa tekan loceng panggil nurse soh nurse ajar camne nak kasi airis menyusu. Pelik budak ni tak melalak pun. Macam merelakan je ape yang fa buat. Badan baby kan fragile. Nak dukung pun takut. Nak pusing-pusingkan pun takut. Itu yang 5 minit sekali panggil nurse. Kat sini lah nampak beza kalau bersalin dekat private dengan goverment. Nurse kat sini terpaksa datang sebab aku dah tekan loceng setiap 5 minit kan. Tapi ajar nya pon tak. Dia cuma cakap je. Buat camni, buat camtu. Cuba gaya "football" cuba gaya itu-ini yang fa pun tak faham & tak reti. ilmu tak cukup gitu lah.. Long story short - terpaksa topup dengan FM sebab nurse cakap anak fa dah biru kehausan =.=" Masa tu rasa nak melalak. tapi sebab bilik share, mommy kat sebelah katil dok mengerang2 kesakitan, fa menangis je dalam hati. Siap fikir..mana susu aku? huhuhu Allah... Alhamdullilah dekat hospital semalam je. Esok pagi nurse dah mandikan Airis, siap cakap dah bagi susu FM tapi fa buat muka redha.. tak kan nak cakap ape kan? Ada hikmah dia, Hikmah dia... airis menyusu sampai sekarang. 2 tahun 8 bulan dah! Alhamdullilahh rezekiiii

Sepanjang perjalanan dalam kereta, mama bising soh beli FM. saja buat stok kang kalau tak cukup susu boleh topup... Allah.. senangnya kan? Tapi fa pekak kan telinga je. malas layan. sambil2 tu cuba google, tanya kawan-kawan macam mana exactly nak menyusukan baby tu. Lekapan tu camne nak kasi betul. Semualah fa baca kasi faham. Sambil baca sambil tutorial kat Airis. Kesian dia. Mulut dah lah comel. Kena paksa ikut macam mamy suruh.. huhuhu. 

Ni susu fa masa 2 hari lepas bersalin - nak menangis ke tak?
Masa dalam pantang, ESP memang tak miss minum. niatnya nak kasi susu banyak. Nak badan cergas, Nak sihat cepat, Nak pastikan airis dapat fully breastfeed. Masa pantang fa tak pump. Pernah pump sekali masa 2 hari dalam pantang. Susu yang keluar tu setengah oz je. Terus down. Tertanya gak apesal orang lain pump dapat 5oz aku pump setengah oz je? Kalau masa kat hospital nurse cakap airis minum susu habis 5oz. Kalau susu yang keluar ni sikit macam ni, cukup ke? stress dah kat situ. Mama asik ulang-ulang cakap pasal stok FM.. menangis la dalam hati. Emosi sangat!

Rupanya aku ni over... perut baby baru lahir besar guli je. nak sumbat susu banyak-banyak buat ape kan? Bila ilmu tu dah ada sikit-sikit baru fa faham.Susu yang ada ni cukup untuk Airis. InsyaAllah cukup. Baby akan kerap menyusu sebab susu ibu ni mudah hadam. Bukan maknanya dia tak cukup susu tau! Susu ibu ni mudah hadam. sebab tu baby kerap kencing & berak. Susu ibu ni bukan macam FM tu.. perasan tak kadang-kadang FM buat anak sembelit?

Masa kat kampung, pantang airis kerap menangis. Bayangkan dari lepas maghrib sampai subuh on off menangis. Bila azan maghrib baru berhenti. Allah je lah tau macam mana stress & letihnya badan masa tu. Airis hanya nak tidur ngempeng dengan fa. Fa terpaksa tidur duduk. Sakit semua tulang temulang ni. Nak tahan - telan ostematrix shaklee. Bukan 4 biji setiap malam tapi 4 biji lagi lepas breakfast. Airis masuk 2 bulan fa dah ajar dia menyusu sambil baring. Cara ni senang supaya fa pun dapat lunjur kaki & rehat. Tapi mama marah. takbagi sebab bila bangun airis dah tersepit kat celah ketiak. Takut lemas. Biasalah orang dalam pantang kalau dapat tidur tanpa gangguan tu nikmat gila kan. Sampai tak perasan anak dah tersepit. Tapi sampai sekarang airis memang netek baring. Bila malam je nak tidur netek.. Kalau kurang kalsium memang pinggang sakit gila ni. Tapi Alhamdullilah, fa memang makan Ostematrix Shaklee. Jadi bantu juga lah sengal-sengal badan ni.

Ni hasil masa start nak pamp nak buat stock beku. Sebelah breast dapat 2oz 
Susu perahan makin banyak lepas konsistan minum ESP & buat power pumping
Kalau tengok testimoni set penyusuan Shaklee mesti tayang susu perahan penuh 1 freezer kan? Fa takdelah nak share testimoni gitu. Sebab fa tak macam tu. Susu perahan fa pun cukup-cukup untuk airis bila fa pergi kerja. Sabtu ahad atau cuti fa pump jugak untuk buat susu frozen. Selain tu nak rangsang pengeluaran susu. Sekali pump pun bukan lah sampai 20oz.. campur dedua belah dapat dalam 10oz paling banyak. Ikut mood jugak. Kadang 5oz je.. tapi bila tengok susu tu dah keluar pun alhamdullilah. Selama kerja tak pernah pulak angah call cakap tak cukup susu. Sebab dia tau stok susu beku pun ade cukup if susu dalam chiller habis.



