Nuffnang

Saturday, June 28, 2014

Resepi Bayi 6 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Dah hampir sebulan Airis start makan homemade puree. Alhamdullilah so far Airis tak banyak ragam & so far semua buah/sayur yang fa lenyek jadi puree Airis makan dengan berselera sekali.

Ingat tak jadual yang fa share dulu mengenai 4 days rule bila kita nak start bagi baby makan? Awal-awal je lah fa ikut. bila masuk minggu ketiga jadi tunggang langgang hihihi. Airis cuma makan satu-satu puree tu tak sampai 4 hari. Paling kerab takat 3 hari sebab dia cepat bosan. Dia bosan ke mamy yang terlampau rajin nak buat macam-macam puree? 

Ok 1st puree yang fa buat ialah Apple Puree. Sebab 1st time kan, jadi ilmu mem-puree tu kureng sikit. Buat pun terkial-kial. Sekarang dah advance. Sebab nak jimat masa fa buat jugak puree beku. (siapa kata ibu yang buat puree beku tu ibu pemalas? fa rasa ibu yang buat puree beku tu ibu bijak nak bahagikan masa heh!) Jangan risau puree korang tercemar. Beli je bekas kiub ais yang berpenutup (Fa beli kat Daiso- RM5) Settle masalah. 

Yang ni Kiub ais besar. Fa beli yang ada 2 tray & saiz kiub ais normal - ehsan Google
Cara penyimpanan Puree beku sama macam simpan Stock EMB beku. Nak handle pon sama je. Maknanya puree beku boleh simpan dalam freezer dalam 4 bulan & dalam chiller 2 hari (48 jam)

Puree yang dah dipanaskan/ diguna tak boleh disimpan. Maknanya korang kena keluarkan cukup-cukup untuk baby korang makan nak elak pembaziran. Macam fa, fa memang akan panaskan satu kiub untuk Airis & so far cukup satu kiub dia makan sekali. Puree beku boleh panaskan dalam warmer. Macam warmer Autumz fa memang siap sekali dengan food warmer. So senang lah nak panaskan. Check warmer korang nanti ye. Kalau tak ada boleh je panaskan dalam air panas.

Ok taknak bebel panjang, bawah ni fa nak share resepi puree untuk bayi 6 bulan. Selamat mencuba :)

1) PUREE APPLE:

Untuk Puree Apple, fa gunakan apple fuji. Tapi pilih yang dah merah-merah sebab takut masam. Jangan bagi baby korang apple hijau pulak ye.
  1. Sebiji Apple Fuji, Potong-potong & Steam/kukus hingga lembut - biarkan sejuk.
  2. Bila sejuk, blendkan dengan sedikit air sampai halus. 
  3. Tapis untuk dapatkan texture yang lebih halus.
  4. Mixkan dengan susu ibu/formula/air masak sebelum bagi baby anda makan.
Tip beku : Masa blend sebolehnya jangan blend dengan susu dulu bila nak bagi baby makan baru mix dengan susu bagi nak elak susu tu rosak bila kena blend.  

Nota Airis : Airis kureng sikit dengan Puree Apple ni. Mungkin sebab ni 1st food dia atau apple ni masam sikit. If bayi korang sama macam airis, cuba mixkan Apple ni denga kurma. Mungkin dia akan suka. Airis tak kembung perut, tak naik merah-merah, yakyak dia normal. So Apple ni selamat untuk dia.                                                            



2) PUREE PEAR :

Sama je macam buat Puree Apple. Fa pilih pear hijau sebab rasa dia yang lebih manis. Satu biji Pear boleh buat 4 kiub stok sejuk beku.
  1. Sebiji Pear Hijau, Potong-potong & Steam/kukus hingga lembut - biarkan sejuk.
  2. Bila sejuk, blendkan dengan sedikit air sampai halus. 
  3. Tapis untuk dapatkan texture yang lebih halus.
  4. Mixkan dengan susu ibu/formula/air masak sebelum bagi baby anda makan.
  5. Selebihnya boleh buat stok beku. 
Tip beku : Masa blend sebolehnya jangan blend dengan susu dulu bila nak bagi baby makan baru mix dengan susu bagi nak elak susu tu rosak bila kena blend.  

Nota Airis : Sama macam puree apple, airis macam perlahan je nak habiskan 1 mangkuk. Tapi bila hari ke 2 puree pear, airis makan laju sikit. Mungkin dia dah boleh terima rasa puree pear ni kot.  Puree pear ni fa ulang 2 kali. Maknanya dalam sebulan fa buat menu pear ni 2 kali. Tapi kali ke dua tu fa mix dengan kurma (bekukan lain-lain & bila nak makan baru mix) Sebab airis suka kurma, jadi laju sikit dia makan sampai licin.                                               


3) PUREE KURMA & KISMIS

Kurma makanan sunnah Nabi. Alhamdullilah Airis suka kurma. Kismis pulak makanan minda. Jadi fa mix dua-dua ni untuk jadikan puree. Kurma fa beli yang dalam kotak yang isi dia lembut/lembik. Kismis pulak fa beli yang warna kuning
  1. 6 biji Kurma & segengam kismis rendam dalam air panas sampai lembut.
  2. Kupas kulit kurma buang biji & ambil isi sahaja.
  3. Blend Isi kurma & Kismis dengan air sampai halus
  4. Tapis untuk dapat texture yang lagi halus. (kalau ada baki serat buangkan je)
  5. Mixkan dengan susu ibu/formula/air masak sebelum bagi baby anda makan.
  6. Boleh buat 5 stok beku
Tip beku : Masa blend sebolehnya jangan blend dengan susu dulu bila nak bagi baby makan baru mix dengan susu bagi nak elak susu tu rosak bila kena blend.  

