Nuffnang

Wednesday, December 14, 2016

FREE Postage untuk Orang-Orang Sri Petaling dan Sekitarnya!

Bulan 12 ni sampai awal bulan 2017 memang masa fa pack sangat. Banyak wedding, banyak kelas & kursus itu ini, banyak family gathering kerja fa ni ulang alik Melaka-KL sebab nak pos si Airis suruh mama jaga so boleh lah fa uruskan hal-hal fa dengan tenang.

Alhamdullilah dalam sibuk Allah tak pernah lupa hantarkan rezeki sales Shaklee & Young Living. Tapi fa frust jugak sebab dalam banyak-banyak nya customer dari Sri Petaling yang mintak untuk COD (Cash on Delivery) . Fa memang tak dapat nak janji untuk COD sebab kengkangan masa fa hanya boleh buat urusan pos sahaja at the moment huhuhu

Jangan risau takut kos pos mahal sebab pos laju pon sekarang dah mahal & tak masuk akal kalau nak difikirkan huhuhu... selalu untuk COD fa memang tak kenakan apa-apa cas pon untuk penghantaran, dan ISTEMEWA untuk anda yang tinggal di area Sri Petaling, yang nak COD tapi fa not available, fa akan kasi FREE POS  insyaAllah. Fa akan straight buat order dekat shaklee dan pihak shaklee akan straight hantar ke rumah anda menggunakan khidmat Gdex/skynet. Lagi bagus sebab semua stok Fresh dari HQ Shaklee dan lagi terjamin sebab pihak shaklee memang akan pastikan barang anda sampai dengan selamat tanpa sebarang kerosakkan. InsyaAllah

Untuk anda yang berada di luar kawasan Sri Petaling, kos pos serendah RM10 (fix) tak kira berapa banyak barang yang anda order. Untuk Vivix atau Set-set macam Set Hamil, Set Penyusuan, Set Berpantang  dan lain-lain fa akan kasi FREE POSTAGE 

Untuk Sabah Sarawak dan yang berada diluar kawasan, setakat ni cas yang fa ambik dalam RM10-RM15 tapi kalau Vivix atau set-set fa akan kasi FREE POSTAGE juga :)

Semoga Allah permudahkan segala urusan InsyaAllah 


PS: Collagen Powder Shaklee ON SALE tau sepanjang bulan ni. Jangan tunggu lama-lama untuk grab Collagen Powder Shaklee sebelum terlambat :)

Klik link --> http://finurzcreations.blogspot.my/2015/08/collagen-powder-shaklee-sememangnya.html baca lagi tentang Collagen Powder Shaklee

1 Kotak Normal Price
2 Kotak Off 5%
3 - 5 Kotak More discount
6 Kotak FREE 1




Thursday, December 8, 2016

Kos Cuci Gigi di Klinik Pergigian Kerajaan Alor Gajah Murah dan Puas Hati


Terbaca entry si Wawa Yusuf pasal rawatan pergigian dekat Klinik Gigi Kerajaan terus berkobar-kobar nak pergi jugak. Dari dulu memang nak sangat pergi buat Scalling gigi tapi bila tengok kos rawatan dekat klinik pergigian swasta sampai berpuluh-puluh ke ratusan ringgit .. terus cancel je niat. Dulu masa masih bekerja tak terfikir pon nak buat rawatan guna peruntukan dentist dari company bila dah tak bekerja baru menyesal.. haiss..

Teringat cerita si Rina my best friend yang buat rawatan scalling dekat klinik pergigian swasta, pendarahan gigi dia sampai 2-3 hari tak reda. Terus takut nak cuci gigi sebab plaque kat gigi ni dah tahap ketebalan ke berapa tah. Dah la gigi fa ni sensetif, ngilu dan jap-jap berdarah masa gosok gigi.