Benda yang tak boleh lupa sepanjang penyusuan Airis ada 2. 1 masa airis jaundice 1 lagi masa bengkak susu. Masa airis jaundice fasama-sama kena tahan wad dekat Hospital Alor Gajah. Alhamdullilah dapat hospital tu sebab kita pun boleh sekali tinggal wad. Sebab ada pengalaman kawan yang anak dia jaundice, anak je yang kena tahan. Mak kena balik. Setiap hari kena datang hospital hantar susu/susukan anak. Mungkin Allah nak bagi kemudahan kat situ sebab fa pantang dekat kampung. Suami pulak kerja kat kl. jarang balik. Yang harapnya mama & angah. Jadi kalau airis je kena tahan wad, fa tak.. macam susah dah nak ulang alik. Lagi teruk gangguan emosi kang.. Lagipun kesian mama & angah kan? Tapi yang takbest nya.. bila kena sengsorang dekat hospital.. mama takde.. anak pulak melalak non-stop dekat wad.. aku stress tahap gaban. Sampai kawan sebelah katil tegur apesal muka aku stress sangat.... Lagi stress... orang sebelah katil pam susu banyak gila.. Aku? 1oz je campur dua belah baru 2 oz.. Menangis dalam hati lagi. Padahal makan shaklee. Bukan patut untuk milkbooster? 

Haaa... korang dah salah konsep kat situ.. Shaklee ni supplement. Supplement ni bantu menambah nutrisi dalam badan si ibu yang sekaligus membantu merangsang pengeluaran susu ibu. Fa perati je kawan sebelah katil ni. Dia ada 2 anak, jadi dia dah ade pengalaman. Family dia kerap datang, suami selalu ade sampai habis waktu melawat. Gelak-gelak happy-happy.. semua tu merangsang hormon susu. Lagi pun dia jap-jap pam sebab dia cakap bengkak susu. Aku? bengkak susu pun tak terasa. Stress je memanjang. Jap-jap nak melalak. Bila nurse datang cakap jaundice airis tak turun aku stress.. mengalir air mata.. Bila call suami.. suami bz. Nak pam pun bukan selalu. Sebab asal pam airis menangis .. Ilmu tak banyak masa tu. Tak tahu ape "tandem nursing" 

Airis jaundice lama.. sampai hospital suspect dia ada masalah hati. Tapi fa tak puas hati hospital cakap gitu. Fa paksa suami ambik fa checkup dekat Columbia jumpa Paed Airis. Alhamdullilah, airis hanyalah breastfeed jaundice. Badan dia masih nak serasi dengan breastfeed. Sebab itu pentingnya kolostrum tu. Airis jaundice hampir 3 bulan. Selain susukan kerap, petua mandikan dengan air rebusan inai pun mujarab turunkan jaundice airis. Jangan nak memandai bagi baby susu/air lain selaun susu ibu. Mengarut! Masa airis jaundice tu banyak laaa pulak orang kiri kanan yang bagi petua bukan-bukan. Sampai suapkan anak "supplement *&%^*" konon bantu turunkan bacaan jaundice tu.. Kalau katakanlah betul ade macam-macam petua seeloknya biar kita yang makan. bukan anak ye. Jadi bila kita menyusu, ia akan disalurkan pada bayi melalui penyusuan. Kan?

Ni hasil perahan selepas merana bengkak susu semalaman .Alhamdullilahh banyakk!!
Siapa yang tak pernah kena bengkak susu? Ibu-ibu menyusu mesti tau perasaan bengkak susu tu camne. Nauzubillah... seksa gila. Macam fa sampai demam + menggigil 1 badan. Masa tu tengah pantang. Manalah ade lecithin ke, omega guard ke nak surutkan bengkak. (Lecithin terbaik untuk masalah bengkak susu) Jadi ape yang fa buat, tuam breast dengan botol air panas. Urut-urut dari atas ke nipple. Pastu pam. Memang memula susu tu macam susah je nak keluar. Urut & tuam kerap kali insyaAllah susu tu keluar memancut. Sambil-sambil tu zikir-zikirlah moga allah mudahkan urusan susu tu keluar. Bengkak susu tandanya susu kita banyak & terlampau banyak. Alhamdullilah. Cuma bila ianya tak dikeluarkan dengan betul atau tak habis keluar . dia jadi tersumbat dan membengkak. Sekali je la fa kena bengkak susu yang teruk. Lepas tu bila dah rajin membaca ilmu penyusuan, dah tahu susukan airis dengan lekapan yang betul. pam pun dah kerap, kurang la bengkak susu tapi susu semakin rajin nak keluar. Suka si airis minum! Mamy lagi senang hati.

Airis 5 bulan - tengok lengan dia ketak-ketak :)
Airis 1 tahun
Banyak suka duka sepanjang proses penyusuan itu. Fa share kat sini nak bagitau ia bukan lah sesenang yang kita nampak. Ada orang mengeluh bila terpaksa bangun malam menyusukan anak. Terpaksa pam setiap kali dekat opis. Tapi jika kita hayati perjalanan penyusuan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang. Bila tengok anak menyusu dalam dakapan kita.. hilang segala penat lelah stress emosi semua tu kan? Penyusuan bukan semata ilmu yang boleh dapat melalui pembacaan je. Penyusuan perlu ade mentor. perlu ada guru. .Jika anda seorang yang nak susukan anak anda tapi tak sure mampu ke tak.. rajin-rajin cari kelas-kelas penyusuan then start your Niat dari awal. Takpun tanya pada kawan-kawan rapat yang dah berjaya sempurnakan penyusuan ini.

