Nuffnang

Monday, June 23, 2014

Majlis Kesyukuran & Berendoi Airis Nur Zulaikha

Assalamualaikum & salam sejahtera semua

Majlis Aqiqah,kesyukuran & berendoi My dear Airis Nur Zulaikha

Short Entri malam ni. Nak bayar hitang entri pasal Majlis Aqiqah & kesyukuran Airis. Airis pun dah masuk 6 bulan. Fa godek-godek lappy ternampak gamba masa majlis airis tu. tu pun beberapa je, selebihnya dalam camera tak transfer lagi. hais. Actually fa buat majlis ni masa Airis masuk 2 bulan.

Masa tu lepas raya cina, babah dapat bonus so rasa masa yang sesuai la kan. Ideanya ialah buat majlis yang sedang-sedang je tanpa buaian berendoi. Tapi bila fikir ni 1st time buat majlis macam ni kat kampung mama, anak sulung pulak, first cucu lagi so better buat meriah sikit.Lagipun buaian berendoi sekarang macam trend. Gigih lah mintak tolong pakcik google nak cari tempat yang boleh sewa buaian berendoi area Melaka. Adalah beberapa tempat yang menawarkan khidmat sewa, tempah & deko untuk majlis berendoi kat area melaka. Servey punya servey 'Buaian Berendoi DKayangan' menjadi pilihan.

Owner Buaian Berendoi Dkayangan ni suami isteri. Peramah sangat. Borak dengan dorang ni macam dah kenal lama. Service pon terbaik! Pakej dia tak murah tak mahal. Memang ikot budget. Cakap je nak design macam mana dorang boleh buat ikut kepuasan hati korang. Paling penting nak ke rumah fa tu transportation Free. Pastu Freegift frame gamba untuk kenangan. Best!

Untuk pertanyaan & tempahan boleh call 019-3641615 (kak Siti).
FB : Buaian Berendoi Dkayangan Melaka
ambil from FB Buaian Berendoi DKayangan. Majlis Airis.
Untuk gift pulak fa tempah paperbag dari ShahNad Creative Design ( SCD ). Rina (my Bff) lah yang bagi idea ni. Masa ni pun trend jugak buat Paper brown bag untuk gift. Yang best kat SCD ni, Service laju. Murah & design pun boleh tahan. Kalau korang nak order boleh pergi kat FB dorang & tengok design-design paperbag dorang.
FB: ShahNad Creative Design ( SCD )

Harga paperbag yang fa order :
200 printed paperbag x 65sen = RM 130
Postage = RM 12 Total RM 142

ok lah dalam budget. Cantik & kemas. Bukan banyak sangat pun tempah kan. :)

Dalam paperbag tu fa decide nak letak Surah Yasin. So carilah Custom made yasin jugak dekat sini:
http://www.creativelydesigned.com.my/shop/surah-yasin

Website ni memang tawarkan khidmat custom made yassin. Klik klik je untuk design yassin ikot citarasa korang. Harga dalam RM2.00 senaskah. Postage lain. Memandangkan 200 naskah postage agak mahal, so fa suruh en suami pickup sendiri dekat office Creative Design ni.

Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar. Terima Kasih pada family & kawan-kawan yang datang. Ok jom tengok gambar-gambar masa Majlis Aqiqah Airis :)
Date : 8 Feb 2014
Venue: Melaka Pindah,Alor Gajah , Melaka


Kami :)
Budak ni peduli apa, Tidur je sepanjang Majlis.

Auntie Rina dengan Airis
Sesi mencantas rambut Airis
Mamy & Airis

Buaian Berendoi Airis
Berzanji & berendoi

Seminggu lepas tu: CUKUR BOTAK


Suka kepala dah ringan :)
 ✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...