Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Biasalah nama pun suri rumah. Walaupun tittle WAHM (working at home mom) tapi masak, urus kerja rumah, jaga anak semua fa kena buat. Sebab tu fa suka mulakan kerja-kerja fa selepas subuh. Bila masuk zohor semua dah settle dan boleh lah rehat.
Fa bukan lah seorang yang pandai masak. Sebelum kahwin fa memang jarang masuk dapur. Angah yang selalu masak. Sebab angah memang pandai masak mungkin sebab dia dapat gen pandai masak tu dari family sebelah arwah ayah yang sememangnya pandai masak. Tapi lepas kahwin, suami pulak jenis yang suka makan masakan rumah dan tak suka makan dekat luar buat fa kena rajin-rajin masak. Sampai sekarang sebenarnya fa masih tengok buku-buku resepi dan masih belajar memasak dari mama dan mak mentua.
Dah ada idea nak masak apa hari tengah hari ni? Kebetulan en.suami suka sangat beli ikan patin. Jadi menu hari ni Gulai Ikan patin masak tempoyak. Sekarang kan musim durian, jadi tempoyak berbotol-botol dalam fridge mak mentua bagi lah, mama bagi lah, mak sedara bagi lah. Nama pon hantu tempoyak memang terima dengan happynya!
Ikan patin ni hanyir sikit sebab ikan sungai. Selalu kalau bab-bab cuci ikan sungai ni fa suka suruh suami yang cucikan atau siangkan. Sebab dia menang otai bab-bab cuci ikan ni sampai takde bau hanyir. Tapi fa share lah tips kat sini. Ikan patin lepas potong dan dicuci bersih perap dengan air limau kasturi. Fa suka letak banyak-banyak limau pastu perap lama sebelum masak. Ada yang suka cuci dengan tepung gandum. Tepung pun dapat nyahkan bau hanyir ikan.
Ikan patin ni berlemak sikit. Ada orang yang suka nak masak sekali dengan lemak-lemak ikan ni, lemak ikan kan omega -3. Tapi fa suka buang. Memang cuci sebersih-bersihnya. Lemak ikan patin ni yang kadang-kadang buat bau hanyir.
Fa pernah belajar masak lauk patin ni dari mak mentua. Biasalah orang negeri sembilan memang terkenal dengan masakan-masakan kuning cili api macam ni. Tapi fa ingat-ingat lupa cara masak tu macam mana sebab mak mentua cuma share dari mulut dan tak ada resepi bertulis. Jadi resepi yang fa nak share ni fa ambik dari blog kak azie (http://aziejaya.blogspot.com/)
pssst: Sila abaikan gamba gulai yang tak semengah ni
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak
Respi asal oleh : Azie Kitchen
Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan patin (potong dan cuci bersih)
- Cili padi - Segemgam
- Cili merah - sebiji / untuk bagi kuah nampak merah
- Kunyit hidup - 1 inci
- Tempoyak - 2 senduk penuh / ikut tekak masing-masing
- Daun kesum - sepokok / secekak
- Air
- garam
- gula
Cara-cara :
- Tumbuk kasar cili padi, cili merah, kunyit hidup
- Masukkan tempoyak dan gaul sebati
- Letak kesemua bahan tumbuk dalam periuk, nyalakan api dapur dan masukan air.
- Biar didih masukan daun kesum. Tunggu kuah pekat masukan ikan.
- Perasakan dengan garam gula
*kalau tempoyak kurang masam boleh masukan sekeping asam keping.
Siap dan boleh hidang dengan nasi panas.
Senang je kan? Boleh lah cuba lepas ni. Makan sampai bertambah nasi. Kalau ikot resepi asal kuah ikan patin ni takde lah pekat pon. Tapi fa suka biarkan pekat baru sedap.
Selamat mencuba :)
Trivia :
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
patin Buah
Patin Mucung
Patin Juara.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
No comments:
Post a Comment