Nuffnang

Friday, August 7, 2015

Diari Airis : Membesar dengan Supplement Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat pagi jumaat semua. Dah breakfast? Fa macam biasalah bancuh segelas ESP dengan milo sementara nak tunggu untuk makan heavy breakfast dengan en suami & airis. Semoga hari ni lebih baik dari hari sebelumnya dan semoga dilimpahi keberkatan & rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah.

Malam tadi fa mimpi best. Mimpi yang fa pregnant lagi..... tak tau lah baik ke tak buruknya tafsiran mimpi tu tapi mimpi tu buat fa bangun dan tersenyum. Pregnant ke aku? Fa baru missed period dalam 2 hari. Selalu setiap bulan fa tak pernah missed period cuma 2 bulan kebelakangan ni fa selalu missed 2-3 hari. Mungkin sebab hormon, keletihan, stress macam-macam lagi yang boleh buat tarikh period tu lari-lari sikit. Kena konsisten lagi makan GLA Complex & B-Complex.

Airis dah pun masuk 1 tahun 8 bulan. Ramai kawan-kawan & saudara mara bila jumpa akan tanya, bila airis nak dapat adik atau airis dah besar cam kakak dah..boleh ade adik ni..alahaii..bukan taknak jawab tapi bagi fa semua tu bergantung pada rezeki. Allah lebih tahu time yang sesuai kan? Kalau boleh memang nak anak lagi. Seronok tau pregnant ni. Lagi seronok bila baby dalam perut tu dah bergerak-gerak. Lagi best time shopping barang-barang baby. Rasa nak borong satu kedai!

Airis membesar macam cepat sangat. Masih teringat lagi masa airis baru lahir, sekejap je dah meniarap. Lepas tu merangkak, berjalan.. sekarang dah belari tak boleh duduk diam. Memang rasa sekejap je masa berlalu. Lagi rasa cepat lepas fa jadi WAHM. duduk ngadap airis depan mata rasa lagi cepat sebab kita nampak sendiri progress dia membesar.

Masuk je umur airis 1 tahun, fa dah mula beri dia supplement. Fa start dengan beri dia OMEGA GUARD dan kemudian baru Vitamin C, Meal Shakes dan sekarang Vitalea chewable. Alhamdullilah airis tak ada masalah nak makan vitamin ni semua. Lagi dia minta ada. Memang ada orang yang cakap macam-macam bila fa beri airis supplement. Tapi dari beri anak makan makanan tak berkhasiat, beri makan ubat doktor yang sintetik baik fa beri SHAKLEE yang sememangnya SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI.

Airis & Supplement Shaklee


Selain susu ibu, pemberian omega guard sebiji sehari buat sistem imun badan & IQ airis berkembang dengan baik. Ni faveret supplement airis. Kalau dulu dia tak ada gigi fa akan potong hujung kapsul omega guard ni untuk keluarkan minyak dia. Sekarang gigi airis dah banyak, fa bagi je dia sebiji & dia kunyah-kunyah sampai habis. Tapi pastikan anda perhatikan anak anda sebab Omega Guard ni besar juga takut dia tercekik. Macam Airis sekarang dah pandai kunyah jadi fa takperlu risau sangat.
Lagi satu airis dari kecik tidur berkeruh. Macam ada kahak atau lendir yang tersekat tak dapat keluar. Dengan beri airis Omega Guard konsisten, alhamdullilah airis tidur sekarang kurang berkeruh. Demam pon jarang.


Kenapa fa beri airis Omega Guard?
● Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak2 yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas
● Dapat merawat penyakit eczema dari dalam, pengambilan omega 3 dpt mengelakkan mslh eczema utk timbul kembali
● Meningkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk kerana Omega 3 ini bersifat panas jd bila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badanOmega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jd ianya amat berkesan utk mengurangkan serangan asma pada kanak2 dan mengurangkan penggunaan inhaler
● Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak2 semasa belajar

Fa suka makan vitamin C. Bila konsisten makan vitamin C setiap pagi masalah selsema dan hidung gatal fa ni alhamdullilah beransur baik. Airis sama macam fa, dia pon ada masalah alergi dan doktor pernah diagnose yang airis ada resdung. Jadi pengambilan vitamin C setiap pagi lepas dia breakfast memang wajib. Kalau dulu fa hancurkan vitamin C dengan sikit air dan suap dalam mulut airis, tapi sekarang dia lebih gemar kunyah. Vitamin C ni rasa dia masam sikit. Kerut-kerut muka airis kunyah. Kalau demam pun cepat baik alhamdullilah.


Kenapa Fa beri Airis Chewable C Shaklee ?
● Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
● Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
● Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
● Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
● Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Biasalah budak-budak nak membesar kadang-kadang makan pon taknak. Airis dah pandai memilih makan. Kadang makan pon kena ikot mood dia. Nasi semata telur.. sayur pon memilih. Kalau dulu suka sangat makan carrot. Sekarang susah nak tengok dia makan carrot. Fa kadang terpaksa hancurkan carrot tu supaya dia tak buang. Jadi macam mana fa nak pastikan airis dapat zat yang baik dan mencukupi untuk badan dia kan? Sebab itu fa beri dia Vitalea Chewable selepas lunch.


Kenapa Fa beri Airis Vitalea Chewable Shaklee?
★ Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
★ Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
★ Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
★ Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
★ Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
★ Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
★ Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik

Airis suka minum air masak. Fa jarang beri dia air manis-manis tapi kadang airis pon ada masalah sembelit. Jarang jadi tapi pernah terjadi. Memang seksa tengok budak-budak kena sembelit. Jadi fa akan bancuhkan airis meal shakes bancuh dengan fresh milk. Fa tak beri selalu, sebab airis pon jarang minum fresh milk. Fa beri bila perlu. Meal shakes pun buat selera makan airis ada.


Kenapa Fa beri Airis Meal shakes Shaklee
★ Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
★ Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
★ Rendak lemak dan rendah glisemik
★ Sumber protein dan kalsium
★ Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
★ Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua
★ Setiap bancuhan Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

Segala yang terbaik untuk airis. Fa nak dia membesar dengan sihat,sempurna & bijak. InsyaAllah. Semoga anak mamy jadi anak yang solehah & menghormati serta dihormati.Aaminn

✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...