Nuffnang

Monday, June 13, 2016

Persediaan untuk Hamil Lagi


3 hari lewat datang bulan, ku ingatkan pregnant, hari ni baik punya datang bulan.. Setiap hari doa, solat hajat, bulan ramadhan ni pulak kan, doa banyak-banyak supaya Allah beri rezeki hamil sekali lagi. Lagi pun fa & suami baru je lepas sambut anniversary yang ke 6 tahun, jadi macam nak buat surprise la kasi present "Pregnancy Test Positif".... tapi... Allah lebih mengetahui :) Maybe Allah nak beri yang lebih baik & terbaik InsyaAllah

Bila Airis dah nak masuk 3 tahun... bila orang rapat-rapat bagi pekabaran tengah pregnant anak ke 2, 3, 4, 5... bila kawan-kawan update FB Pregnancy Test "Positif" tak tergugat ke jiwa? Fa tak kesah sangat mulut-mulut "bisa" orang kiri kanan yang asik tanya "No 2 bila lagi?" atau "airis taknak adik ke" atau "Dah boleh beri adik dah ni....." lagi win soalan ... "Orang Shaklee kena beranak banyak...." (boleh pulak kan?? muahahhah) bagi fa mulut orang memang tak boleh tutup, mereka just ambik tahu.. dulu masa hampir 3 tahun tunggu Airis, sama je pon mulut orang-orang ni, bila airis dah lahir, baru masuk 6 bulan pon dah ade orang tanya soalan cepumas tu, jadi tak akan senyap pun.. nanti dah 2 nak masuk 3 orang still akan cakap jugak kan... hehehhe 

Siapa yang taknak anak ramai? siapa yang taknak anak kan? Usaha & ikhtiar tu hanya Allah yang tahu & rezeki tu hanya Allah yang beri. Walaupun kita rasa dah cukup usaha, dah cukup ikhtiar dah cukup financial semua tapi Allah lebih mengetahui. Kalau masih belum berjaya nak pregnant tu maknanya belum sampai masa. Lagi pun airis masih menyusu badan ada orang cakap anak menyusu badan susah nak lekat, kena putus susu dulu, ada yang cakap boleh je pregnant kalau anak fully breastfeed. Macam-macam. 

Kalau dulu masa struggle (struggle sangat) nak prgnant anak sulung, fa banyak jugak pantang makan. Memang jaga sangat-sangat pemakanan, tapi bila try nak pregnant lagi sekali ni, fa takde pulak pantang makan, semua pantang nampak nak makan. hais..

Semua tahukan, salah satu kebaikan penyusuan susu ibu ialah mengecutkan rahim selepas bersalin, Dan ada yang berpendapat, selagi anak menyusu, kita tak mungkin akan hamil atau rahim akan mengecut dan menyukarkan kita untuk hamil. Ok fa dapat info menarik blog Dr.Zubaidi & Kelly Mom yang fa boleh kongsi kat sini....



Perlukah Hentikan Penyusuan jika ingin hamil?


" Kadang kala ibu yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahim (uterine contraction) namun ini tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormone oxytocin ketika memyusukan bayi bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam masa yang sama menyebabkan rahim mengecut.

Namun rahim akan mengecut sepenuhnya oleh hormone Oxytocin selepas usia kehamilan 37 minggu. Jika wanita itu sihat dan kehamilanya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan."

Atau anda boleh klik link http://kellymom.com/ages/older-infant/ttc-while-bf/ untuk baca lagi tentang Hamil & penyusuan susu ibu :)

Do I have to wean in order to get pregnant?

"Probably not. It is true that breastfeeding can delay the return of fertility, especially while frequency and duration of breastfeeding sessions remain high. But most women can become fully fertile while still breastfeeding"

Airis dah nak masuk 3 tahun, jadi susu badan bukan lah makanan dan sumber nutrisi utama untuk Airis. Fa banyak kan beri dia susu kotak, milo, cheese dan Meal Shakes Shaklee untuk bekalkan dia dengan nutrisi sepenuhnya sebab airis jenis yang memilih makanan. Fa juga cuba kurangkan sesi penyusuan maknanya bukan setiap masa 24/7 nak menyusu macam sebelum ni. Cuma bila malam hari dia memang jenis "kopek" dan fa beri dia minum susu segelas sebelum tidur untuk kurangkan habit "kopek" dia tu.