Nota Airis : Airis suka kurma & kismis. Mungkin sebab manis kot. Sekarang apa je yang fa buat fa akan mixkan dengan kurma. Baru laju dia makan. Kurma ni likat sikit, jadi lebihkan susu/air masa blend & masa bagi baby makan.
                                                 

4) PUREE MANGGA:

Pastikan mangga korang masak ranum ye, jangan bagi mangga muda pulak. Fa beli mangga india untuk airis. Sebiji RM8. Mangga India ni kurang berserat, isi dia lebih halus dari mangga yang lain. Sebiji Mangga india ni boleh buat 6 stok beku.
  1. Bersihkan & Potong mangga kecik kecik
  2. Blend dengan sikit air. jangan lebih air sebab nanti cair sangat.
  3. Tapis untuk dapatkan texture yang lebih halus.
  4. Fa tak mix susu sebab mangga ni dah cair. 
Tip beku : Masa blend sebolehnya jangan blend dengan susu dulu bila nak bagi baby makan baru mix dengan susu bagi nak elak susu tu rosak bila kena blend.  

Nota Airis : Mangga kan manis. lemak pulak, Sebab tu Airis suka sangat! Dia kalau makan mangga tak toleh-toleh. Concentrate je makan. Mangga pun ok, airis ok,perut ok yakyak ok.
                                                          

5) PUREE KELEDEK:

Kenapa Kuning? Kenapa tak purple? Ummi Erna bagitau yang iman anak dia bila makan keledek purple terus kembung perut. OK so fa taknak ambil risiko fa terus buat je keledek kuning, tak payahlah cuba keledek purple tu. Mama cakap keledek ni kalau makan nanti akan sembelit. tapi buang angin kerap. Mama suggest kalau nak makan keledek ni, campur dengan kurma bagi proses pembuangan tu senang & tak sembelit.
  1. Bersihka & Steam/kukus hingga lembut/masak - biarkan sejuk.
  2. Bila sejuk, blendkan dengan sedikit air sampai halus. 
  3. Tapis untuk dapatkan texture yang lebih halus.
  4. Mixkan dengan susu ibu/formula/air masak sebelum bagi baby anda makan.
  5. Selebih boleh buat stok beku.
Tip beku : Masa blend sebolehnya jangan blend dengan susu dulu bila nak bagi baby makan baru mix dengan susu bagi nak elak susu tu rosak bila kena blend.  

Nota Airis : Airis suka keledek. Tapi nak elak sembelit, fa mixkan dengan kurma. So far memang airis tak yakyak 2 hari. Buang angin banyak buat fa risau je. Tapi perut dia tak kembong Alhamdullilah                                                        

6) PUREE AVOCADO :

Avocado ni fa letak last dalam menu sebab fa tak yakin yang airis suka makan avocado ni. Yelah avocado ni tasteless cuma rasa lemak je lah. Tapi sebab nak bagi airis kan tak salah kalau mencuba. Lagipon banyak khasiat dalam avocado ni. Pastikan korang beli avocado yang kulit dia gelap & lembut. Sebiji fa beli dalam RM5.50 dekat isetan KLCC. Boleh buat dalam 5 stok beku.
  1. 2 biji avocado ambil isi & blend dengan air. 
  2. Tapis untuk dapatkan texture yang lebih halus.
  3. Mixkan dengan susu ibu/formula/air masak sebelum bagi baby anda makan.
  4. selebihnya boleh buat stok beku. 
Tip beku : Masa blend sebolehnya jangan blend dengan susu dulu bila nak bagi baby makan baru mix dengan susu bagi nak elak susu tu rosak bila kena blend.  

Nota Airis : Avocado pun faveret Airis, Kalau mix susu lagi laju dia makan. Mungkin sebab rasa lemak avocado tu kot. Jangan risau, avocado pun sesuai buat stok beku. Kalau korang rasa avocado tu tak manis, korang campur je dengan kurma.                                                          

7) PUREE CARROT:

Carrot memang baik untuk matakan? carrot memang sesuai nak buat puree. Dah 2 kali fa buat puree carrot. sebab fa sendiri suka carrot. Lagipun asik buah je, Kasi sayur lah pulak.
  1. Sebiji carrot, Potong-potong & Steam/kukus hingga lembut - biarkan sejuk.
  2. Bila sejuk, blendkan dengan sedikit air sampai halus. 
  3. Tapis untuk dapatkan texture yang lebih halus.
  4. Mixkan dengan susu ibu/formula/air masak sebelum bagi baby anda makan.
Tip beku : Masa blend sebolehnya jangan blend dengan susu dulu bila nak bagi baby makan baru mix dengan susu bagi nak elak susu tu rosak bila kena blend.  

Nota Airis : Tadi fa bagi airis puree carrot. dia suka sangat. Carrotkan manis. mestilah dia suka. korang wajib try puree carrot ni.
                                                         

Banyak lagi sayur/buah yang korang boleh cuba buat puree. Ni antara puree yang fa buat untuk airis. Esok nak balik kampung, so esok nak cari pisang emas. Pisang sesuai untuk bawak kalau pergi travel sebab tak payah masak or tak payah buat bekukan. lenyek-lenyek campur susu dah boleh makan.

makanan ni lagi berkhasiat dari bijirin bayi. Paling penting, korang yang buat, Air tangan korang sendiri kan lebih baik. So mommies jangan malas & beralasan nak bagi yang terbaik untuk si manja anda ye!

Selamat mencuba :)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...