Nuffnang

Monday, October 24, 2016

Kenapa anda perlukan Young Living Essential Oils?

Menjadi kegilaan apakah ini? Setiap hari orang dok wasap/PM nak tau pasal Diffuser Set & Essential Oils yang fa jual. Memang ada yang tau.. ada yang tak berapa familiar dengan Young Living ni. Ada yang PM tanya ni pewangi kereta ke? haaaaa kalau anda rajin boleh je google DIY pewangi kereta guna essential oils. Memang boleh buat. Cuma fa tak buat la.. sebab sebotol essential oils ni sangat-sangat la bernilai. Kalau nak buat pewangi kereta takde lah letak sebotol. Mungkin letak kat cotton ball then halakan ke aircond. Wangi 1 kereta. Anak yang suka bersilat dalam kereta tu pon tetiba behave je duduk diam-diam :)

Bila kawan-kawan dok cakap dorang pergi spa urut-urut badan..buat pedicure manicure of coz i jeles. Ye la.. bila ade airis memang takdapat la nak pergi spa semua tu. Tunggu dia besar sikit nanti ada anak yang kecik pulak.. hehehe  Kalau terasa nak urut pon balik kampung panggil bidan datang rumah urutkan badan. RM50 sekali urut 1 badan..siap naikan peranakkan lagi.. pakej kan .. jimat. Nak feeling-feeling macam spa  fa diffuse je Essential Oil Lemongrass dari Young Living :)

Sebelum nak cerita panjang meh tengok ape bestnya EO Lemongrass ni. Ni antara faveret EO fa lah. Memang suka sangat bau lemongrass ni. Tenang je. Kalau bau direct dari botol memang bau serai yang kuat tapi bila diffuse bau lembut je.. suka suka suka!

Semalam fa memang diffuse LEMONGRASS Essential Oil ni sebab fa & airis selsema & gatal hidung. Pagi ni bukan ni kami tapi sekali en-suami membuang kaw-kaw punya! Lega perut. Yezza.. ni salah satu kebaikan EO lemongrass ni. Dia membantu dalam masalah penghadaman. Kalau anda ada resdung atau sinus pun bagus beli essential oil lemongrass ni. InsyaAllah membantu dalam masalah anda :)


KEBAIKAN ESSENTIAL OIL LEMONGRASS
✅ Penyegar semulajadi - Menenangkan suasana
✅ Kesihatan Kulit & Rambut - Bantu mengurangkan masalah kulit berjerawat & berminyak
✅ Mengurangkan tekanan /stress
✅ Mengurangkan keradangan & sakit sendi
✅ Detox - Mengurangkan toxin dalam badan
✅ Mengurangkan sinus/resdung
✅ Kaya dengan Antioksidan
✅ Menguatkan sistem imun
✅ Mengurangkan masalah selsema,batuk & demam
✅ Merendahkan kolestrol
✅ Anti-bakteria & anti-fungal
✅ Mengurangkan sakit kepala & "period pain"
✅ Mengurangkan masalah penghadaman & sembelit
✅ Antiseptik yang bagus untuk luka
✅ Banyak lagi!

======================
Kenapa anda perlukan Young Living Essential Oils?
======================
Mesti anda sukakan suasa rumah wangi, harum, tenang dengan bauan aromaterapi sama macam dekat Spa kan? Tapi tak ada masa nak ke Spa? Selalu kita akan bakar lilin aromaterapi dalam bilik, dekat ruang tamu untuk hasilkan "mood" tenang,sexy,happy dan lain-lain. Tapi lilin aromaterapi tu kebanyakkannya diperbuat dari petroleum . Petroleum ni selalunya digunakan untuk buat Gasoline dan sebab itu ia mungkin akan mengakibatkan keradangan pada mata, tekak, hidung dan sebagainya. Kebanyakkan bau-bau dari lilin aromaterapi ni ialah bahan chemical yang bertindak mengeluarkan bau-bau seumpama wangian bila digabungkan. Maknanya bau-bau ni bukan natural.


Tapi kini anda boleh penuhkan ruang rumah anda, bilik, ruang tamu dengan bauan aromaterapi umpama spa hanya dengan SET DIFFUSER dari YOUNG LIVING. Yang lebih mesra alam & selamat untuk seisi keluarga. Hanya perlu letak air dalam diffuser, titiskan essential oil pilihan anda, pasangkan plug & diffuser akan mengeluarkan wap sejuk yang wangi dan tidak merbahaya


 Dihasilkan dari 100% pati minyak tumbuhan yang organic dan selamat tanpa sebarang pertambahan bahan terlarang atau chemical merbahaya. 
 Setiap satu Essential oils Young Living mempunyai khasiat & pelbagai guna yang dapat menaikkan kembali semangat, mood, ketenangan yang boleh membantu anda untuk kehidupan yang lebih tenang dan seimbang.
 Diffuser Young Living & Essential oils dapat mengurangkan kuman, bakteria, kulapuk, kulat & bahan kimia yang terapur di udara dan megurangkan risiko jangkitan virus seperti influenza, demam & selsema. 
 Essential oil dari young living mempunyai ciri-ciri antiseptic, anti-virus & anti bakteria dan sekaligus bertindak sebagai penyegar udara dengan ramuan 100% semulajadi & selamat.

========================================

Ini salah satu alternatif selain Supplemen Shaklee. Mesti kita nak sesuatu yang terbaik untuk family kita kan? Back to natural dengan Young Living. InsyaAllah dapat bantu anda dalam masalah dalaman & emosi untuk kehidupan yang lebih seimbang :)


=====================================



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...