Nuffnang

Thursday, December 8, 2016

Kos Cuci Gigi di Klinik Pergigian Kerajaan Alor Gajah Murah dan Puas Hati


Terbaca entry si Wawa Yusuf pasal rawatan pergigian dekat Klinik Gigi Kerajaan terus berkobar-kobar nak pergi jugak. Dari dulu memang nak sangat pergi buat Scalling gigi tapi bila tengok kos rawatan dekat klinik pergigian swasta sampai berpuluh-puluh ke ratusan ringgit .. terus cancel je niat. Dulu masa masih bekerja tak terfikir pon nak buat rawatan guna peruntukan dentist dari company bila dah tak bekerja baru menyesal.. haiss..

Teringat cerita si Rina my best friend yang buat rawatan scalling dekat klinik pergigian swasta, pendarahan gigi dia sampai 2-3 hari tak reda. Terus takut nak cuci gigi sebab plaque kat gigi ni dah tahap ketebalan ke berapa tah. Dah la gigi fa ni sensetif, ngilu dan jap-jap berdarah masa gosok gigi.

Percaya atau tak fa tak pernah pergi dentist. Alhamdullilah gigi tak pernah rosak atau berlubang. Bengkak gusi tu biasa tapi lepas telan Omega Guard dan Zinc Complex terus kurang bengkak gusi tu. Mungkin konsisten makan Vitamin C dan Ostematrix pon ye jugak. Gigi jadi kuat ๐Ÿ˜† cuma plak tu je la tak dapat nak bendung. Rasa memyampah tengok gigi sendiri.



Servey klinik gigi kerajaan yang nearby dekat Sri Petaling ni yang jumpa area Serdang. Nak book en.suami supaya ambik cuti bawak fa pergi buat rawatan gigi memang tak mungkin la sebab dia tu bizi kalah menteri. Dah kebetulan nak balik Melaka, dekat Alor Gajah ade klinik gigi kerajaan jadi book mama pergi sama-sama. Mama memang nak pergi sebab gigi dia berlubang dan perlu ditampal. Airis Angah boleh jaga takde masalah.

Sebab risau pendarahan non stop macam si rina.. fa telan Vitamin C Shaklee 3 biji sebelum pergi. Zikir banyak-banyak supaya dipermudahkan..takut woo!

Masa baca-baca dekat google ade yang cakap kena buat appointment berbulan-bulan.. ada yang kena tunggu lama.. fa tawakal je. Sebab just nak buat scalling rasanya walkin je. Maybe ikut area jugak kot kan? I memamg taktau menahu pasal ni. Kalau anda nak dapatkan rawatan dekat klinik kerajaan mungkin boleh call dulu tanya supaya anda tak perlu tunggu lama atau sumpah seranah ๐Ÿ˜‚



Kami walkin je. Memang rezeki kami, sampai je klinik orang takramai. Mungkin kami pergi pagi. Tunggu beberapa minit je nombor dah naik.

Berdegup jugak jantung ni duduk kat atas kerusi dalam bilik rawatan. Masa gigi tengah cuci mampu zikir-zikir je dalam hati. Cuci gigi tu tak lama dalam setengah jam je. Takde la sakit pon cuma ngilu sikit. Maybe sebab telan Vitamin C kot jadi rasa tak sakit..tak lah teruk ngilunya.. Misi dan Doktor pon ok..

Lepas dah settle tu rasa renggangan dekat gigi sebab semua plak dah dibersihkan kat celah-celah gigi. Rasa bersih je gigi weh! Doktor yang buat rawatan tu pon lembut je orangnya.. takde la ganas sangat bila buat scalling tu. Memang puas hati. Keluar dari bilik rawatan fa senyum dengan konfiden. Gigi dah bersih buat ape nak sorok kan? Muahahha

Bayaran? RM3 je.. haaa rm3 ye bukan rm30 atau rm300 .. rm1 untuk pendaftaran + rm2 untuk rawatan. Kalau klinik swasta maunya rm60-rm100. Tapi anda janganlah bandingkan rawatan Klinik Kerajaan dengan Swasta ye. Kat sini dia cuci plak yang lama-lama dan keras degil dan bukan keseluruhan. Tapi so far fa puas hati dengan hasilnya. Lupa nak tanya ade ke rawatan putihkan gigi ๐Ÿ˜‚ kalau ade bagus gak.

Ohh ye.. mama cabut gigi kena bayar pendaftaran je sebab warga emas rawatan cabut gigi dan tampal FREE .

Yang teringin nak buat rawatan pembersihan gigi ke atau tampalan boleh pergi ke klinik pergigian kerajaan area anda. InsyaAllah murah lagi puas hati. Kena banyak sabar je la kalau kena tunggu lama. Sebab kat sini dia memang buat dengan teliti jadi lama sikit la kot nak tunggu.

Lepas ni kena rajin la gosok gigi, kena rajin lah floss gigi.. oh ye konsisten makan Vitamin C & Ostematrix Shaklee untuk kekuatan dan kesihatan gigi.

Masa gosok gigi tu fa titik kan setitik Orange Essential Oil dekat ubat gigi. Sebab? Supaya gigi lebih bersih dan nafas lebih segar. Orange Essential Oil ni katanya mampu memutihkan gigi dengan penggunaan yang konsisten. Haraplaa putih gigi ni ..



Fa baru je tukar ubat gigi airis yang biasa dia pakai ke ubat gigi Young Living. Actually Kidscents ni untuk kanak-kanak tapi ingredient dia tu sama je lebih kurang dengan orang dewasa punya. Ade Orange EO jugak dan Tanpa florida jadi tentulah lagi selamat dan natural. InsyaAllah. Harga? RM40 / 4oz tapi memang berbaloi kalau beli.

So tunggu apa lagi? Jom jaga kesihatan gigi sama-sama ๐Ÿ˜Š


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...