Fa pernah sekali keguguran dalam tahun ni tapi "keguguran" yang fa maksudkan umpama pregnancy yang memang tak menjadi. Fa lewat period dalam seminggu, start dengan spotting dan hari kedua segumpal darah besar tengah tapak tangan gugur. Tapi sebelum tu prengancy fa adalah "negatif" jadi  mungkin ianya memang tak akan menjadi dan jatuh sebagai darah beku. Lepas telan GLA Shaklee 2 biji setiap malam, segala ketulan darah keluar - Alhamdullilah- Period keluar sampai habis dan seperti biasa.

Jadi fa rasa penyusuan bukanlah penyebab utama jika kita masih gagal hamil. Fa nekad, jika fa hamil lagi & airis masih menyusu, fa akan teruskan penyusuan tersebut melainkan jika ianya memudaratkan. Tapi ini hanyalah pendapat, lain orang lain badanya. Anda boleh minta nasihat doktor anda jika anda rasa was-was tentang ini :)

Jika anda seperti fa yang ingin hamil lagi tetapi masih menyusukan anak, mungkin anda boleh titik beratkan pemakanan & nutrisi tambahan untuk badan anda. Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik, kalsium dan vitamin D perlu supaya badan anda tak mudah letih dan tak mengganggu pengeluaran susu.

ANDA JUGA BERUSAHA UNTUK HAMIL?

Macam fa, pengambilan Asid Folik yang mencukupi perlu sebagai persediaan awal untuk fa hamil anak ke-2. Supplement Shaklee yang fa ambil konsisten seperti B ComplexESPVitamin COstematrix dan GLA Complex adalah untuk menampung keperluan nutrisi untuk badan fa sebagai persedian awal untuk fa hamil kembali.

Asid folik juga terdapat dalam B Complex Shaklee jadi 2 biji sehari B-complex Shaklee membekalkan Asid Folik dan mengandungi 8 jenis Vitamin B dan antaranya ialah B6 & B12. Pengambilan asid folik seawal 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah digalakkan ini kerana Asid folik juga dikenali sebagai vitamin B9 yang diperlukan untuk membantu membina DNA yang baru dan membaiki kerosakkan DNA di dalam sel-sel tubuh badan kita. Pengambilan Asid Folik (B9) dengan B6 dan B12 membantu masalah kesuburan dan memastikan pertumbuhan janin yang sihat & kuat.

Untuk menguatkan rahim & menstabilkan hormon fa minum 2 gelas ESP Shaklee (breakfast & malam)ESP berperanan untuk menstabilkan hormon dalam badan sekaligus membantu untuk kesuburan. Ia juga membantu membina sel-sel tisu rahim yang baru dan lebih kuat untuk menampung bayi Juga membantu menghasilkan ovum dan sperma yang berkualiti dan sihat. Protein merupakan bahan UTAMA dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Sebab itu sesiapa yang merancang untuk hamil, yang kurang subur tu boleh amalkan minum ESP dari sekarang.

Ostematrix Shaklee bukan sahaja membekalkan sumber kalsium sepenuhnya tetapi juga Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium & fosfat dalam tubuh dengan lebih efektif. Vitamin D juga baik untuk kestabilan hormon dan tentu baik untuk kesuburan :)

Vitamin C Shaklee perlu untuk menguatkan antibodi badan kita. Vitamin C juga bantu anda lebih subur. Kajian menunjukan pengambilan Vitamin C sebelum hamil membantu meningkatkan kesuburan & membantu meningkatkan peluang untuk hamil :)

GLA Complex pula perlu untuk dapatkan kiraan period yang teratur. Biasanya lepas bersalin memang kitaran period tu tunggang langgang. Kadang cepat, kadang lambat datang period. GLA Complex 2 biji setiap malam membatu meng'regular'kan kitaran period anda. GLA ni membantu menambah lagi kesuburan dimana ia membantu menstabilkan hormon dan menghasilkan cecair servik yang subur dan berkualiti dimana cerair inilah yang membantu sperma berenag terus ke uterus, tiub fallopio dan terus ke ovum.


Tak pregnant bulan ni, bulan depan usaha lagi kan? Anda nak dapat kiraan waktu subur yang tepat boleh baca entry tentang OPK dekat ------>http://finurzcreations.blogspot.my/2016/03/opk-test-bantu-cari-waktu-subur-dengan.html

Sharing is Caring 

===========================================

PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916
Like us on Facebook : Finurz Creations
Follow us on Instagram : @finurz_creations




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...