Set Penyusuan Shaklee betul-betul membantu & jadi best friend fa sepanjang proses penyusuan. Seronok sangat tau bila makin lama susu makin banyak. Airis yang lahir 2.9kg je sebulan berat naik dan naik. Syukur sangat! Maknanya susu fa sentiasa cukup dan mencukupi untuk dia. InsyaAllah anak ke-2 nanti ilmu dah makin banyak didada. Boleh aplikasikan..hehehhe 

Jangan lah banyak alasan.. jangan banyak komplen itu ini. Buat kerana Allah. InsyAllah Allah permudahkan segalanya. Aamin 


Airis belum ade tanda-tanda nak wean off lagi ... Biarlah dia puas menyusu dulu kan. Sampai masa insyaAllah dia sendiri yang lepaskan :)

Sharing is Caring 

Sunday, August 21, 2016

Sukar tidur? Jangan biarkan ia berlarutan!


Dulu masa zaman muda remaja memang fa ni kaki tidur. Haa.. ye lah weedays sibuk belajar. Weekend la masa membalas dendam time-time tak tidur tu. Duduk pulak dengan mak. Bangun-bangun breakfast dah ready.. makan, naik atas baca novel - lelap. Nikmatnya kan zaman anak dara dulu. Hahhaha

Bila dah kahwin. Sama juga. sebab suami kerja 24/7 ape je nak buat suami tak ada. Anak pulak masa tu pun belum ada. Jadi tengok movie - lelap.

Masa mengandung lagi la.. memang tidur je kerja fa. :D

Bila dah ada anak.. start airis lahir fa memang dah start bercengkang mata. Setiap malam airis melalak. Siang pun dia bukan tidur sangat. Kalau dapat tidur tu memang nikmat. Selalunya nikmat tidur tu dah tak sama macam zaman anak dara & zaman takde anak. Kalau dapat melunjur kaki tu Alhamdullilah.

Sekarang boleh dikatakan fa kurang tidur.  Selalunya fa akan lelap sekejap masa airis tidur petang. Tapi tu pun sekejap je la sebab nak masak makan malam pulak.

Lately ni penyakit kurang tidur fa menjadi-jadi. Kalau ade sesuatu yang mengganggu fikiran memang fa akan susah nak tidur. Ade je dalam kepala ni nak buat itu ini.. fikir itu ini. Tidur fa cepat terganggu dengan macam-macam hal. Kadang dengkuran suami yang kuat pun punca susah nak tidur. (padahal dah 6 tahun hidup dengan dengkuran tu kan~heh). Terkebil-kebil mata tak boleh lelap. Bila kurang tidur badan extra letih . Bila badan letih jadilah stress. Bila stress semua lah tak kena.. tak menjadi kan? 

Kenapa kita sukar tidur ?
Kesukaran untuk tidur @ Insomnia sebenarnya berpunca dari pelbagai perkara. Orang yang sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lemah yang berpunca dari kecelaruan fungsi otak. Stress, minum minuman berkaffein atau beralkohol yang kerap, terlalu banyak tidur/terlalu letih dan banyak lagi punca kenapa kita sukar sangat nak tidur. 

Pernah tak tengok cerita omputih kat tv ke mana-mana lah. Setiap malam dorang mesti minum segelas susu suam sebelum tidur. Haa.. kenapa eh? Sebab dengan minum susu suam membantu kita lebih relax dan badan kita lebih tenang. Kandungan kalsium yang terdapat dalam susu membantu membantu otak menggunakan asid amino trypthopan untuk menghasilkan "melatonin" (hormon yang dihasilkan oleh badan manusia) untuk mendorong kita tidur. 

Jika anda memang seorang yang sukar tidur bermakna kandungan kalsium & magnesium dalam badan kita rendah. Kekurangan magnesium mengakibatkan kita kerap terjaga pada waktu malam. Jadi Kalsium & magnesium sangat diperlukan untuk anda dapat tidur yang lena sepanjang malam.

Pengedar Shaklee Sri Petaling dan Bukit Jalil

Tidur lebih lena dengan Supplement Shaklee

Ostematrix
Mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena & berkualiti. Ramai telah menggunakan ostematrix yang mendapat tidur yang lebih lena.

 B-Complex
Dapat mengurangkan tekanan dan membantu seseorang untuk lebih tenang. Gabungan B3, B6 dan inositol ialah pendorong tidur yang sangat berkesan.
Supleman lain yang boleh memabantu imsonia ialah lecithin, vitamin E dan zink.

Pengedar Shaklee Sri Petaling dan Bukit jalil



Antara kebaikan OsteMatrix & Bcomplex Shaklee untuk masalah sukar tidur :
- Bantu tidur lena sepanjang malam.
- Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
- Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
- Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil .
- Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Jadi anda yang ada masalah susah nak tidur tu jangan biarkan ianya berlarutan. Dapatkan sekarang Ostematrix & Bcomplex shaklee supaya anda tidur lebih lena & bangun segar keesokkan harinya :)

Psst: Moh leh tidur. Jangan lupa telan Ostematrix & Bcomplex ye!




