Nuffnang

Wednesday, March 30, 2016

Makan Malam Di Ana Ikan Bakar Petai Bangi



En.Suami suka sangat nak makan ikan bakar kat sini. Dia ni memang jenis suka makan seafood.. sebab semalam tahap kerajinan fa nak masak merundum, air pulak kat Seri Petaling tak ada, ikutkan je laa selera en.suami nak makan kat sini.

Sini memang pot kami suami isteri lepak makan. Kalau ajak family makan pon kesini kami akan bawa. Sebab ikan semua fresh, masakan dia pon ok laa boleh tahan. Faveret fa kat sini sotong goreng tepung sebab dia buat cara tempura yg rangup tu bukan macam cucur sotong (tepung tebal macam cucur dalam isi sotong nipis gile)

Ana Ikan Bakar Petai ni special dia tentulah ikan bakar petai kan.. tapi kami kalau pergi tak selalu order ikan bakar sebab fa rasa cam pelik je rasa petai yang terlalu kuat bila bakar.. fa mmg suka & pemakan petai tapi bila dah bakar dengan ikan rasa takkena dengan tekak. Ikut orang la kan.. ikut selera masing-masing.

Malam semalam en.suami ambik 3 jenis seafood...semua masakan ni antara yang sedap ye dan yang kerap kami order. Sebab fa pernah order siakap stim macam tak berapa sedap sangat. Satu lagi yang sedap kat sini Udang Goreng Butter.. cuma suami tak ambik udang pulak semalam..


Lala (Masak pedas)


Ikan Siakap (Masak 3 Rasa)


Sotong 3 ekor (Goreng Tepung)

lain-lain
Nasi 3 pinggan
Sata 1 set (ade 5 sata)
tembikai laici 1jug

Dari rumah fa dah submit doa nak duduk kat teratak kecik (makan bersila) sebab selalu pergi tak pernah pon dapat duduk situ. Duduk situ senang sikit boleh pantau airis yang suka melasak. Tapi budak ni boleh bantai tidur pulak kan..

Alhamdullilah memang rezeki dapat duduk dalam teratak tu.. airis tidur senang nak pangku.



Total kami makan malam semalam untuk 2 orang makan (airis tak kira la kan) RM110+RM3 (untuk sata-harga asal sata 1set RM3.50) fa rasa macam mahal sikit kot macam rasa dah naik harga sikit sebab semua seafood tu mereka timbang dulu sebelum masak.


Blanja 1 gamba sebelum makan.

Kat luar restoren ni ade orang jual kek sarawak & mainan kanak-kanak. Selalunya kami berjaya buat airis tak nampak tempat jual mainan tu. Tapi semalam fa kena tapau RM13 untuk mainan lampu2 berlagu dengan airis..huhuhu takpe la.. semalam dia baik lagipun rezeki sales fa semalam pun banyak alhamdullilah.. kasi la dia present satu.



Orang kata origin Ana Ikan Bakar Petai ni dekat Pahang. Fa pernah makan kat situ juga dulu. So kalau korang terasa nak makan ikan bakar petai boleh la datang kat sini. Sini kalau time orang dapat gaji memang full. Tempat dia dekat sebelah balai bomba bangi. Taksure boleh google ye.

Nota Kaki :: Balik terus telan 2 biji Peppermint Ginger Shaklee sebab sebu perut makan banyak sangat.


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...