Nuffnang

Friday, August 21, 2015

Kari Kepala Ikan Jenahak yang menyelerakan

Assakamualaikum & Salam Sejahtera

Kari Kepala Ikan Jenahak yang Menyelerakan

Semalam kami ke NSK untuk beli barang dapur disebabkan memang barang-barang dapur hampir kehabisan, mama pulak nak balik hari ni, jadi nak taknak ke NSK lah membeli barang. Cadangnya nak beli barang-barang yang perlu je sementara nak tunggu hujung bulan tapi biasalah, kalau fa dah membeli barang dapur tu memang tak akan sikit, terjumpa pulak kepala ikan jenahak. Dalam kepala ni masak kari pon sedap. Jamu mama & angah yang nak balik. Makan ramai-ramai mesti berselerakan. 

Kalau yang dah biasa pergi NSK mesti tahu, sini memang banyak ikan segar-segar. Harga pun berpatutan. Kalau macam kepala ikan ni selalu memang yang dah siap packing dengan harga. Macam kepala ikan yang fa beli ni harga dia dalam Rm14++ . Fa beli sekali isi ikan jenahak yang dah packing untuk airis. Harga sekeping dalam RM9++. Ikan jenahak ni isi dia manis. Selain masak kari, boleh je buat sup, masak asam pedas ke, goreng ke. Ikut lah ape yang korang nak masak. Disebabkan fa nak masak kari , fa pun beli lah pelengkap-pelengkap nak masak kari ikan ni - serbuk kari, terung, dan tomato. Korang boleh jugak letak bendi. Ikut selera korang lah ye.

Baru je selesai makan, Kari kepala ikan ni, jadi lepas makan kita share je lah entri resepi kan. Selain kari ni, fa goreng sayur sawi, telur masin, dan sambal belacan (angah yang buat) Makan dengan nasi panas. Sangat mabeles! Alhamdullilah. Jom chek resepi kat bawah ni. Mana tahu boleh jadi idea untuk makan malam esok?


RESEPI KARI KEPALA IKAN JENAHAK

Bahan-bahan :
1 keping kepala ikan jenahak / sebelah - bersihkan, buang sisik, cuci dengan asam limau perap sekejap ( boleh potong ikut sukahati, fa biar kan je 1 keping tu)
1-2 Terung ungu - potong serong
Tomato - fa guna ceri tomato
Serbuk Kari - Fa guna 2 paket kecik serbuk kari Adabi 
Air Asam jawa - 1 cawan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 sudu cili kisar
Garam & gula 

Bahan Kisar Halus :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
* bahan kisar halus ni mix kan dengan rempah kari jadikan pes rempah

Bahan Tumis :
1 biji bawang besar - hiris
2 Ulas bawang putih - hiris
Kulit kayu manis
1 sudu halba
1 tangkai daun kari

Cara memasak :
  • Panaskan minyak , tumis bahan tumis sampai bau wangi. 
  • Masukkan cili kisar & masak sampai garing.Bila dah garing, masukkan pula pes rempah . Masak sampai terbit minyak.
  • Masukkan air asam jawa & air masak sampai kuah mengelegak.
  • bila dah mengelegak masukkan ikan, terung, tomato (kalau nak kuah pekat biarkan lama sikit sebelum masuk ikan)
  • Perasakan dengan garam & gula.
  • Biar sekejap sampai ikan masak & terung lembut, tutup api & hidang dengan nasi dan lauk-lauk lain.
Senang kan? Senang je nak masak kari ni, campak-campak dah jadi. Kalau perasan kari ni fa tak letak santan. Ikut lah korang nak letak ke tak. Selain santan korang boleh je letak susu cair. Ada resepi yang letak asam keping gantikan asam jawa. Itu pun ikut selera masing-masing. Nak kari tu nampak colourful, korang boleh lah letak cili merah & cili hijau - optional.

Selain ikan jenahak, korang boleh gantikan dengan kepala ikan merah pun sedap. 

Selamat mencuba :)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu



Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...