Saturday, August 20, 2016

"Book Giveaway by Abam Kie and Friends"

Sebelum tidur ni moh ler kite join Giveaway +Abam Kie . Kira ni kali kedua fa join GA dia . Abam kasi chan la kite menang kali ni heeeeeeeeeeeeeeeeeee... (LOA-menang GA abam kie-submit)


Jika nak join, sila klik banner di atas.

Follow je syarat-syaratnya. Mudah :)

Good Luck semua . Muahh ciked 



Susu Ibu - Cara mudah lindung anak anda dari penyakit

Susu Ibu sahaja cara mudah lindung anak anda dari penyakit 

Suka tau tengok iklan - iklan penyusuan susu ibu dekat TV lately ni. Ini bermakna penyusuan susu ibu dah menjadi pilihan kebanyakkan ibu-ibu zaman sekarang. Penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk kita sebagai ibu melindungi bayi kita dari pelbagai penyakit, Alergi, cirit-birit, muntah-muntah. Penyusuan susu ibu seeloknya diteruskan sehingga 6 bulan tetapi sebaiknya diteruskan selama 2 tahun.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)

Kalau sebelum ni kita selalu je nampak iklan susu formula dekat TV. Mana ada iklan penyusuan susu ibu kan? Oklah setakat ni fa tengok ada dua iklan penyusuan dekat TV. Tak tahulah kalau ada banyak lagi sebab fa jarang tengok TV lebih kerap duduk depan laptop . Cuba bayangkan, kita yang semangat ni nak menyusu anak kita konon sampai 2 tahun. Awal-awal susu kita tak keluar, pam-pam pun gitu jek. Dah frust kat situ. Ilmu pon bukan banyak sebab 1st timer. Mak mentua kita atau mak kita bebel-bebel suruh formulakan saje. Kita pulak stress. Tak keruan je hati. Tup-tup iklan susu formula keluar kat TV..... iklan tu pulak tunjuk baby yang comel, minum formula sampai besar bijak sangat! Happy-happy je membesar dengan susu formula. Then kita yang stress sakit telinga kiri kanan ni terus pergi beli formula........ semangat tak kuat kan?

Cuba kalau banyak iklan susu ibu. Mungkin semangat kita banyak la sikit nak tepis-tepis stress kiri kanan tu kan? Percayalah susu ibu itu khasiatnya tak ternilai . Nutrisi yang ada dalam susu ibu itu memang tak dapat nak ditandingi oleh susu formula. Kenapa nak susah payah beli formula yang mahal-mahal tu sedangkan kita mampu beri susu kita. Percuma lagi kan? 

Bukan semua mampu nak menyusukan bayi kita. Tapi selagi boleh tu, selagi mampu berikalah yang terbaik untuk anak kita tu ye. InsyAllah benda yang awalnya susah, pengakhiranya mesti sesuatu yang takterbayang nikmatnya. Tanyalah ibu-ibu yang berjaya melaksanakan penyusuan sehingga 2 tahun tu macam mana sukarnya nak lalui proses-proses penyusuan tu. Bukan semuanya indah tau tak? heheheh Mental & emosi kena kuat!

Position semasa menyusu - Anda lebih selesa yang mana?
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Kepada Ibu
✔Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan anda dari mengandung
✔ Ia membantu anda melangsingkan badan
✔ Membantu rahim & peranakkan anda kembali ke saiz asal dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
✔Mengurangkan risiko barah buah dada & Ovari
✔Penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa & dimana sahaja

Kepada Bayi
✔Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandunganya berubah mengikut keperluan bayi yang semakin membesar
✔Susu ibu khasnya kolestrum mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru-paru.
✔Susu ibu mencegah dari penyakit lelah & sakit perut bayi
✔Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi
✔Susu ibu mengurangkan pencemran yang mungkin berlaku dalan kaedah penyusuan lain
✔Susu ibu diperoleh dengan mudah,bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya
✔Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.

Khasiat susu ibu
♥ Nutrien yang paling lengkap dan optimun untuk tumbesaran bayi
♥ Mengurangkan risiko sembelit, kolik dan gangguan perut yang lain kerana susu ibu lebih mudah terhadam daripada susu formula.
♥ Sistem imun bayi lebih kuat dan dilindungi dari jangkitan alergi, asma, kencing manis, obesiti dan penyakin-penyakit lain.
♥ Kurangkan alahan pada bayi - tiada bayi yang alah pada susu ibu.
♥ Bayi lebih cerdik kerana susu ibumeningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf
♥ Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan..
♥ Mengeratkan hubungan ibu dan anak
♥ Penyusuan ibu memainkan peranan penting bagi pembangunan emosi dan rohani bayi
♥ Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
♥ Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

Anda sedang mencari & perlukan milkbooster? Boleh KLIK  pada gamba untuk ke link  SET PENYUSUAN SHAKLEE  




Pssst... Baby dah menyusu ke tu? :)





Nak Beli Shaklee whatsapp / SMS 012 384 1916

Jangan la camni pleaseee... order-order skali cancel. Kesian kat kita wak.. Bukan senang nak ada sales tau. Semangat kita layan semua soalan awak yang berjela tu sekali awak beli ngan orang lain...sobs~ 

