Nuffnang

Thursday, October 16, 2014

Tips dan Petua Anak Selsema/Batuk/Lelah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mesti rimaskan kalau anak kecil kita terkena batuk atau selsema.Airis hari tu berjangkit batuk dan selsema dari babah. Badan dedar je tapi alhamdullilah demam panas takde.

Biasalah anak kecil kalau selsema atau batuk memang susah. Dorang mana reti nak hembus hingus kan. Lagipun selalu doktor tak berikan ubat untuk bayi. Jadi cara Alami mungkin dapat membantu legakan pernafasan Airis dan supaya dia tidur lena.

Batuk yang berterusan juga mungkin adalah simptom-simptom anak mendapat lelah/asma.
Jumpa doktor sekiranya keadaan semakin teruk dan jangan dibiarkan terlalu lama.

Checklist anak demam/batuk/selsema
*Sumber Blog : http://drzubaidi.com/blog

• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.

• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.

• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.

• Jika anak puan mengalami batuk atau selsema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.

• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.

• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.

Tips legakan hidung tersumbat/selsema dan batuk

1) Menyedut Hingus.

Kalau anda berani boleh je sedut sendiri guna mulut. Tapi Airis ni jenis nak pegang hidung dia pon dia tak boleh duduk diam, dan fa rasa sedut guna mulut macam tak brkesan je, jadi fa beli penyedut hingus. Boleh beli penyedut hingus dekat mana-mana farmasi. Fa guna yang ni:


Cara dia senang, masukkan tiup muncung tu dalam hidung bayi dan anda sedut di bahagian belakang tu. Lepas guna perlu cuci bersih-bersih, rendam dalam air panas atau sterilkan. So far ni cara mudah untuk fa sedut keluar segala hingus yang ada dalam hidung airis.

2) Spray Sterimar.
Spray ni Airis dah guna dari dia umur 3 Bulan. Kalau fa dengar bunyik keroh masa dia tidur, spray ni fa guna supaya dia lena tidur. Dah jadi rutin wajib dulu fa akan spray lepas dia mandi. Doktor tak bagi airis ubat selsema sebab dia cakap airis masih kecil. Sterimar ni selamat sebab kandungan dia hanyalah garam dan air. Jadi boleh guna bila-bila dan sekerap yang mungkin.


So far memang bagus spray ni, Selalu airis kan keluarkan hingus yang banyak lepas spray. Masa tu lah fa sedut guna penyedut hingus dan boleh nampak kelegaan dia bernafas lepas tu. Spray ni boleh beli kat farmasi.

3) Minyak Kayu putih/Vicks/Balsem/Minyak Yuyi/Minyak Bawang putih/telon
Selepas mandi cuba sapukan minyak panas dekat tapak kaki, betis, belakang, dada dan ubun-ubun bayi. Atau boleh buat minyak bawang putih sendiri. Minyak bawang putih ni fa sapu setiap malam. Kalau dah habis pastu malas nak buat lagi fa sapu je dengan Vicks. Baby yang dah besar sikit boleh sapu balsem jenama 21st centuary. Balsem ni berangin sikit dan bau strawberry tu buat Airis lena tidur.
Masa sapu-sapu tu niat dan doa yang baik-baik moga Allah sembuhkan dan tak memudaratkan lagi selsema dan batuk anak anda. Sapu sekerap yang mungkin. Bila terjaga je dari tidur sapu.

Cara nak buat minyak bawang putih
Minyak kayu putih, Bawang putih bakar, Olive oil. - Bakar bawang putih dengan kulit dan jaul dengan minyak kayu putih dan olive oil.

4) Aroma bawang, Kunyit hidup dan Bawang putih bakar.
Tiga ni memang petua fames yang selalu orang guna untuk keringkan hingus anak.

