Nuffnang

Thursday, November 13, 2014

Susu Ibu Adalah yang Terbaik - Saya Bayi susu Ibu!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ni genap umur Airis 11 Bulan. Alhamdullilah selama 11 bulan susukan dia macam-macam dugaan yang fa lalui - susu merundum, stress dek paksaan mak sendiri untuk tambah FM sebab risau cucu dia tak cukup susu!

Mana mungkin Airis tak cukup susu. Berat badan dia bertambah setiap bulan. Badan semakin sihat jadi fa nak risau apa kan? Niat nak susu kan dia sampai dia 2 tahun Allah mesti permudahkan.


Kenapa fa memilih untuk BF Airis?
- FREE of charge (Percuma)
- Penyusuan membantu pengecutan Uterus, mengurangkan  risiko kanser payudara, pangkal rahim dan ovari.
- Penyusuan membakar kalori dan sekaligus membantu fa mengurangkan berat badan.
- Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Sepanjang penyusuan fa perasan yang Airis jarang sangat demam. Kalau demam pun sehari tak lebih dari tu. Perkembangan minda Airis nampak semakin maju. Nampak sangat dia cergas, cerdik, fokus dan badan nampak sihat.

Khasiat susu ibu
♥ Nutrien yang paling lengkap dan optimun untuk tumbesaran bayi
♥ Mengurangkan risiko sembelit, kolik dan gangguan perut yang lain kerana susu ibu lebih mudah terhadam daripada susu formula.
♥ Sistem imun bayi lebih kuat dan dilindungi dari jangkitan alergi, asma, kencing manis, obesiti dan penyakin-penyakit lain.
♥ Kurangkan alahan pada bayi - tiada bayi yang alah pada susu ibu.
♥ Bayi lebih cerdik kerana susu ibumeningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf
♥ Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan..
♥ Mengeratkan hubungan ibu dan anak
♥ Penyusuan ibu memainkan peranan penting bagi pembangunan emosi dan rohani bayi
♥ Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
♥ Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.


“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)


Bukan semua ibu diberi nikmat susukan bayi sehinggan berusia 2 tahun. Halangan kerja, tekanan, persekitaran mungkin punca si ibu tidak dapat teruskan penyusuan.

Sebab itu dorongan dan semangat dari orang sekeliling perlu untuk anda jayakan penyusuan ini. Berkawan dan berguru dengan mereka yang dah melalui pengalaman menyusukan anak atau dengan membaca buku-buku tentang penyusuan.

Fa bangga fa susukan Airis sampai tahap ni. Alhamdullilah. Lagi satu Shaklee Set Penyusuan sangat membatu fa laksanakan niat fa nak susukan Airis.

Mungkin Set Penyusuan juga dapat bantu anda?

http://finurzcreations.blogspot.com/2014/09/set-penyusuan-shaklee-dan.html
5 Tips berkesan untuk penghasilan susu yang banyak:
1) Kekerapan pam susu - Sebaiknya pam selepas bayi anda menyusu untuk meransang pengeluaran yang banyak
2) Minum air masak secukupnya.
3) Elak Stress
4) Minum minuman berkalsium seperti susu dan horlick
5) Susukan anak dengan kerap, bila-bila masa & ikut demand anak.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...