Pagi-pagi emo pulak kan? hahahha tapi kalau lah boleh cakap kat orang tu depan-depan gitulah yang fa nak cakap. Banyak lagi nak tambah tapi takpe lah.. less less less. Fa percaya tau pada rezeki Allah. Kalau orang tu whatsapp kita, cerita tentang masalah dia.. itu ini kita jawab dengan ikhlas. Sebab niat nak berniaga Shaklee ni nak bantu ramai orang dapatkan tahap kesihatan yang lebih baik InsyaAllah tapi last-last tak respon bila kita tanya still berminat nak beli ke tak. Selang beberapa hari dia cakap dah beli...... takpe..maknanya dia bukan rezeki kita.. mungkin akan bawa lebih kemudaratan dari kebaikan kan? siapa tahu..semua kerja Allah.



Tapi ada jugak yang serius buyer yang PM dekat FB atau DM kat ig tapi sebab fa terlepas pandang, segala PM dan DM anda berlalu gitu saja. Jika anda betul-betul serious buyer, anda boleh terus whatsapp fa kat 012.384.1916 untuk fast respond.

Serious buyer mesti nak fast respond kan? Nak barang cepat dapat kan? jadi jangan buang masa tau ambil hp & whatsapp fa dekat no keramat 012-384 1916 ni

Ok hari ni fa sedikit bizi sebab sabtukan.. banyak aktiviti luar :) Jadi fa hanya aktif dekat whatsapp je la. FB pun update gitu-gitu. heheheh Happy weekend gorgeous!


eh..satttt jangan lupa promosi bulan ni tau!

OSTEMATRIX 

Beli 2 dapat 5% off
Beli 6 dapat 1 Free



Friday, August 19, 2016

Darah Haid Tak Lancar? Minumlah Vivix Shaklee

Semenjak dah boleh minum Vivix ni kan fa mengaku lain-lain vitamin tu fa macam kurang ambil. Kecuali Vitamin C, Omega & Ostematrix selain ESP yang fa untuk Meal Replacement fa setiap pagi & malam. Yelah sesudu Vivix ni dah menyokong kesihatan menyeluruh sebab Vivix ni khasiat dia 1001 macam. Seronok tau konsisten Vivix ni. Kulit rasa halus je heheh

Fa dapat 1 SMS ni dari seorang customer ni yang nak cari 1 supplement untuk masalah haid beliau yang tak datang hampir 6 bulan. Dah berkahwin hampir 3 tahun, pernah keguguran sekali tetapi sehingga sekarang masih belum dikurniakan zuriat. Borak punya borak rupanya dia memang ada masalah period tak regular. Kadang tu sebulan dua tak datang & yang ni rekod la sampai 6 bulan. Tapi chek UPT Negatif. Jadi beliau risau ada masalah dalaman yang lain. Disebabkan dah 6 bulan tak datang period, fa paksa juga customer ni pergi buat check-up . Bukannya apa, supplement ni bukanlah jaminan untuk dia akan datang period setelah 6 bulan tak datang. Mungkin dapat bantu tapi dia perlu juga dapatkan nasihat dari doktor. Sekiranya beliau memang ada masalah dalaman macam cyst, fibroid ... Vivix adalah salah satu alternatif untuk bantu kecutkan cyst, fibroid atau sel-sel yang tak sihat tu. InsyaAllah. Semua dengan izin Allah.

Betul! Vivix ni kira dia bersihkan sistem-sistem dalaman wanita. Ini tak dinafikan ada yang dalam pantang, minum vivix keluar semua darah nifas dia jadi akan rasa lega je sebab bahagian rahim kita ni rasa sihat. Macam fa, bila datang bulan memang fa akan on minum Vivix ni. Memang kalau anda jenis period yang selalu tak on time, kadang lambat kadang cepat anda akan dapati period yang keluar tu banyak, pekat & sedikit berketul. Jangan panik tau sebab itu tandanya darah lama yang tersumbat tu dah diflush away oleh Vivix. Hebat tak hebat Vivix ni?

Pengedar Shaklee Sri Petaling

 TESTIMONI

"Hari tu saya memang tak period-period, perut selalu sakit macam nak period sampai berbulan-bulan. Tapi lepas minum Vivix, Period jadi teratur"

Bagaimana Vivix membantu masalah lewat period?

Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage" yang penyebab kepada punca sel-sel dalam tubuh badan menjadi rosak.Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Vivix juga membantu meningkatkan tahap tenaga, meningkatkan keupayaan sexual, melindungi daripada masalah prostat (lelaki) dan melindungi daripada kanser/barah pada sistem reproduktif (wanita)

Kenapa Vivix Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia?
Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan

❤ melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!
❤ mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan
❤ menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
❤ ramuan Vivix sendiri adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)

Jika anda kengkangan budget, anda boleh dapatkan juga Set Period Shaklee - GLA & ALFALFA yang juga membantu menstabilkan hormon & melancarkan kitaran haid
*Alfalfa tidak sesuai untuk mereka yang ada cyst,fibroid,SLE -dapatkan nasihat pakar-



Lempeng Nasi Cicah Asam Pedas

Rupanya banyak betul draft entri dalam ni. Ni mesti kes konon nak update guna Aplikasi Bloggeroid tapi sudahnya masuk draft sebab takde idea nak taip ape dah. Yes lately ni idea nak update tu kurang nak datang. Macam takde mood disitu. Lagi suka nak melayan si Airis yang banyak sangat ragam dia.