Percaya atau tak fa tak pernah pergi dentist. Alhamdullilah gigi tak pernah rosak atau berlubang. Bengkak gusi tu biasa tapi lepas telan Omega Guard dan Zinc Complex terus kurang bengkak gusi tu. Mungkin konsisten makan Vitamin C dan Ostematrix pon ye jugak. Gigi jadi kuat πŸ˜† cuma plak tu je la tak dapat nak bendung. Rasa memyampah tengok gigi sendiri.



Servey klinik gigi kerajaan yang nearby dekat Sri Petaling ni yang jumpa area Serdang. Nak book en.suami supaya ambik cuti bawak fa pergi buat rawatan gigi memang tak mungkin la sebab dia tu bizi kalah menteri. Dah kebetulan nak balik Melaka, dekat Alor Gajah ade klinik gigi kerajaan jadi book mama pergi sama-sama. Mama memang nak pergi sebab gigi dia berlubang dan perlu ditampal. Airis Angah boleh jaga takde masalah.

Sebab risau pendarahan non stop macam si rina.. fa telan Vitamin C Shaklee 3 biji sebelum pergi. Zikir banyak-banyak supaya dipermudahkan..takut woo!

Masa baca-baca dekat google ade yang cakap kena buat appointment berbulan-bulan.. ada yang kena tunggu lama.. fa tawakal je. Sebab just nak buat scalling rasanya walkin je. Maybe ikut area jugak kot kan? I memamg taktau menahu pasal ni. Kalau anda nak dapatkan rawatan dekat klinik kerajaan mungkin boleh call dulu tanya supaya anda tak perlu tunggu lama atau sumpah seranah πŸ˜‚



Kami walkin je. Memang rezeki kami, sampai je klinik orang takramai. Mungkin kami pergi pagi. Tunggu beberapa minit je nombor dah naik.

Berdegup jugak jantung ni duduk kat atas kerusi dalam bilik rawatan. Masa gigi tengah cuci mampu zikir-zikir je dalam hati. Cuci gigi tu tak lama dalam setengah jam je. Takde la sakit pon cuma ngilu sikit. Maybe sebab telan Vitamin C kot jadi rasa tak sakit..tak lah teruk ngilunya.. Misi dan Doktor pon ok..

Lepas dah settle tu rasa renggangan dekat gigi sebab semua plak dah dibersihkan kat celah-celah gigi. Rasa bersih je gigi weh! Doktor yang buat rawatan tu pon lembut je orangnya.. takde la ganas sangat bila buat scalling tu. Memang puas hati. Keluar dari bilik rawatan fa senyum dengan konfiden. Gigi dah bersih buat ape nak sorok kan? Muahahha

Bayaran? RM3 je.. haaa rm3 ye bukan rm30 atau rm300 .. rm1 untuk pendaftaran + rm2 untuk rawatan. Kalau klinik swasta maunya rm60-rm100. Tapi anda janganlah bandingkan rawatan Klinik Kerajaan dengan Swasta ye. Kat sini dia cuci plak yang lama-lama dan keras degil dan bukan keseluruhan. Tapi so far fa puas hati dengan hasilnya. Lupa nak tanya ade ke rawatan putihkan gigi πŸ˜‚ kalau ade bagus gak.

Ohh ye.. mama cabut gigi kena bayar pendaftaran je sebab warga emas rawatan cabut gigi dan tampal FREE .

Yang teringin nak buat rawatan pembersihan gigi ke atau tampalan boleh pergi ke klinik pergigian kerajaan area anda. InsyaAllah murah lagi puas hati. Kena banyak sabar je la kalau kena tunggu lama. Sebab kat sini dia memang buat dengan teliti jadi lama sikit la kot nak tunggu.

Lepas ni kena rajin la gosok gigi, kena rajin lah floss gigi.. oh ye konsisten makan Vitamin C & Ostematrix Shaklee untuk kekuatan dan kesihatan gigi.

