Nuffnang

Tuesday, October 28, 2014

Review : Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK-OKT 2014)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

SAYA KAYA DAN BERJAYA!
I AM A MONEY MAGNET!

Alhamdullilah selesai sudah seminar IMKK sesi Oktober 2014 di MIECC Mines. Fa macam tak caya je fa dapat join sesi kali ni. 1st time pergi pulak tu. Overall memang BEST!! Siapa yang pernah pergi mesti nak pergi lagi kan? Fa ni yang 1st time pergi memang terasa nak join sesi akan datang mungkin seminar yang lain pulak insyaallah.

Date : 23-26hb Oktober 2014
Vanue : MIECC Mines
Time : 8.30 am - 11.45 pm

Review:
Pendaftaran start pukul 8.30 sampai 1pm dan seminar start pukul 2. Fa dan kawan fa hanya daftar seminat seat GENERAL. Murah sikit lah dari seat VIP atau Super Supreme. Lepas daftar terus meluru ke depan pintu dewan tunggu pintu tu bukak. Siapa yang dah pernah pergi, mungkin dah faham sangat lah kan. Siapa yang tak pernah pergi, view ni memang korang tak pernah percaya.
Nak masuk dewan tu berebut macam rusuhan ok! Nampak tak semangat mereka ni lain macam sikit sebab nak duduk tempat paling depan.
Siapa yang pregnant. OKU atau warga tua sila ke depan dan inform crew supaya korang boleh masuk dulu tak payah berebut.

Kalau korang tak sanggup nak berebut-rebut boleh daftar seat VIP atau Super Supreme. hihihi

Linda (http://www.lindosh.com/) time daftar

Pandangan luar biasa yang dah jadi biasa bila korang hadir seminar untuk 4 hari. 
Dalam dewan tu dilarang sama sekali untuk bergambar. Rekod-rekod video pon tak boleh ye. Kalau nak kena halau silalah buat. Biasa setiap hari sebelum DAO (Dr.Azizan Osman) masuk mulakan seminar, ada sesi menari-nari gitu. Siapa yang terasa segan nak menari-nari tu terus jadi tak segan sebab orang sekeliling pon sama panjat kerusi menari-nari. DAO kata kalau kita berani buat lain dari yang lain, maknanya kita juga akan buat yang sama untuk bisness kita.

Untuk ibu-ibu yang menyusu tu, jangan risau ada bilik breastfeeding disediakan. Kalau dekat tempat lain, korang boleh minta tolong crew carikan. Tapi masa dekat MIECC ni Breastfeeding room ada kat level atas tempat orang-orang Super Supreme makan dan solat. Ada plug sekali. Jadi korang boleh lah bawak siap-siap pam korang serta ice pack yang banyak sebab seminar ni paling cepat habis pun 11.30 pm. Paling lambat habis 11.45 nak ke 12 mlm. Tapi kalau korang tinggal nearby boleh je suruh suami anta anak waktu rest hour. Rest hour ada 2 kali. Pukul 12.30t/h sampai pukul 2pm dan pukul 6pm-8pm.

Geng-geng Breastfeeding Mom yang kenal dan jumpa masa IMKK 

Dekat seminar ni pon ade dewan besar yang dikhaskan untuk solat berjemaah. Jadi korang tak perlu risau nak cari tempat solat kalau surau penuh. Tapi pada pemerhatian fa, ada je orang solat dekat depan pintu dewan mana-mana yang boleh solat. Tempat jual makanan pon ada je. Jadi semua tu jangan risau. semua under 1 roof!

So far, seminar ni memang awsome. DAO berjaya buat fa bangkit dengan semangat yang baru. Sepanjang-panjang seminar hujan lebat. Sepanjang-panjang seminar DAO dan kami semua berdoa agar semua hajat dan impian kami terlaksana. Tahukan waktu-waktu doa dimakbulkan ialah waktu hujan lebat? :)

Siapa yang tak pernah pergi seminar IMKK atau mana-mana seminar DAO ni, korang patut pergi. IMKK ni actually more to kerohanian. Ada macam-macam lagi seminar anjuran Richworks ni yang korang boleh join.

Fa taknak cerita banyak kat sini. Korang pergi daftar dan rasai sendiri aura-aura positif dan keseronokan berjumpa ramai orang-orang yang berjaya dan yang semangat ingin berjaya dalam seminar ni. Semua share satu impian iaitu KAYA dan BERJAYA!

Tips murah rezeki :
Dhuha
Tahajud
Selawat
Istigfar
Belajar Bersyukur
Niat Berbuat baik untuk orang ramai.
Bersangka Baik - Cuci kolam jiwa bersih-bersih
Submit Doa dengan ikhlas.
Konsisten dan berterusan!!


Hari last IMKK 
Tips nak berjaya :
Tumpukan pada matlamat.
Fokus dan submit doa dengan sempurna
Pedulikan mulut-mulut orang (biawak-biawak istilah DAO) yang dengki atau bercakap negatif
SWITCH!!

"Program IMKK ni benar-benar beri impak positif pada diri fa. Alhamdullilah fa berpeluang hadir dan rasai sendiri pengalaman di IMKK. Segala ELMU yang dipelajari insyaallah fa akan gunakan untuk jadi usahawan yang berjaya, positif dan yang lagi penting ada masa untuk keluarga dan masa untuk dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah." - farah nur zahirah-

- Sharing Is Caring -

Apa Itu Intensif Magnet Kekayaan & Kajayaan
http://azizanosman.com/intensif-magnet-kekayaan-kejayaan

Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan adalah Program Intensif 4 hari 3 malam bersama Dr Azizan Osman. Merupakan satu-satunya Program Intensif bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan oleh jutawan & usahawan pengasas 27 buah syarikat bernilai jutaan ringgit Richworks Group Of Companies iaitu Dr Azizan Osman.

Anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan & pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan di dalam hidup anda.Beliau adalah pembimbing, guru, serta mentor, jurulatih kejayaan yang berkongsi untuk lebih menjana kekayaan & kejayaan.

Dr Azizan akan mengubah pandangan anda tentang wang & cara pengurusan wang dengan betul juga efektif. Teknik pengurusan wang adalah isu yang patut dipelajari oleh setiap individu.

Anda juga akan diajar untuk mengenal pasti halangan yang menyebabkan anda hidup tertekan dengan masalah duit, hutang, tekanan hidup, tension, kobocoran wang, kena tipu & tidak bahagia. Hakikatnya ramai orang yang hidup dikelilingi oleh masalah demi masa tanpa mencari punca masalah itu berlaku.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...