Masa belek-belek draft ternampak draft ni. Sebenarnya entri resepi ni nak share masa kejadian buat lempeng nasi ni tapi entah bizi apehal sampai masuk draft. Lempeng nasi ni fa buat untuk breakfast masa hari kejadian tapi ni fa share untuk minum petang manalah tau ade yang tak tahu nak masak ape untuk minum petang hari ni kan? Eh tapi boleh juga buat esok untuk breakfast :)



Nasi berlebih? mesti taktau nak buat ape.. asik-asik nasi goreng. Dekat rumah ni memang selalu sangat nasi goreng. Kalau takpun buat lempeng. Lempeng nasi ni 1st time fa buat . Resepi ni biras fa yang share. Cicah pulak dengan asam pedas ikan pari asyikkk gila makan. 

RESEPI LEMPENG NASI 
2 cawan nasi
1 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 kiub ikan bilis
sikit garam

Cara-caranya:
- Blend nasi dengan 2 cawan air sampai halus
- Tuang dalam bekas yang ada tepung gandum. Campurkan kiub & garam & 1 cawan air lagi - gaul sebati (kalau cair sangat boleh tambah tepung)
- Panaskan non-stick pan, letak sikit minyak masak 
- Tuang sesenduk bancuhan lempeng atas non-stick pan biarkan seketika sampai nampak garing then terbalikkan.
- Bila dua-dua belah garing boleh angkat & hidang

Senang kan.. alahh macam masak lempeng biasa tu je. Lempeng ni cicah sambal ke..kari ke sardin ke pon sedap. Macam kes fa ni.. fa cicah asam pedas ikan pari :)

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Ikan pari
bawang besar,bawang putih lengkuas,kunyit - blend halus
cili boh
daun kesum
asam jawa
air
garam gula secukup rasa

Cara-caranya:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis cili boh & bahan blender sampai garing. (fa suka betul-betul garing) 
- Masukan air asam jawa & air (banyak mana kita nak kuah tu) - Biarkan didih
- Dah didih masukan daun kesum - masak sampai kuah agak pekat masukan ikan pari (ikan pari basuh bersih lumur dengan asam jawa perap sekejap biar hilang bau hanyir)
- Perasakan dengan garam gula / kiub ikan bilis
- Boleh campakkan bendi jika suka :)

Makan ni memang bukan sekeping tau. Berkeping-keping sekali makan. Sedap! Jadi lepas makan jangan lupa telan LECITHIN & ALFALFA ye kasi detox sistem-sistem dalam badan :)

Cuba jangan tak cuba

Sharing is caring

Ostematrix & Omega Guard untuk Sakit Lutut & Sendi


Makin umur meningkat segala joint-joint tubuh ni start sakit. Fa pun dah start sakit lutut. Kadang tu nak solat memang lenguh je rasa. Sesetengah berpendapat bila berat badan kita semakin naik, bahagian kaki tak dapat nak tampung berat badan tu . Betul jugak kan? hahahha Jadi memang Ostematrix tu wajib fa ambil setiap malam kalau tak bangun esok nya mesti lenguh-lenguh badan. Lagipun fa masih menyusukan airis, jadi kalsium intake tu kena lebih dari yang biasa-biasa. Omega as usual antara fav supplement yang fa tak akan miss. Selain dari dapat bantu turunkan berat badan, omega ni juga bantu masalah Asma fa. 

Lately ni ramai pulak yang pm nak beli Advance Joint Health untuk masalah sakit lutut. Semakin ramai pulak yang sakit lutut kan.. tapi harap maklum AJHT dah lama takde stok dekat Shaklee 1 Malaysia. Tapi bukan bermakna takde supplement untuk sakit sendi anda tu.. Ada solution lain dan insyaAllah solution ni mmg dapat membantu juga dalam kurangkan masalah sakit sendi anda.

Sebagai gantian, fa akan suggest OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD. Kenapa dua ni? Dua ni sangat berkait rapat dan saling membantu dalam masalah sakit sendi lutut.

Ostematrix ialah kalsium yang bukan sekadar kalsium tetapi ia dilengkapi dengan Vitamin D & Magnesium yang membantu kalsium diserap dengan lebih baik. Manakala Omega Guard pula adalah sebagai pelincir untuk melancarkan pergerakan sendi tulang.

Anda ada masalah sakit lutut sampai sukar nak solat? atau ada masalah lenguh-lenguh badan, sakit kaki , bengkak sendi (Arthritis) atau lagi worst segala otot-otot anda terasa nyeri atau sakit sampai ganggu aktiviti harian anda? Jadi Ostematrix & Omega Guard lah jawapanya :)

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee Bukit Jalil, Pengedar Shaklee Sungai Besi

Ostematrix : Mengekalkan sel tulang yang sihat.
Pembekal kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen. Ia juga mengandungi Magnesium yang diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.
Jika anda mengalami masalah sakit-sakit sendi terutamnya pada waktu malam atau cuaca sejuk, anda mungkin kekurangan Vitamin D. Kekurangan Vitamin ini mungkin menyebabkan sakit-sakit otot, 
leher, pinggang, sakit bahagian belakang dan seluruh badan amnya.

