Nuffnang

Tuesday, March 29, 2016

OPK Test Bantu Cari Waktu Subur Dengan Tepat

Phewwww alhamdullilahhhh rezeki selalu memang tak pernah salah alamat! Janji Allah itu pasti! Hari ni seharian dari pagi bizi melayan whatsapp yang nak beli Shaklee dari fa. Alhamdullilah. 

Kebanyakannya dapat call & whatsapp dari kawan yang tengah pregnant nak beli Set Hamil Shaklee & ade yang sedang tunggu hari nak bersalin nak beli Set Pantang Shaklee

Bila dapat berita mengembirakan macam ni buat mood segar je sepanjang hari. Semangat tu datang bergolek-golek. Muka ada senyumm je.. hehehehhe Ye lah.. berita gembira kawan2 pregnant & nak bersalin ni pun rezeki. Mana tahu lepas ni turn kita lak kan?? Aaminnn

Untuk yang tengah berusaha nak pregnant tu jangan kecik hati. Percayalah dengan Janji Allah. Allah tengah simpan sesuatu yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah akan ada rezeki kalian satu hari nanti :)

Sebab dah berhari2 tak update blog kan, sebab bizi nak menghampiri closing hari ni fa nak share la tips macam mana nak tahu waktu subur anda. Waktu subur ni memainkan peranan paling penting if anda memang sedang merancang untuk pregnant sebab waktu subur inilah masa dimana telur kita sedang matang. Disebabkan fa pun TTC jadi fa nak share sikit la ilmu nak tahu bila waktu subur kita ni lebih-lebih lagi untuk kalian yang mempunyai cycle yang tak teratur.

Cycle yang tak teratur mungkin susah bagi kita nak cari waktu subur yang tepat. Selalunya fa guna period calendar apps yang fa install kat handphone. Period tracker ni sesuai utk mereka yang cycle nya tetap setiap bulan. Tapi bagi mereka yang period nya irregular boleh jugak gunakan tracker ni untuk dapatkan purata 6 bulan cycle period anda.

Cara paling mudah ialah dengan menggunakan OPK. Selama ini fa hanya berpandukan pada period tracker je. Tapi bila ada seorang sahabat yang dah pun hamil menggunakan OPK untuk cek hari subur beliau dengan lebih tepat buat fa tergerak untuk cuba sendiri OPK ni. Tapi fa menggunakan jenis strip. 

Apa tu OPK? OPK atau Ovulation Predictor Kits ialah alat yang digunakan untuk mengukur atau mengesan kehadiran Hormon LH atau luteinizing hormone (Hormon yang berfungsi mengeluarkan Ovum dari Ovari) Jadi bila hormon ni tinggi peluang untuk pregnant adalah tinggi . (Jelas tak)

Fa jelaskan cara yang mudah untuk kita faham la ye..Bila masa yang sesuai nak test guna OPK ni? Kalau anda jenis yang memang cycle period regular,  tak semestinya hari subur anda ialah hari yang ke-15. Sebab lain wanita lain hari subur mereka. Anda boleh kira waktu subur anda dekat SINI Tapi anda juga boleh cek selepas period betul-betul kering dah boleh start dah guna OPK ni then teruskan sehingga test OPK anda betul-betul positif. 

OPK test lain dengan pregnancy test tau. Kalau pregnancy test walaupun line satu samar satu terang pon anda kemungkinan pregnant tapi untuk OPK test ni, kena pastikan kedua-dua line terang baru betul-betul subur. Tengok contoh kat bawah ni ye .

Gambarajah 1 (Ehsan Google)

Time yang sebaiknya anda guna OPK ni antara pukul 10 pagi, 5 petang & 10 malam. Jangan gunakan atau cek diawal pagi atau 1st urine (air kencing pertama seawal pagi) macam anda cek ujian kehamilan ye sebab masa ni Hormon LH tu tak banyak. Jadi ujian tu nanti invalid. Pastikan anda cek pada setiap hari sehingga waktu subur pada masa yang sama. 

Kalau anda peratikan betul-betul OPK test anda akan dapati dua line sentiasa timbul ini disebabkan hormon LH tu memang ada dalam badan kita cuma nak sure subur ke tak bergantung kat terangnya kedua-dua line tersebut. Faham kan?

Bila dedua line dah sama-sama terang, digalakan untuk bersama time ni. Digalakkan untuk bersama selama 3 hari berturut-turut selepas ujian OPK anda positif. OPK bukan lah jaminan untuk anda dapatkan zuriat tetapi membantu untuk mengesan waktu subur anda & mempertingkatkan peluang anda untuk pregnant

Sperm boleh hidup selama 3-5 dalam rahim/uterus jadi tak semestinya anda harus BD (Bed Dance)/ bersama pada hari subur tu. Manakala ovum boleh hidup selama 12-48 jam selepas menetas. Bincang dengan pasangan anda mungkin boleh setkan masa untuk pergi berbulan madu ke masa-masa ni kan:)

Semoga sharing ni bermananfaat untuk anda yang sedang ikhtiar untuk pregnant

Klik SINI untuk dapatkan supplement ikhtiar hamil dari SHAKLEE yang membantu tingkatkan kesuburan anda suami isteri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...