Nuffnang

Wednesday, August 5, 2015

Kebaikan Penyusuan susu Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setiap kali sebelum tidur dan terjaga dari tidur, lihat airis yang lena tidur kat sebelah, segala penat lelah & tekanan hilang. Lihat airis yang membesar dengan sihat dan tumbesaran normal serta bijak, fa tak henti-henti panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T diatas semua nikmat yang diberi-NYA

Sambil-sambil update blog ni, fa godek-godek image file untuk dapatkan bahan untuk entri blog fa hari ini. Fa jumpa gamba-gamba lama sewaktu airis masih bayi. Gambar susu pertama yang fa pump dan gambar stok-stok susu fa sepanjang tempoh penyusuan Airis. Kalau nak dibandingkan dengan ibu-ibu lain, susu fa boleh dikatakan "sikit" stok susu yang fa kumpul pun bukan penuh satu freezer. Tapi Alhamdullilah cukup untuk kenyangkan perut airis dan supply airis sehingga sekarang.

Fa suka nak bercerita tentang topik penyusuan ibu dengan mereka yang niat nak fully breastfeed bayi mereka. Fa bukan lah otai pon, fa masih belajar dan terus belajar sebab penyusuan ni bukan untuk anak yang sulung tetapi fa akan teruskan untuk kesemua anak-anak fa. InsyaAllah, Jadi ilmu-ilmu yang fa dapat tu lah fa dapat kongsikan dengan ibu-ibu, kawan-kawan disekeliling fa.

Fa suka tengok baby-baby yang bulat-bulat dan gebu-gebu dekat shopping mall mesti fa tegur ibu dia. Lagi best bila mereka cakap "ya, saya fully breastfeed anak saya" memang tersenyum lebar fa dengar. Ibu yang bercerita pun rasa bangga je. Siapa yang tak bangga dapat fullybreastfeed kan baby kan? Sekarang rata-rata ibu menyusukan baby mereka. Penyusuan ibu juga semakin digalakkan dengan terdapat banyak bilik-bilik penyusuan disediakan di shopping-shopping mall bagi memudahkan ibu-ibu untuk menyusukan baby mereka.

Kalau anda faham konsep penyusuan susu ibu sebenarnya lebih simple dan mudah dari berikan bayi anda susu formula. Kenapa fa cakap macam tu? dan kenapa fa memilih untuk BF Airis?
  1. FREE of charge (Percuma) - Anda tak perlu nak pening kepala memilih susu formula yang sesuai untuk bayi anda. Susu formula mahal kan? 1 tin mungkin tahan hanya 1 minggu. Anda dah jimat disitu
  2. Penyusuan membantu pengecutan Uterus, mengurangkan risiko kanser payudara, pangkal rahim dan ovari. 
  3. Penyusuan membakar kalori dan sekaligus membantu fa mengurangkan berat badan.
  4. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Khasiat susu ibu
♥ Nutrien yang paling lengkap dan optimun untuk tumbesaran bayi
♥ Mengurangkan risiko sembelit, kolik dan gangguan perut yang lain kerana susu ibu lebih mudah terhadam daripada susu formula.
♥ Sistem imun bayi lebih kuat dan dilindungi dari jangkitan alergi, asma, kencing manis, obesiti dan penyakin-penyakit lain.
♥ Kurangkan alahan pada bayi - tiada bayi yang alah pada susu ibu.
♥ Bayi lebih cerdik kerana susu ibumeningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf
♥ Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan..
♥ Mengeratkan hubungan ibu dan anak
♥ Penyusuan ibu memainkan peranan penting bagi pembangunan emosi dan rohani bayi
♥ Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
♥ Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • Susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • Susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • Susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • Susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • Yakini diri anda, anda boleh menyusui bayi anda
Menyusukan Airis dimana sahaja dan bila-bila masa sahaja :)
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)

Pengambilan Set Penyusuan Shaklee sangat-sangat membantu fa untuk lebih bertenaga dan emosi lebih stabil untuk penghasilan susu yang berkualiti dan berkhasiat untuk Airis.

Anda boleh klik Link SINI untuk baca lebih lanjut tentang pentingnya pengambilan vitamin dan kebaikan setiap vitamin di dalam Y.E.S Pack shaklee.

Set Penyusuan Shaklee
membantu ketika fa kemerunduman susu semasa pertama kali datang bulan selepas melahirkan.

Set Penyusuan Shaklee membantu fa dapatkan hasil perahan yang banyak untuk stock simpanan Airis. Sepanjang bekerja fa tiada masalah untuk buat stock sebab susu akan keluar dengan lebih cepat dan banyak. ESP sangat BEST sebab buat susu pekat jadi Airis akan lebih kenyang.

Set Penyusuan Shaklee membantu fa dapat tenaga tambahan, emosi lebih stabil, Berat badan cepat turun dan kulit lebih cantik.

Set Penyusuan Shaklee + Konsep Asas Penyusuan + Air yang mencukupi akan hasilkan result yang lebih baik itu yang fa amalkan sehingga sekarang.

Anda boleh juga dapatkan Y.E.S Pack Penyusuan Shaklee
Terdiri daripada Vitalea, vitamin C, Kalsium, Alfalfa, Omega Guard dan ESP.
♥ - Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS)
♥ - Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan kalsium yangsecukupnya kepada ibu
♥ - Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
♥ - Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
♥ - Memberi kesan cepat berbanding set di atas kerana Alfafa dan Kalsium merupakan milk booster
♥ ESP dapat memberi tenaga kepada si ibu walaupun tak dapat tidur yang cukup. Esp juga milkbooster dan buat susu semakin pekat.
♥  Omega Guard membantu ibu untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak badan. Selain itu, kandungan omega 3 dan DHA untuk perkembangan minda anak.
Ibu yang menyusu yang mengambil 1000mg omega 3 sehari mendapati perkembngan otak bayi mereka lebih pantas.


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu



Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...