Alhamdullilah 12/6/14 Airis dah masuk 6 bulan.
6 Bulan jugak lah fa dah BF dia. Kira dah dapat DIPLOMA dalam penyusuan. Insyaallah akan diteruskan hingga Airis 2 tahun. Tu janji fa. :) Sekarang Airis semakin kuat menyusu. Dia dah pandai kenal yang fa ni mamy dia. Kalau fa hilang dari pandangan mata dia dah start cari-cari.
Selalu umur 6 bulan ni memang ibu-ibu tunggu. Yelah 6 bulan ni lah masa bayi dah mula makan. Dah pandai tunjuk minat dekat sesuatu benda. Pendek kata 6 bulan ni bayi dah semakin bijak. Tu yang Best! Airis membesar dengan sempurna itu yang paling utama. Alhamdullilah. Jom kita baca perkembangan Bayi 6 bulan.
1) Menjelajahi dengan menggunakan tangan
Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya.
Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali.
Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.
Nota Airis : Airis memang mahir pegang benda dengan tangan. Mahir tolak dan tarik sesuatu benda. Dulu genggaman dia tak kuat. sekarang dia boleh pegang mainan dia dalam masa yang lama.
2) Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?
Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi satu.
Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.
Nota Airis: Dulu fa selalu nampak Airis kerap gunakan tangan kiri dia. So fa ingat mesti airis kidal. Macam Angah. Tapi sekarang dia kerap guna tangan kanan. Tak kesahlah kiri ke kanan kan. Janji bijak!
3) Belajar bergolek
Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangannya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda.
Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja.
Nota Airis: Ni favorite dia buat masa sekarang. Bergolek golek. Pantang fa balingkan dia. sekejap je dia dah meniarap. Fa perasan dia meniarap sebelum dia masuk 6 Bulan. Sekarang ni dia tengah belajar anjakkan badan dia untuk bergerak kedepan.
4) Bayi anda walaupun kecil suka bersosial
Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda.
Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.
Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain.
Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan.
Nota Airis: Hobi Airis suka bercakap. Ada je yang dia ngomel sorang-sorang. Dia suka interaksi dengan orang sekeliling dia. Kalau dia sorang dia akan start menangis ingat orang tinggalkan dia. Airis suka kena keliling dengan ramai orang. Kalau fa borak dengan angah, dia lah yang sama sibuk kat tengah-tengah.
5) Main mainan jenis bergilir-gilir
Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).
Nota Airis: Dulu fa beli mainan untuk airis, dia buat taktau je. Sekarang semua mainan dia suka. Semua dia main tarik pegang kunyah & campak. Latest fa belikan dia Jumperoo (Fisher Price) Semua mainan yang attached dekat Jumperoo tu dia dah pandai main. Airis suka ketawa. Buatlah apa-apa bunyi dia akan ketawa. Dia jugak respon pada bunyi.
6) Bayi anda yang suka membebel
Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal.
Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik.
Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.
Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa.
Nota Airis : Yang ni fa memang dah perasan dari airis sebelum 6 bulan. Airis memang suka berborak. Kalau pergi chekup atau mana-mana suara dia je kuat kat situ. Kalau fa buat nada mara airis mesti menangis macam tahu yang fa marahkan dia. Angah pandai buat Airis ketawa. Angah buat memek muka je airis dah ketawa. :)
7) Merangsang derianya
Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan.
Gembira semasa mendengar cerita
Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa.
Nota Airis : Airis suka isap jari. Suka masukkan dalam mulut apa je benda yang dia pegang. Latest dia suka masukkan kaki dalam mulut. :b
*Credit
Sekejap je rasanya Airis dah 6 bulan. Rasa macam semalam je baru lahirkan dia. Alhamdullilah rezeki Allah yang paling tak ternilai, Alhamdullilah selama 6 bulan Allah beri rezeki susu yang melimpah & Allah beri kekuatan untuk besarkan Airis sehingga sekarang. :) Alhamdullilah fa dikenalkan dengan Shaklee. Dari SET Kesuburan, Set Hamil Lengkap, Set Berpantang hinggalah Set penyusuan.
Bagi mereka yang inginkan Zuriat boleh usaha dengan amalkan SET KESUBURAN Shaklee. Insyaallah ni salah satu ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Yang lain kita serah pada Allah sesungguhnya DIA yang MAHA MENGETAHUI. Insyaallah.
KLIK SINI UNTUK SET KESUBURAN, SET HAMIL, SET PANTANG, SET PENYUSUAN dari SHAKLEE
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
No comments:
Post a Comment