Nuffnang

Monday, August 17, 2015

Anak suka mengempeng?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Mengempeng, melekat, ngempeng, mengempel istilah biasa yang mak-mak breastfeed guna bila anak yang menyusu lama-lama sampai tertidur & taknak lepas. Kalau lepas anak ni mungkin terjaga dan mengamuk.

Istilah atau ayat tu dah biasa bagi fa sejak airis baby lagi. Lebih-lebih lagi bila airis dah belajar nenen baring. Lagi lah suka dia menyusu sampai terlelap-lelap. Kalau fa lepaskan boleh pulak dia terjaga. Mengempeng ni pernah jadi 1 masalah besar kat fa masa fa cuti bersalin & lagi beberapa minggu nak masuk kerja. Disebabkan airis suka mengempeng, fa dah risau nanti macam mana kalau fa masuk kerja balik? Macam mana nak ajar airis tidur sendiri tanpa mengempeng? Jadi apa yang fa buat masa tu ialah, mengempeng hanya dibuat sebelah petang ke malam. Siang-siang isap botol & kurangkan direct feed (DF)

Tapi bila dah bergelar WAHM ni, menjadi-jadi pulak airis mengempeng. Bila dia dah besar, dah pandai pulak ajak kita baring sekali. Dah dedua baring & tertidur. Airis takkan lepas langsung walaupun dah tertidur. Asal fa nak lepaskan dia mesti terjaga & mengamuk. Jadi dah habiskan masa dekat situ. Airis pulak jenis yang kerap atau senang terjaga kalau ada bunyi bising walaupun sikit. Nak pujuk dia, sumbatkan balik nenen, baru airis tidur lena.

Untuk mak-mak yang ada masalah baby suka ngempeng ni, mungkin sharing ni dapat membantu selesaikan masalah mak-mak ye. Fa copy paste dari blog Cikgu Susu Anda.

Bayi mempunyai 2 jenis hisapan:
1. Nutritive suckling - hisapan peringkat pertama sesi menyusu, semasa betul-betul lapar.

2. Non-nutritive suckling - hisapan di peringkat kedua penyusuan. Pattern hisapan lebih perlahan diselangi dengan ritma hisap-telan-rehat-hisap-telan-rehat sehingga tertidur.

Sesi penyusuan yang terlalu lama juga adalah tanda-tanda kepada:

1. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)

Lekapan yang salah menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Bayi tidak mendapat susu yang diperlukannya. Menjadikan dia mengambil masa yang lama untuk mendapat kuantiti yang badan dia perlukan.

Jika anda merasa sakit setiap kali menyusu, periksa semula lekapan bayi semasa menyusu dan dapatkan bantuan dari kaunselor terdekat jika masih ragu-ragu.

2. Posisi semasa menyusu yang tidak betul. (Wrong position)

Posisi bayi semasa menyusu juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat kuantiti susu yang mencukupi dari payudara ibu. Sebab bila posisi bayi tidak betul, aliran susu dari payudara ke bayi tidak lancar. Pastikan kepala, badan dan punggung bayi semuanya menghadap ke arah ibu semasa menyusu, dan bayi tidak hanya memusingkan kepalanya sahaja ke arah payudara ibu.

Contoh: Cuba anda toleh ke kanan dan telan air liur? Senang ke susah nak telan?

Bayi kita pun macam tu, sudahlah sakit leher, susu pun tak dapat kalau posisi kepala dan badannya tidak betul. Kesian anak kita..

3. Pecutan pertumbuhan. (Growth Spurt)

Sesi penyusuan yang lebih lama dari biasa juga menandakan bayi sedang mengalami pecutan pertumbuhan di mana badannya sedang membesar lebih cepat dari waktu sebelum ini. Jadi badannya memerlukan lebih banyak susu pada waktu ni, signal yang diberi kerap menyusu, atau menyusu lama dan meragam serba tak kena. Biasanya keadaan ini berlarutan untuk sementara, lebih kurang 2 minggu sahaja (mungkin kurang atau lebih).

Growth spurt biasa berlaku pada usia bayi: 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Dan ia tidak semestinya berlaku pada usia yang sama bagi setiap bayi, ada yang mengalaminya setiap bulan, 2 bulan sekali dan sebagainya mengikut pertumbuhan bayi masing-masing.

Periksa 3 perkara ini dan monitor penyusuan bayi anda.

Bagi fa, airis mengempeng sebab dia sukakan kehangatan & dakapan mamy dia. heheh.. Lagipun airis ni kurang nak makan nasi. Dia lebih suka menyusu. Mamy pulak suka makan. Jadi mamy share dengan airis apa yang mamy makan. Sedap lah tu susu mamy kan? Bukan itu perkara yang baik? Think Positif. :) Airis tak pernah diajar untuk isap punting kopek, jadi ni lah cara untuk tenangkan dia & dia akan tidur lama.  Tapi kalau mengempeng lama-lama pun tak baik jugak. Tips kat atas mungkin dapat diguna pakai untuk anda yang ada masalah anak mengempeng ni.

Fa pastikan fa tak culas pengambilan supplement setiap hari supaya mental, emosi fa terkawal. Pengambilan supplement setiap hari juga dapat tingkatkan tenaga & kesihatan yang baik untuk lalui hari-hari bersama si kecil anda.



✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu



Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...