Nuffnang

Saturday, August 20, 2016

Susu Ibu - Cara mudah lindung anak anda dari penyakit

Susu Ibu sahaja cara mudah lindung anak anda dari penyakit 

Suka tau tengok iklan - iklan penyusuan susu ibu dekat TV lately ni. Ini bermakna penyusuan susu ibu dah menjadi pilihan kebanyakkan ibu-ibu zaman sekarang. Penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk kita sebagai ibu melindungi bayi kita dari pelbagai penyakit, Alergi, cirit-birit, muntah-muntah. Penyusuan susu ibu seeloknya diteruskan sehingga 6 bulan tetapi sebaiknya diteruskan selama 2 tahun.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)

Kalau sebelum ni kita selalu je nampak iklan susu formula dekat TV. Mana ada iklan penyusuan susu ibu kan? Oklah setakat ni fa tengok ada dua iklan penyusuan dekat TV. Tak tahulah kalau ada banyak lagi sebab fa jarang tengok TV lebih kerap duduk depan laptop . Cuba bayangkan, kita yang semangat ni nak menyusu anak kita konon sampai 2 tahun. Awal-awal susu kita tak keluar, pam-pam pun gitu jek. Dah frust kat situ. Ilmu pon bukan banyak sebab 1st timer. Mak mentua kita atau mak kita bebel-bebel suruh formulakan saje. Kita pulak stress. Tak keruan je hati. Tup-tup iklan susu formula keluar kat TV..... iklan tu pulak tunjuk baby yang comel, minum formula sampai besar bijak sangat! Happy-happy je membesar dengan susu formula. Then kita yang stress sakit telinga kiri kanan ni terus pergi beli formula........ semangat tak kuat kan?

Cuba kalau banyak iklan susu ibu. Mungkin semangat kita banyak la sikit nak tepis-tepis stress kiri kanan tu kan? Percayalah susu ibu itu khasiatnya tak ternilai . Nutrisi yang ada dalam susu ibu itu memang tak dapat nak ditandingi oleh susu formula. Kenapa nak susah payah beli formula yang mahal-mahal tu sedangkan kita mampu beri susu kita. Percuma lagi kan? 

Bukan semua mampu nak menyusukan bayi kita. Tapi selagi boleh tu, selagi mampu berikalah yang terbaik untuk anak kita tu ye. InsyAllah benda yang awalnya susah, pengakhiranya mesti sesuatu yang takterbayang nikmatnya. Tanyalah ibu-ibu yang berjaya melaksanakan penyusuan sehingga 2 tahun tu macam mana sukarnya nak lalui proses-proses penyusuan tu. Bukan semuanya indah tau tak? heheheh Mental & emosi kena kuat!

Position semasa menyusu - Anda lebih selesa yang mana?
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu

Kepada Ibu
✔Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan anda dari mengandung
✔ Ia membantu anda melangsingkan badan
✔ Membantu rahim & peranakkan anda kembali ke saiz asal dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan
✔Mengurangkan risiko barah buah dada & Ovari
✔Penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa & dimana sahaja

Kepada Bayi
✔Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandunganya berubah mengikut keperluan bayi yang semakin membesar
✔Susu ibu khasnya kolestrum mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru-paru.
✔Susu ibu mencegah dari penyakit lelah & sakit perut bayi
✔Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi
✔Susu ibu mengurangkan pencemran yang mungkin berlaku dalan kaedah penyusuan lain
✔Susu ibu diperoleh dengan mudah,bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya
✔Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.

Khasiat susu ibu
♥ Nutrien yang paling lengkap dan optimun untuk tumbesaran bayi
♥ Mengurangkan risiko sembelit, kolik dan gangguan perut yang lain kerana susu ibu lebih mudah terhadam daripada susu formula.
♥ Sistem imun bayi lebih kuat dan dilindungi dari jangkitan alergi, asma, kencing manis, obesiti dan penyakin-penyakit lain.
♥ Kurangkan alahan pada bayi - tiada bayi yang alah pada susu ibu.
♥ Bayi lebih cerdik kerana susu ibumeningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf
♥ Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan..
♥ Mengeratkan hubungan ibu dan anak
♥ Penyusuan ibu memainkan peranan penting bagi pembangunan emosi dan rohani bayi
♥ Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
♥ Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

Anda sedang mencari & perlukan milkbooster? Boleh KLIK  pada gamba untuk ke link  SET PENYUSUAN SHAKLEE  




Pssst... Baby dah menyusu ke tu? :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...