Nuffnang

Saturday, April 25, 2015

Tiada susu yang terbaik selain susu ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Teringat cerita Al-hidayah dekat TV3 semalam tentang penyusuan ibu dan istimewa seorang ibu. Bila dengar tentang kenikmatan menjadi seorang ibu ni syukur rasanya bila kita dah bergelar ibu. Mengandung, melahirkan dan menyusukan anak merupakan JIHAD seorang yang bergelar wanita. Sangat mulia kita ni dimata Allah. Alhamdullilah.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”
al-baqarah 233

Perkongsian yang fa dapat dari slot Al-hidayah semalam betul-betul buka mata.
Tiada susu yang terbaik selain susu dari seorang ibu! Kajian yang dibuat tentang susu ibu ni dekat bayi yang berusia 8 bulan - 1 tahun menunjukkan otak bayi lebih cepat belajar dan lebih pintar sebab kandungan susu ibu yang penuh khasiat. Sebab tu kalau kita ni menyusu badan, kita digalakkan makan makanan sunnah seperti kurma supaya segala zat dan khasiat kurma tu masuk kedalam susu ibu dan dapat membentuk akhlak anak yang baik selain dari kurma bagus sebagai milkbooster/memperbanyakkan susu badan 

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.” al-Ahqaf, ayat 15

Alhamdullilah fa diberi peluang dan rezeki untuk menyusukan Airis sampai sekarang.InsyaAllah fa akan sempurnakan penyusuan ini sehingga Airis 2 Tahun dengan izin Allah. Bukan semua orang yang diberi peluang dan nikmat sebegini. Susu ibu adalah rezeki yang Allah beri. Jika kita takmampu nak menyusukan anak, kurang susu, susu kering kita digalakkan perbanyakkan doa & amalan. Perbanyakkan solat taubat & istigfar semoga Allah permudahkan dan memberi rezeki susu yang berganda buat anak kita. 

Banyak dah produk-produk milkbooster yang dijual sekarang. Kalau korang taksuka nak makan supplemen-supplemen ni korang boleh je makan makanan yang memperbanyakkan susu. Try & Error semua makan dan listkan makanan yang korang rasa buat susu korang banyak.

Makanan milkbooster :
Kurma
Longan kering/ buah mata kucing
Kacang hijau
Pegaga
Lobak putih/bayam/sawi
Sengkuang Cina
Habatussauda
Halba

Dan banyak lagi sebenarnya bergantung pada individu tu sendiri. Fa banyak je orang sharing malah ada je saudara mara yang mengadu susu tak ada lepas melahirkan. Eh? Boleh ke susu tak ada? Seawal kita mengandung payudara kita dah ready untuk mengeluarkan susu bila perlu. Syaratnya ialah korang kenalah terus menyusukan bayi sebaik sahaja dilahirkan untuk merangsang pengeluaran susu tu dengan cepat.

Penyusuan memerlukan ILMU, tak ade ilmu macam mana nak berjaya kan? Menyesal rasanya sebab seawal airis lahir fa tak beri dia susu pun. Doktor & nurse pun tak cakap, mana nak tahu. Jadi airis merasa jugak lah FM masa mula-mula. Penting nya ILMU penyusuan ni kan? Alhamdullilah fa dikelilingi oleh kawan-kawan yang banyak membantu dalam penyusuan yang buatkan fa tak putus asa untuk susukan airis. InsyaAllah jika Allah beri rezeki anak lagi fa akan susukan sebaik baby lahir.

Rajin untuk pam juga bagus untuk merangsang pengeluaran susu yang banyak. Janganlah malas dan janganlah beri macam-macam alasan. Ada sebab nya kita disuruh rajin untuk pam dan ada sebabnya kita perlu beri baby susu setiap 2 jam - semua untuk merangsang pengeluaran susu. Jangan lah down bila kita pam tengok yang dapat hanya 1 oz. Baby yang baru lahir minum tak banyak. Perut dia sebesar guli je. Bayangkan lah nurse cakap airis minum FM  sampai hampir 7oz. Terbeliak mata fa dengar. biar betul nurse ni. Kat situ pun kita dah down dan fikir macam-macam kan? Pam 1oz anak minum 7 oz cukup ke susu? Kenyang ke anak? 

Sebab itu Allah ada turunkan ayat "La Tahzan" Jangan Bersedih... lagi kita sedih lagi effect susu kita. InsyaAllah apa yang Allah beri mencukupi, sentiasa cukup untuk anak. 1st time fa pam, susu yang dapat hanyalah setengan oz untuk dua belah breast. Seminggu lepas bersalin, airis kena tahan wad sebab jaundice fa pam susu hanya dapat 2oz untuk dua belah breast sedangkan orang kiri kanan fa yang pam sampai penuh botol. Tapi fa istigfar banyak-banyak dan mohon Allah permudahkan dan mohon Allah kuatkan fa dengan ujian yang diberi. 

Alhamdullilah Airis dah 1 tahun 5 bulan, fa masih merasa bengkak susu. Masih mampu nak teruskan penyusuan sebab rezeki susu yang Allah beri sangat banyak. Hebat kan pulangan yang Allah beri? Airis pun jarang demam, membesar dengan sihat. Kalau demam pun cepat sembuh tak melarat-larat Alhamdullilah. Nampak dia aktif, cergas, sihat, bijak Alhamdullilah.

Jadi untuk ibu-ibu yang niat nak menyusukan anak, niat dari awal, doa banyak-banyak. Banyakkan membaca tentang penyusuan, berkawan dengan orang yang dah berjaya dalam penyusuan, pergi ke kelas-kelas penyusuan untuk menambahkan lagi ILMU penyususan ni supaya bila dah sampai masa korang dapat lakukan dengan sempurna. InsyaAllah. Keluarga, Suami juga perlu untuk menyokong penyusuan ini supaya berjaya.

Bagi korang yang ada masalah penyusuan, susu merundum atau sedang merancang untuk menyusukan anak secara ekslusif, dan mencari supplement atau makanan penggalak susu PM fa dan fa akan bantu selesaikan masalah korang dengan tips-tips penyusuan yang berjaya untuk dikongsi.



✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...