Masa gosok gigi tu fa titik kan setitik Orange Essential Oil dekat ubat gigi. Sebab? Supaya gigi lebih bersih dan nafas lebih segar. Orange Essential Oil ni katanya mampu memutihkan gigi dengan penggunaan yang konsisten. Haraplaa putih gigi ni ..



Fa baru je tukar ubat gigi airis yang biasa dia pakai ke ubat gigi Young Living. Actually Kidscents ni untuk kanak-kanak tapi ingredient dia tu sama je lebih kurang dengan orang dewasa punya. Ade Orange EO jugak dan Tanpa florida jadi tentulah lagi selamat dan natural. InsyaAllah. Harga? RM40 / 4oz tapi memang berbaloi kalau beli.

So tunggu apa lagi? Jom jaga kesihatan gigi sama-sama 😊


posted from Bloggeroid

Tuesday, December 6, 2016

Review : Orange Essential Oil Young Living


Kalau nak cerita tentang favourite eo memang banyak. Sebab fa kan beli premium starter kit (PSK) memang semua 11 eo yang ada dalam starter kit ni memang best dan sangat berguna. Anda boleh baca dekat entri untuk tahu ape yang ada dalam starter kit ni.

Kalau dalam starter kit fa memang berkenan sangat dengan Lavender, Lemon, Peppermint dan Stress Away. Tiga ni memang fa gunakan all out. Nanti dekat next entry fa akan stori satu-satu tentang eo ni tapi hari ni fa nak share tentang Orange eo.



Orange eo takde dalam PSK .. fa memang dah aim orange eo ni dari awal-awal fa jinak-jinak dalam dunia eo ni. Tapi belum nak beli lagi sebab 11 eo yang ada pon belum habis discover. Tapi fa banyak jugak buat pembacaan,research tentang benefit orange eo ni macam terpukau disitu. Dan maybe rezeki, fa menang challange dari super upline fa dan reward dia orange eo . Macam nak melompat! Alhamdullilah. Jimat dah tak payah beli . Padahal bukan mahal pon πŸ˜…

Benefit Orange Essential Oil (eo) ni banyak.. tapi yang fa nampak EO ni bantu kita lebih fokus dan rasa bertenaga sepanjang hari.

1st time buka botol orange ni memang best la sebab bau
segar kuat wangi menusuk kalbu. Kalau anda sukakan something yang fresh, Orange EO la jawapanya. Bila bau tu memang rasa bertenaga dan relaxing.

Anda ada anak-anak yang kurang daya fokus? Calitkan EO Orange dekat pergelangan tangan, belakang telinga & sekitar ubun-ubun sebelum mereka ke sekolah. InsyaAllah sepanjang hari dekat sekolah tu dia lebih fokus dan bertenaga. Orange EO salah satu bahan dalam dalam Fokus Blend.

Sebelum pergi sekolah atau pergi kerja.. diffuse EO Orange dalam Dew Drop Diffuser Young Living supaya lebih bersemangat & bertenaga.

Orange EO ni bagus jugak untuk sistem penghadaman dan pencernaan. Kalau anak sembelit cuma sapu setitik dua EO ni dekat perut ikot arah jam. Lepas tu insyaAllah settle dah masalah sembelit.

Macam fa, bila airis kranky satu hari, fa calitkan EO ni kat temple kepala dia, bahu kiri kanan alhamdullilah dia more relax dan reda kranky dia tu.

EO Orange ni dipercayai bantu matikan kuman-kuman dekat paru-paru bila kita sapu neat dekat vitaflex point lung atau sekitar lung area bila batuk.



Ps: Banyak kan kegunaan Orange Eo ni. Nak buat satu botol 15ml EO orange bukan senang tau. Sebotol ni tah berapa puluh biji Orange YL ambik untuk dapatkan sebenar-benar pati yang penting hanya selected orange yang berkualiti je tau. Sebab tu fa sayang gila dengan semua EO fa sebab bukan senang cara pemprosesan dia. Later la i will story one by one.

Orange Essential Oil
RM64 / 15ml




posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...