Nuffnang

Friday, April 24, 2015

Resepi Apam Susu Gebu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Baru-baru ni keinginan nak masak,buat, makan apam susu tersangatlah membuak-buak. Minum pulak dengan nescaffe/teh panas-panas memang sedap gile. Hari tu fa buat apam ni 1st time, Alhamdullilah menjadi. Bulan puasa boleh lah jual kat bazaar ramadhan kot kan.. hehehhe.. sebab resepi ni diberi oleh seseorang yang sememangnya berniaga apam susu. Apam dia buat memang gebu sangat sedap pon ye. Disebabkan dia pon tak lokek nak share resepi, fa pon tak lokek nak share dengan korang.


Resepi Apam Susu Gebu


4 Biji Telur
1 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar Ovellete
1 Cawan gula halus (fa guna gula pasir biasa dikurangkan 1 sudu besar)
4 sudu besar susu pekar (Fa buat 5 sudu besar)
2 Cawan tepung gandum
Pewarna ikut suka

Cara-cara
1) Panaskan pengukus
2) Pukul telur dengan ovellete, esen vanila & gula sampai kembang (sampai putih gebu - fa selalu pukul lama guna mixer, lagi lama lagi gebu kek tu nanti)
3) Dah kembang masukan susu pekat pukul lagi.
4) Masukkan tepung sikit-sikit dan sebatikan
5) Bahagikan beberapa bahagian, letak warna yang korang suka.
6) Masukkan dalam loyang dan kukus selama 45minit atau sampai apam tu masak. - Api besar ke sederhana (pastikan pengukus betul-betul panas sebelum masukkan apam)

Senang kan? Apa lagi cuba lah sekarang! Konfem sedap fa tak tipu :)

Sharing is Caring

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...