> Sumber kalsium di mana penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament
> Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.
> Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

Omega Guard: Omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan.
Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi, maka ia kurangkan sakit pada sendi. Omega 3 juga boleh jadi pelincir, maka kita boleh bergerak dengan lebih aktif.

> Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi
> Bertindak sebagai pelincir pada sendi.


Jadi jika anda atau ibu ayah yang ada masalah sukar untuk solat akibat sakit lutut atau sering lenguh-lenguh badan & otot, bolehlah amalkan Omega Guard & Ostematrix ni InsyaAllah mana tahu dapat kurangkan kesakitan sekaligus mampu menyembuhkan dari semakin mudarat kan?

Cara makan? Nak tips esklusif kenalah beli dengan fa dan fa akan share cara makan & tips yang berkesan khas untuk anda :)

Sebelum tu fa share sikit testimoni customer fa yang ambil SET SENDI - Omega & Ostematrix ni .

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee Bukit Jalil, Pengedar Shaklee Sungai Besi


======================================================
PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916
Like us on Facebook : Finurz Creations
Follow us on Instagram : @finurz_creations


Thursday, August 18, 2016

Sharing is Caring : Minumlah wahai anak..rezeki susu untuk kamu masih ada. Alhamdullilah

Segala Puji Bagi Allah

Alhamdullilah, dapat juga fa pergi jenguk sahabat lama yang baru bersalin. Actually dia dah habis pantang dah baru berkesempatan nak pergi tengok. Padahal rumah dekat je jalan kaki je pun. 

Bila pegang si baby F ni Allah je tau betapa rindunya masa airis lahir. Bau syurga wangi memang menyenangkan jiwa. Kawan fa mengadu anak dia suka menangis macam tak puas menyusu. Tapi tengok pada kegebuan baby F ni tak mungkin dia kurang susu. "InsyaAllah susu kau cukup weh..maybe cara lekapan dia tak betul itulah asik nak mengamuk je sebab dia frust..." 

Bila tengok baby F rasa rindu nak menyusu si kecil. Tapi Allah belum izinkan lagi fa nak pregnant anak no 2. Rasa geram je tengok si baby F tak reti nak menyusu lepas tu melalak frust. Bila kawan fa ni bercerita tentang baby F.. Allah memang rindu sangat tau.. Bila tengok Airis yang semakin membesar dengan sihat ni rasa syukur sangat. Fa dah beri dia yang terbaik. SUSU IBU. Susu Ibu ... bukan semua mampu laksanakan sampai 2 tahun. Alhamdullilah dengan izin Allah fa berjaya sempurnakan penyusuan sehinggan Airis lebih 2 tahun

=============================================================


"Minumlah wahai anak..rezeki susu untuk kamu masih ada. Alhamdullilah "

Sambil mamy tulis blog ni, Airis tengah menyusu. Sampai terlelap-lelap mata Airis asyik menyusu. Memang sakit pinggang mamy, lenguh. Sebab badan terpaksa berpusing sikit nak menaip entri ni. Handphone pulak buat hal.. nasib badan lah kan...

Teringat masa zaman airis lahir dulu. Airis memang tak pandai menyusu. Tercari-cari punting susu. Tak dapat lekapan yang baik, menangis. Mamy pon lagi la 1st timer ape pon tak reti. Nak mintak siapa pulak yang tolong kan? Berpantang dekat kampung pulak. Jadi dengan membaca tengok youtube semualah sebab nak pastikan Airis menyusu dengan betul. Supaya semua susu masuk perut Airis. Supaya Airis kenyang & cukup susu.. Mamy pastikan mulut airis masa tu kena macam mulut ikan. Kalau lekapan atau hisapan tak betul, susu tak akan keluar dengan betul. Berbulan jugalah mamy nak belajar benda ni. Bila mulut airis tak sama macam "mulut ikan" mamy keluarkan balik, pastikan mulut Airis macam mulut ikan.. hahah kalau tringat memang nak menangis ada.. nak gelak pon ada.. Sekarang dialah paling pandai. Macam-macam style dia boleh buat kalau menyusu tu... alhamdullilah.

 Memang stress ada masa-masa tu.. Mamy tak marah airis, sebab mamy pon masih belajar masa tu. Kita sama-sama belajar. Mamy selalu bisik dekat airis. "Kita sama-sama belajar...kuat semangat ye sayang..jangan gave-up" Airis macam faham, dia tak mengamuk dah tapi ikutkan je apa yang mamy buat. :)

Siapa kata menyusu badan tu senang? Menyusu badan ni perlukan kekuatan mental & emosi. Mental nya bila terpaksa berjaga malam, bila orang semua tidur lena. Airis selalu berjaga malam. Setiap malam menangis tak senang duduk mamy dibuatnya. Sampai kena tidur duduk. Uwan cakap tak cukup susu tu..esok beli susu tepung, kasi topup. Tapi mamy ignore je, kekuatan kena ada. Hati kena kental. Bukan senang nak senang kan sayang?  Babah tak ada.. babah sibuk jadi semua kita berdua je yang hadap. Susah senang kita berdua. 