Aroma bawang - kopek bawang merah letakkan disetiap penjuru rumah supaya bawang ni dapat menyedut segala kuman dan bakteria. Macam fa, fa letak kat sebelah tempat tidur Airis. Alhamdulilah memang nampak kering sikit hingus tu. Buat sekerap yang mungkin. Memang bau bawang bilik ni tapi nak anak sihatkan, ku teruskan juga.

Kunyit Hidup - Kikis kunyit belakang lesung, ambil dan sapu pada batang hidung.

Bawang putih bakar - Sama macam kunyit tadi, bakar bawang sampai lembut picit dan sapu pada hidung. Jangan banyak sangat sebab bawang dan kunyit panas.

5) Stokin Bawang Putih.
Cara ni boleh buat bila anak anda macam dedar badan atau demam.
2 Stokin diperlukan, satu letak seulas bawang putih dan satu lagi untuk alas tapak kaki supaya kaki anak anda tak terkena panas bawang.

6) Susukan sekerap mungkin.
Kalau yang fully breastfeed cuba kerapkan penyusuan tu sebab dengan cara beri susu yang kerap akan mengurangkan gejala selsema.

7) Wap muka & Mandikan dengan Air Suam panas
Fa memang tak reti & tak mampu nak buat ni sorang diri. Memandangkan babah kerja selalu balik lambat, Airis pulak semalaman tidur berbunyi-bunyi pernafasan dia fa gighkan jugak buat.

Teknik ni sama macam ambil nebs dekat klinik, untuk longgarkan pernafasan yang tersekat. Cuma ni teknik semulajadi dan alami dan untuk elakkan ubat-ubatan pada bayi.

Wap muka:
Ambil baldi isi air panas atau boleh gunakan bottle steamer
Letak beberapa ulas bawang putih atau 2 tablet Garlic Shaklee - optional
Wapkan muka bayi dalam 10-15 minit.
Tepuk kiri dan kanan bayi dengan dengan tepukan percussion.

Mandi dengan air suam panas:
Atau boleh guna cara ni. Mandikan anak dengan air panas suam. Selalu fa letak sekali beberapa hiris lemon dalam bathtub Airis. Lemon dipercayai dapat melegakan pernafasan jugak. Wap air tu akan melonggarkan pernafasan bayi yang tersekat.

Bila dah longgar tepuk perlahan-lahan di belakang badan supaya senang kahak tu keluar. Tak pe kalau baby muntah atau menangis bila terkena wap tu sebab hingus/kahak akan lebih mudah untuk keluar. Terus sedut hingus yang keluar tu dan susukan dia supaya dia kembali tenang.

8) Mop Lantai, kemas habuk dan debu, Tukar cadar
Ok tau kan kadang -kadang habuk debu dan hama boleh buat selsema batuk makin teruk? Setiap hari fa pastikan lantai fa di mop dengan larutan dettol dan Basic H Shaklee. Kalau tak sempat setiap hari, fa akan buat seminggu sekali.Lepas mop dan bersihkan rumah fa akan spray satu rumah dengan Febreze.

Lain-lain tips boleh cuba google. Setakat ni yang fa buat selain fa sendiri konsisten makan Vitamin C Shaklee. Sebab vitamin C Shaklee ni akan mengalir kedalam badan airis sewaktu dia menyusu.


Sementara waktu selagi selsema dan batuk belum reda, Ibu dan anak cuba elakkan dari makan makanan yang buatkan kahak lagi banyak.


Untuk anak yang lebih satu tahun, boleh beri mereka supplement Shaklee yang dikhaskan untuk anak-anak yang kerap selsema, batuk berkahak, lelah dan demam.


*Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda dinasihatkan mendapatkan nasihat pakar perubatan yang berkaitan.

PROMOSI MEAL SHAKES BELI 3 PERCUMA 1 SEPANJANG BULAN OKTOBER 2014
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi Ibu menyusu , Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua
  • Setiap bancuhan Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

JOM DAPATKAN SEKARANG SEBELUM TAMAT TEMPOH PROMOSI!!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-384 1916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan Tasik Selatan
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...