Anak sembelit tu perkara biasa. Memang anak bila dah membesar, dah pandai pilih makanana memang akan ada masalah sembelit. Teruk dengan tak je. Airis pon jenis yang senang sembelit. Padahal dia jenis kerap minum air cuma airis jarang nak makan sayur & buah. Makan pun bukan semua jenis.. kadang nak kadang taknak. Ikot la mood dia.
Selalu kalau anak anda sembelit apa yang anda buat? Fa banyak baca dari blog & sharing dari kawan-kawan kalau anak sembelit beri makan betik ,prune, yogurt, yakult/vitagen selain pastikan anak minum air yang mencukupi
Sembelit ni yang kesianya pada anak sebab dia sukar nak membuang. Poo-poo dia keras dan susah nak keluar. Kalau kita kena sembelit pon rasa rimas kan, bila nak membuang tu susah sampai luka kan? Bayangkan la kalah jadi kat bebudak.. Allah seksanya.. kesian sangat-sangat.
Airis selalu masalah poo-poo dia keras susah nak keluar. Bila keluar tu teran-teran habisan tapi tak boleh nak keluar. Yang peningnya fa sebab buntu nak buat apa. Selalu fa sapu minyak yuyi kat perut dia..urut-urut perut, belakang badan & tapak kaki.. tawarkan air bagi dia minum.
Fa ada satu lagi cara atau petua nak share dengan anda, fa tak sure lah anda tahu ke tak cara ni tapi dah banyak kali airis sembelit dan ini je lah cara paling cepat bantu lancarkan pembuangan dia. Kalau poo-poo anak anda tu keras & susah nak keluar anda cuba perlu ambil olive oil atau minyak zaitun sapukan pada keliling tempat keluar poo-poo tu (faham kan) dengan cara ini poo-poo tu akan lancar je keluar sebab kelilingnya dah licin. Ia akan bantu lancarkan dan kurangkan kesakitan semasa membuang.
Satu lagi beri dia makan sesudu EVOO (Extra Virgin Olive Oil) kalau ada
Alhamdullilah dah dua kali fa buat cara ni dan airis tak perlu merana perut tak selesa akibat susah nak membuang.
Jika anak anda memang jenis yang kerap sembelit, anda boleh beri mereka Meal Shakes Shaklee yang bantu masalah sembelit anak anda. Alhamdullilah semenjak fa beri airis Meal Shakes setiap hari, pembuangan dia makin lancar, dia pun semakin berselera nak makan.
Ops.. Meal Shakes bulan ni promosi Beli 3 Percuma 1 nak dapat harga terbaik, whatsapp fa sekarang orite :)
❤Sharing is Caring❤
No comments:
Post a Comment