Masa airis kena tahan wad sebab jaundice, jaundice airis tak turun-turun.. sampai ada yang suruh stopkan penyusuan, beri Airis FM ...  tapi mamy kuatkan semangat. Mamy susukan airis kerap-kerap. Tak henti doa. Alhamdullilah turun jugak bacaan jaundice Airis masa tu. Boleh balik rumah tidur lena :)

Mamy pernah alami susu merundum. Masa tu Allah je la tau susah nya hati ni risau susu yang mamy bekalkan untuk airis tak cukup. Mamy pulak kena pergi training dari pagi sampai malam. Masa dekat training pon pam je kerja mamy. Tapi sebab datang bulan susu mamy sikit sangat. Air mata je peneman masa tu. Sebak sangat.  Alhamdullilah susu yang mamy tinggalkan memang cukup. Mamy je over risau :)

Hari ni umur airis dah 2 tahun 8 bulan. Airis masih lagi menyusu badan cuma tak sekerap dulu. Alhamdullilah mamy dapat lihat airis jarang sangat demam & sakit. Mamy perhati yang Airis cepat belajar sesuatu perkara maknanya sel-sel otak airis berhubung dengan baik. Maknanya segala nutrisi yang mamy bekalkan melalui penyusuan ni diserap baik oleh airis. 

Susu mamy masih ada.. alhamdullilah. Airis sendiri cakap yang susu mamy sedap dari susu "cow" kan? hahaha Susu mamy tak banyak macam orang lain.. mamy tak buat stock penuh satu freezer macam orang lain. Tapi mamy mampu susukan Airis sampai sekarang. Janji mamy nak susu kan airis sampai 2 tahun tapi Allah beri rezeki sampai sekarang. Allahuakbar Syukur sangat-sangat.

Uwan Airis yang dulu takut sangat cucu dia tak cukup susu dah mula support mamy. Siap cakap kenapa nak wean off . Biarlah Airis minum sepuasnya sebab susu mamy lah yang terbaik untuk airis..

 Minumlah nak.. minum sepuas-puasnya rezeki Airis sentiasa ada.. semua dengan izin Allah - Alhamdullilah 

===================================================

Kalau nak di ceritakan, macam-macam dugaan yang fa hadap sepanjang penyusuan ini, tapi allah yang pinjamkan segala kekuatan, kesabaran dan rezeki sehingga sekarang. Sedih bila ramai orang yang mempertikaikan tentang penyusuan susu ibu ni, ada yang memperlekehkan soal susu ibu .

Kenapa nak menolak fitrah penyusuan itu? Semua wanita dilahirkan untuk menyusukan anaknya. Cuma cara kita je yang menidakkannya. Sekarang macam-macam cara yang kita boleh buat untuk teruskan penyusuan sesibuk mana pon kita masih mampu nak pam untuk bekalan si anak. 

Fa bukan dari keluarga yang fully breastfeed. Dari kecil fa dah dibiasakan untuk bancuh susu adik bongsu fa. Dari kecil fa dah di kenalkan dengan pelbagai jenama susu tepung. Bila Allah beri peluang untuk fa susukan Airis baru fa rasa nikmat semua tu. Keakraban fa & airis. 

Fa hampir gave-up. Serius fa hampir gave-up bila sampai masa fa nak kembali bekerja, stok susu tak cukup nak tampung . Sebab itu fa perlukan bantuan. Alhamdullilah Shaklee merupakan bantuan yang Allah turunkan untuk fa tatkala fa buntu & risau akan ketiadaan susu untuk Airis.

"Set Penyusuan Shaklee" sangat-sangat membantu. Umpama teman baik fa sepanjang proses penyusuan ni. Bukan nak cakap tak makan supplement susu tak keluar. Fa juga buat konsep-konsep asas penyusuan yang fa cuba terapkan dalam diri. Supplement hanyalah bantuan untuk badan ini mendapat 100% bekalan nutrisi yang cukup supaya susu mudah dihasilkan .

Jadi mommies start dari sekarang kuatkan semangat. Pasang niat untuk sempurnakan penyusuan susu ibu sehingga anak anda 2 tahun. Semoga Allah mudahkan segala urusan ini. Aaminn.

Sharing is Caring





Tuesday, August 2, 2016

PROMOSI OGOS : OSTEMATRIX @ Kalsium Shaklee

Bismillahirahmanirahim

Sepeti yang dijanjikan, fa update promosi bulan Ogos 2016.

OSTEMATRIX SHAKLEE 



Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium!
1 biji Ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

1.000 mg Kalsium - Daripada sumber yang mempunyai tahap kepekatan tinggi dan mudah diserap
400mg Magnesium - Membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
Boron - Bantu dalam metabolisma tulang
Manganese, kopper dan zinc - Menguatkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Manfaat Utama Ostematrix Shaklee:
● Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa) kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

● Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan , sakit sendi dan artritis.

● Meringankan Stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, Impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk & stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala & pitam.

● Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

● Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin dan ianya berkesan memanstikan imbangkan PH tubuh, Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

● Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik

=======================================

PROMOSI OSTEMATRIX BULAN OGOS 2016!

Beli 2 diskaun 5%
Beli 6 PERCUMA 1


================================

PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916
Like us on Facebook : Finurz Creations
Follow us on Instagram : @finurz_creations






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...